Friday, July 31, 2009

Jaga diri dan nama sekolah di Masjid Negeri


Sy ingin meminta kerjasama semua pelajar lelaki agar dapat menjaga tertib dan adab sopan semasa anda berada di masjid utk solat Jumaat.Jgn bergurau semasa solat hendak dimulakan..Hormati kesucian masjid dan jaga nama baik sekolah.sbb kebanyakan anda berpakaian uniform sek pd waktu tersebut..harap maklum.Lagi satu jgn lupa solat betul2 ya.jngn memain lagi

Pertandingan "My Skills, My Styles"


Pertandingan ini adalah hak ekslusif ahli kelab bola sepak SMKS SSAAS yg telah bayr yuran sahaja..Pertandingan memerlukan kamu memperaga apa shj skills bola sepak yg kamu ada seperti menimbang, menanduk dan sebagainya secara free style.Pemenang round 1 akan ke peringkat akhir dan dinilai utk ditabalkan sebagai johan..acara lain ialah kemahiran menimbang bola terbanyak.sesiapa yg dpt timbang bola paling maksimum akn di pilih sebagai johan..bnyk lg acara akn dipertandingkan.hubungi sy utk maklumat lanjut...tq

keputusan rasmi bola inter-class ting 3

mengumumkan pemenang kejohanan bola inter-class ting 3 bg tahun 2009 ini.

Johan : 3 FITRAH
N.Johan : 3 EFISYEN
Ketiga : 3 AMANAH
Keempat : 3 CEKAP

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.Mekasih sertai kejohanan ini walaupun trial exam dah hampir.kepada kelas 3 DEDIKASI bila hendak bayar yuran pnyertaan.game dah habis ni..

Belum dapat adakan acara makan-makan..


sy sedikit sedih kerana masih x berkesempatan mengadakan acara makan-makan di bilik guru sempena besday sy ni.X tau sbb pe.Tahun lepas sy hidangkan western food..snmpai skrg cikgu-cikgu tu ingat lg.dan tanya bila nk buat lg.hehe..bknnye pe chef yg msk maknn tu da keje tempat lain.jd dia da busy la.x dpt msk utk tahun ni.chef hotel 5 star tu tau.tp di masakkan di umah la..

Perasmian Blog SMK SSAAS di face book

sy sebagai pengendali utama dan pengasas group SMK SSAAS di face book dengan ini merasmikan group tersebut pada hari ini 31 JULAI 2009 bertepatan dengan tarikh kelahiran sy..dah 33 tahun.tp masih muda lg.remaja tu x la..tua jauh lg.hehe.tgk2 la group 2 selalu ya.sy da upload sebilangan gmbr

Trend untuk pengsangkan orang?


sy mendapat maklum balas dari seorang pembaca blog ni.Dia menyatakan berlaku satu trend di sek kt di mana pelajar berbuat sesuatu perkara yg bole buatkan org lain pengsan.Sy tiada maklumat mengenai perkara tersebut.Sesiapa yg tahu bole bg tau sy x? sbbnya perkara ini dikira bahaya dan serius.terima kasih

Thursday, July 30, 2009

Apa dah jadi ni..?

Sekarang ramai org memperkatakn ttg wabak berbahaya yg membawa maut.Ramai yg ambil langkah nk elakkannya.tp sekarg jg berlaku virus mslah sosial di kalangan pelajar dan anak muda.Dunia dah hampir ke penghujung bila ibubapa kita maki, guru-guru plak kt keji..tp x plak kt sibuk2 nk elak dr virus ni.Kalau mslah couple lg la.Kt cm biasa je nmpaknya..kat sek kt pn banyak juga.kt tangga blok zaaba, belakang surau lama, belakang makmal komputer.kt kantin sek pn jd.cm pg td mula2 nmpk berbual2 je.pas2 bersalam dan bercium pipi plak..anda pikirlah sendiri ya

Apa salah pokok-pokok itu...



Satu situasi yg baru kt nampak di persekitaran luar sekolah ialah terdapat satu deretan pohon-pohon pinang berdekatan dengan kedai 7 eleven..Sy pn tidak berapa pasti tujuan pokok-pokok itu dihimpunkan di sana.pe pn yg menjadi kemuskilannya ialah terdapat beberapa pelajar yg tidak bertanggungjawab dan kurang prihatin terhadap alam sekitar telah dengan sengaja menjatuhkan pokok2 itu.jd terbaringlah beberapa batang pokok dalam keadaan yg menyedihkan..x mungkin angin bertiup sehingga berlaku cm2.kt rumah sy pn de pokok pinang.tp x pernah jatuh pn.Sy harap para pelajar dpt belajar menjadi insan yg lebih berguna

Sejarah tercipta..( 6-0 )



Pg td berlangsungnya perlawanan persahabatan bola sepak perempuan di pdg sek.Pertembungan 2 pasukan yg sgguh berbakat telah menjadikan ia sebagai satu sejarah baru di sek saas kt ni..Pasukan yg diketuai oleh nayli dr ting 1A telah membenam cabaran pasukan yg diketuai oleh Atiqah 1F dengan jaringan 6-0...Gol-gol telah dijaringkan oleh Fatinah ( 2 gol ), Nayli,Alya,Mahaliana dan Najmin.Perlawanan telah berlangsung dengan penuh semangat muhibbah dan kesukanan.Sy mendapat maklum ada seorang pemain mendapat sedikit kecederaan.Kami berharap agar dia cepat sembuh nnti..MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Pertandingan Kawad kaki ditangguhkan

sy mendapat maklumat terkini yg menyatakan bahawa pertandingan kawad kaki yg sepatutnya berlangsung pd hari sabtu 1 Ogos 2009 ini telah ditangguhkan kepada suatu masa yg akan diberitahu kelak.Penangguhan ini dibuat kerana terdapat beberapa masalah yg x dpt dielakkan.Mgkin penangguhan ini memberi ruang kepada semua agar dpt membuat persediaan yg lebih baik nnti.Pe pn yg terjadi pasti ada hikmahnya.

Macam reporter..

sejak sy create blog ni sy da mula aktif menulis semula.ye la.blog kena update.lagi satu bkn senang nk cari isu terkini,oleh 2, kkdg termenung nk tulis pe hari ni.kamera kt phone da bole amik pe2 gmbr utk diuploadkn..cm wartawan lak ye jdnya.sbnarnya sy suka sastera dan bahasa yg puitis.Tp sy bukanlah mat bunga.jgn silap faham lak ya.tp itu la hakikatnya.Tp segala kepayahan tu terubat bila ada pembaca setia yg follow blog ni.yg dah masuk universiti pn ada follow.teruskan bg sokongan anda.tanpa anda siapalah sy.Hanya seorang blogger sepi

Bawak makanan sama-sama

Sejak dua menjak kantin tutup hari tu, cikgu sesi pagi dan petang masing-masing bwk sorang skit makanan dr umah.kalau dikumpulkan, mcm pesta makanan la jadinya.sy x dapat nk bwk pe2.maklumlah selalu kuar pg blik mlm pas sekolah.sy hanya terdaya makan je la.hehe..x pe ckgu lain faham.x kn sy nak goreng ayam atau ikan kot..jadi cm mat jambu la plak nnti.Pe pn 2 sume rezeki namanya.korang buat2 lalu la kt blk guru 2.mana tau dijemput mkn sekali..hhehhe

Wednesday, July 29, 2009

Ayuh semua sertai group SMKSAAS

Peluang masih terbuka lagi kepada sesiapa yg berminat utk sertai group Saas di face book.Di situ sy akan upload gambar aktiviti di sekolah secara berperingkat-peringkat.Anda bole berbalas chatting dan maklumat dengan bersopan dan terkawal.Tidak seperti yg sy lihat di myspace anda semua.Hampir setiap patah diselangi dengan mencarut dan kata kotor.Gunakan lidah sebaiknya.Banyakkn berkata baik .bkn dengan mengumpat dan mencerca org lain.

Peperiksaan datang lagi...

Nampaknya x berapa lama lg kamu semua akan kembali memerah otak utk peperiksaan yg akan datang ni.Kalau x silap semua peperiksaan berlaku serentak.Percubaan PMR, SPM serta peperiksaan ketiga dijangka akan berlangsung pd 10 Ogos 2009.Pe pn tarikh ni tertakluk kepada perubahan.pe yg ingin sy tegaskan mula lah dari sekarag mengulangkaji pelajaran.Tiada yg lebih bernilai selain dari kejayaan kamu dlm periksa nnti.bg yg hadapi peperiksaan besar, lupakan seketika tuntukan jiwa remaja kalian.Kurangkan bermain, berchatting, sms ke dan sebagainya.ini adlah saat terpenting dlm hidup anda.Bjaya atau tidak kehidupan anda bermula dari peperiksaan ini.Terutama yg akan menduduki pep SPM.Biar kt terseksa dan berkorban ulangkaji sekarang.supaya manisnya dpt kt perolehi kemudian hari.Ayuh mulakan perubahan dr hari ni.Jangan lupa solat dan berdoa..InsyaAllah berjaya

Betul ke?

sy mendapat maklumat bahawa bnyk pasukan beruniform menghadapi masalah dlm membentuk formasi atau kekuatan kawad pasukan masing-masing.ada jg yg berhasrat utk tarik diri.kalau benar ia berlaku maka bermula lah sejarah baru di SAAS di mana ada pasukan yg menyerah kalah sebelum bertanding.Sy ingin tegaskan bhw ini adalah persoalan maruah pasukan masing2.sememangnya inilah saat yg dinantikan bg merebut gelaran yg berprestij ini.kepada semua, bangkitlah segera dan teruskan langkah kawad anda..semua warga SAAS menyokong usaha kalian..moga berjaya

Kelas 2A terbaik pend Islam Ting 2

Tahniah sy ucapkan kpd ting 2a kerana telah mengungguli carta kelas terbaik kategori peperiksaan pend Islam.ini diikuti kelas 2B,2C,2E,2D dan 2F..Pe pn bkn masanya kelas 2A bermegah2 dengan penacapaian ini, cuma bole dijadikan pembakar semangat utk terus cemerlang.Kejayaan hakiki adalah apabila anda terus hebat dlm PMR nnti.Harapan sy teruskan usaha dan selamat maju jaya.Tahniah sekali lg..untuk ting 3,4 dan 5, sy masih menanti kedudukan kelas2 anda.harap maklum..

Bola inter class ting 2

Round 1 ( 29 Julai 2009 )

2E VS 2B ( 0-2 )
2C VS 2D ( 2-1 )
2E VS 2F ( 1-2 )
2B VS 2F ( 0-1 )

Kumpulan A

Johan: 2 CEKAP
N.Johan: 2 DEDIKASI

Kumpulan B

Johan: 2 FITRAH
N.Johan: 2 BESTARI


SEMI FINALS

2 CEKAP VS 2 BESTARI
2 FITRAH VS 2 DEDIKASI

Hari anugerah cemerlang KOKO dan KOKURIKULUM

Pihak sek bercadang utk melangsungkan hari anugerah tersebut pada sabtu 15 Ogos 2009.Tujuan majlis ini diadakan untuk memberi penghargaan kepada pelajar yg cemerlang di dalam akademik dan koko.Ia sebagai cara pelajar yg menerima anugerah memotivasikan diri utk lebih berjaya, manakala kawan2 yg tidak berpeluang utk dpt anugerah itu boleh menanam semangat utk bersaing dengan lebih gigih lagi.utk tokoh kokurikulum kategori sukan, sy dengan kuasa yg ada mencalonkan Mohd Azri sarwan dari ting.2F utk menerima penghormatan tersebut.Diharap pencalonan ini diluluskan.Amin...tahniah kepada semua penerima anugerah.Jika kamu merasakan kamu layak terima sijil dan anugerah segeralah berhubung dengan guru penasihat kelab masing2..selamat mencuba

Tuesday, July 28, 2009

Apa itu blog smk-saas?

Sy ingin menjelaskan bahawa blog ini merupakan tempat pelajar berinteraksi dan memberi pandangan dlm pe jua perkara di sek secara cepat dan moden.Sy merupakan org tengah dan pengendali blog ini.Sbarag cadangan yg bernas dan baik tentunya akan sy persembahkan kpd pentadbiran sek..disamping itu sy akn upload atau post sbrg informasi dan aktiviti yg berlaku di sek.pe pn sbarg kemusykilan kamu akan sy jwb.terima kasih

penolong-penolong kanan baru

untuk pengetahuan semua sek kt melantik beberapa orang guru utk menjadi penolong kanan mengikut position masing2..

1)Pn Norizam Hussin - Pemangku Pen.Kanan
2)Pn Rozida Hanem - Pemangku Pen.Kanan HEM
3)En.Azhar Jamaluddin - pemangku Pen.kanan KOKO
4)En Ismail Marni - Pemangku Pen.Kanan Petang

Tugas rasmi saya di sekolah ialah:
1)Setiausaha Unit Sukan
2)Ketua Penyelaras Sukan & Permainan

maksudnya sy menyelaras dan memantau semua jenis sukan dan pemainan di sek..sy jg berhak mancadangkan dan menggugurkan mana2 pelajar yg terpilih utk mewakili sek dalam sebarang permainan.Oleh itu jagalah disiplin dan tingkahlaku anda.semoga kt bekerjasama ke arah SAAS yg lebih gemilang

Bola inter-class ting 4 dan ting 5

Minggu ni insyaAllah akn berlangsungnya pertandingan bola tersebur.Jadual dan pengadil perlawanan bole rujuk pd ckgu Ajis.Diharap tiada pergaduhan di padang.Hormati kawan dan patuhi sebarang keputusan pengadil..jgn lupa bayar yuran utk setiap kelas.sy berhak membatalkan perlawanan jika ada peraturan yg tidak kamu patuhi..Majulah sukan utk negara

Mekasih banyak...

sy ucapkan mekasih bbnyk kpd sume yg sentiasa lawat blog ni..dlm seminggu je jumlah visitor tercatat hampir 600 org.satu angka yg membanggakan.itu pn sy da tolak 400 sbb bila kt back atau forward page, dia terkira gak..InsyaAllah sy akn cr maklumat terkini dan sensasi utk sume..Sudilah kiranya bg cadangan pe yg patut.tq

Monday, July 27, 2009

Program mentor-mentee

Diumumkan bahawa pelajar-pelajar di bawah ini adalah mentee sy..

1.Muhd Arfan b. Abd Rahman
2.Muhammad Afiq Danis
3.Nik Sarah Thoyyibati
4.Nor Shifa bt Abd Rahman
5.Nur Jannah bt Roslan

Keputusan rasmi bola inter class ting satu

mengumumkan pemenang-pemenang bg kejohanan bolasepak inter class ting satu bg tahun 2009...

Johan : Satu Amanah
N.Johan : Satu Cekap
Ketiga : Satu Gigih
Keempat : Satu Fitrah

Pemenang 1-3 akan mendapat medal.x beli lg pun...

Join SMK SSAAS group di face book



Demi mengeratkan silaturrahim antara student di saas, sy da create group di face book.jd sesiapa yg berminat bole la jd member.klau sesiapa yg x de account lg, bole la sign up.senang je..kt situ nnti sy bole upload banyak gmbr pasal activity di SAAS..Caranya click icon group di bawah page facebook anda.kemudian taip SMK SSAAS di bahagian search for groups..pas2 click join,..jemput memeriahkan.mekasih

Sunday, July 26, 2009

Pertandingan kawat kaki


Dijangkakan pertandingan tersebut akn dilangsungkan pd hari sabtu ini 1 Ogos 2009..mcm biasa akn bermula awal pg.nnti panas.kesian plak kepada adik-adik kawat tu nnti kan.Sy telah dilantik menjadi salah seorang juri profesional utk tujuan tersebut.Undian melalui sms untuk menentukan juara pasukan belum diterima pakai lagi.jd kami je la yg akan menentukan.InsyaAllah ckgu-ckgu kamu akn menilai secara adil dan saksama..sama-samalah kt memeriahkan.jumpa di sana ya..kt mana? saas la

Kelas KRK

Dah 2 tahun Kelas Rancangan Khas (KRK) ditubuhkan di Saas.Setakat ni ada kelas 2a dan 1a je.Pelajar yg dpt msk kelas ni mmg terpilih.Maklumlah result upsr pn bagus.Harapannya bila msk kelas ni makin cemerlang bdk2 tu.Pe pn disiplin dan sikap pn kena jg gak tau.Hari Isnin ni kt perhimpunan akan brlangsungnya majlis penyerahan plajar2 tersebut dengan cikgu2 yg ajar diorg ni.Seorang ckg dpt 5 pelajar.cam ayah n mak angkat la ni.Harap2 redha je dpt mana2 ckgu ye..hehe

Dari album saas: Hari koperasi n Catur MSSD





Saturday, July 25, 2009

seharian di saas





hari ni sabtu 25 Julai sek kt mengadakan kursus sembelihan khas utk plajar ting 4..ramai gak yg dtg.cm biasa masuk dewan dulu.dngr penerangan dr penceramah jemputan.saat yg dinannti2 telah tiba.lbih krg pkl 11 pg acara sembelihan berlangsung.kumpulan pertama diwakili oleh pelajar lelaki.Gabra punya psl atau mgkin first time sembelih binatang, kepala ayam td terputus langsung.dah tercabut.tp ada sorg ni, dia pegang je kepala 2.x lepas2.nk buat kenangan kot.kumpulan pelajar perempuan cipta sejarah sembelihan saas bila semua bjaya sembelih tanpa putus kepala tahun ni.moga korg dpt pengalaman yg berharga ya..emm sbnarnya sy pn takut nak semelih ayam..hehehe

Thursday, July 23, 2009

Jangan bergayut di atas tiang gol


Kepada anda semua yg gemar bermain bola atau tidak, sy nak nasihatkan jgn suka bergayut di atas tiang gol kecik sek kt.krn kesannya amat berbahaya.palang gol itu bole terjatuh dan menghempap anda.Di kedah berlaku satu kes kematian akibat kemalangan tersebut.Sy sndiri pernah menyaksikan tiang gol menghempap seorang pelajar di sek swasta di Ampang..Kesakitan pelajar tersebut x dpt sy gmbarkan sengsaranya.oleh itu, sayangilah nyawa anda demi org tersayang..

Futsal bagi pelajar perempuan


sy ingin menerima maklum balas dari semua patutkah futsal khas utk pelajar permpuan diadakan.kalau bole nyatakan nama kelas bg memudahkan sy menganalisa jumlah mereka yg benar2 berminat.kerana sy sering diajukan soalan ttg perkara tersebut.Cuma sy tidak pasti sambutannya.harap memberi respon :-)

Mari daftar birthday bulan Julai


Sy mengalu2kan sesiapa yg lahir pd bulan julai ini utk mendaftar nama anda, kelas dan tarikh lahir pd bhgian comment di bawah..kesemua tarikh tersebut sy akan kumpulkan dan akn post satu article utk celebrate kn birthday anda semua.mari kt meriahkan lg blog ini...

Tazkirah 1 : Awasi 2 rongga di tubuh kita

Kepada semua yg mmbaca blog ni, marilah sama2 kt mulai saat ini bermuhasabah utk memerhatikan dua kurniaan Allah pd tubuh kt.Kt semak semula adakah kt mnjaga dan memelihara 2 rongga tersebut sebaiknya?Rongga2 tersebut adalah mulut dan kemaluan..utk pengetahuan semua 2 rongga ini sudah cukup berbisa utk memenuhkan manusia di dalam neraka.yg apinya tidak akn padam selama-lamanya.yg di dalamnya malaikat yg menyiksa manusia dngn keras dan tanpa belas kasihan.yg di dalamnya manusia menjerit tanpa henti menahan azab Allah..Terlalu bnyk dosa mulut.Brcakap dusta dah jd mainan,mencarut jadi ulam setiap bait kata yg kt hamburkan,fitnah dah jd lawak hiburan sesama rakan..kata nista,kesat,keji sudah tidak ditapis2 lg.Besar dosanya.Apatah lg klau dihamburkan kpd insan mulia ibu dan bapa kt.x tertanggung azab api yg mmbakar nnti..keampunan boleh dipinta pd Allah namun dosa fitnah pd manusia x terhapus slagi insan yg difitnah tidak redha pd kt.Fitnah boleh membelah dunia.mmg benarlah kata2 Allah fitnah itu lebih dahsyat dr dosa membunuh..kt lihat bgaimana kt jaga amanah Allah pd kemaluan kt.adakah kt tepis segala godaan-godaan iblis atau kt acapkali tersungkur dlm bisikan mereka.renungkan apa yg kt sudah buat selama ini wahai para remaja sekalian.Jgnlah dilampiaskn nafsu itu berseorangan lg..apatah lg jika pernah berzina dan telanjur.kemana muka kt nak diletak dpan Allah nnti..Oleh itu jglah dan perbetulkanlah segala cacat n cela kt sebelum terlambat.jgn lah kt lepas ini bercakap sesedap rasa, org mendengar sakit dihati..hentikanlah dosa2 kt sblum dosa2 itu dihitung nnti...

Wednesday, July 22, 2009

Of cat and cutie


Untuk pengetahuan semua sy mmg suka melihat binatng yg dipenuhi bulu sprti beruang, harimau, kucing dan sbagainya.pe pn yg termampu sy pelihara ialah kucing..sbnrnya sy x pernah membeli kucing di kedai.Kbnyakan kucing-kucing yg ada di rumah sy hadir dngn sendirinya.mcm tetamu yg x diundang la.Binatang ni smcm bole tau yg kt ni kasihani atau sukakannya.2 sbb dia dtg.Klaau kt duk ramai2 mkn kt restoran katakn, de je kucing yg akan dtg dn bergesel kt kaki sy..kucing gatal kot.hehe.Dlam gmbr ni adalah kenangnan kpd kucing sy yg sudah tiada lg..hu..hu..

Debaran menanti hari bahagia..


Bunyi mcm nk naik pelamin je ya..opss jgn ckp.nnti ada org marah.emm sbnrnya sy dan isteri sedang menanti kelahiran anak sulung kami..Dijangka bln 9 nnti..InsyaAllah berkat bln posa nnti diharap semuanya selamat.Kalau lahir 09.09.09 lg best kn.senang nk ingat tarikh lahir.Minta kalian doakan segala urusan kami nnti ya.Dijangka kami akn menimang baby girl.emm x buat keputusan nk beri nama pe?kalau anda ada idea boleh la cadangkan ya..mekasih

Ruangan Tazkirah

InsyaAllah jika ada kelapangan sy akn menulis di dlm bbrapa siri tazkirah bg blog ni.Tazkirah mksdnya peringatan.Jadi sesuai bg kita yg brnama manusia utk slalu diingatkan.bkn brmakna kt x tahu sesuatu prkara trsebut tp barangkali kt trlupa atau terlalai.Jd tggjwb kt ssama Islam kena selalu mengingati.Moga kt diberi petunjuk dan hidayahNYA...

Tiada sambutan merdeka tahun ini..


Jgn silap faham.Mksd sy tiada smbutan hari kemerdekaan negara scara besar-besarn sprti biasa tahun ini.Sbbny tarikh trsebut jatuh pd bln Ramadhan yg mulia nnti.Kmgkinan besar pihak kerajaan tdk mahu membebankan para pelajar dgn latihan dn sambutan yg memenatkan.jd smbutan hanya dijalankan scara sederhana dan meriah.sy mndpt mklumat akn diadakan mjlis bacaan yaasin n solat hajat..Sama-sama kt doakn ksjahteraan Malaysia trcinta ini..Emm x dptlah sy membawa plajar berarak tahun ni ya..

Guru Disiplin Baru


Bagi sesi petang, korang mesti kenal sgt dgn ckr Razee dan Ckg Azhar.Untuk pengetahuan semua pihak sekolah telah melantik mereka untuk menjadi guru disiplin yg baru.jd anda jgn cuba2 nk buat hal.nnti terima padahnya.Mereka berdua senang didekati oleh pelajar namun tegas terhadap sebarang kesalahan disiplin pelajar.harap-harap korg semua dpt bkrjasama utk keamanan sek kita...

Jangan salah guna ICT

Kepada anda semua, cuba pelajari kemudahan yg anda dpt dlm zaman moden ini sebaiknya.jgn gunakan untuk perkara negatif.umpama pisau..ia amat penting dlm khidupan seharian, tp kalau di salah guna padah yg kt terima..Sbnarnya baru td sy post satu chat box utk kegunaan semua pelajar SAAS.tp malangnya tidak tahu siapa yang sengaja mencarut dan gunakan perkataan yg x senonoh di dlm chat box tersebut.ini blog sekolah.minta tolong hormat skit..sy dah dpt trace ID and location tmpt dia surfing..mintak sgt tolong hormat guru anda.Moga Tuhan buka hati hamba Allah tersebut kembali ke jalan benar..Amin

Tuesday, July 21, 2009

Daftarlah sebagai follower

Memandangkan jumlah pelawat yg menziarahi blog ini semakin meningkat,iaitu dalam ms 3 hari jumlahnya lebih krg 320 org.Oleh itu sy mencadangkan anda supaya mendaftar sbgai pelawat blog ini.semoga kt sama2 dpt memeriahkan lg arena blogging ini.Sy jg ingin mengucapkan ribuan terima kasih kpd anda yg telah memberi sokongan selama ini..

Anugerah Kokurikulum 2009 (QM SAAS)


Sy dengan ini ingin memaklumkan kpd semua bhw sy telah mencalonkan 3 palajr iaitu Mohd Ridzwan(2E), Mohd Anas dan Wan Amir (2F) untuk menerima anugerah tersebut diatas sumbangan dan jasa bakti mereka di dalam membantu menjayakan sukan sekolah pada tahun 2009 ini.Pn begitu sy mengucapkan terima kasih kpd semua yg telah bekerjasama samada secara langsung ataupn tidak bg tujuan tersebut.Marilah kt bersama berganding bahu ke arah SMKSAAS yg cemerlang...

Sila tanggalkan kasut anda...


Nilai Astaka sekolah kt bersamaan sebuah rumah sederhana iaitu hampir RM50,000.Sehingga kini pn masih ada maintenance yg mesti dibuat.Astaka dibina utk kemudahan semua.Oleh itu, sy harap sgt korang semua bukalah kasut sblum naik ke astaka.sbb bnyk kelas gunakanny utk belajar.jd mereka akn duduk di atas lantai.kt pn x kn duduk di tempat yg kotor kan..oleh itu kamu fikirlah sendiri..

Sunday, July 19, 2009

School Team U15


Pasukan bola sepak bwh 15 tahun ini telah pamerkan mutu perlawanan yg baik.Pasukan SAAS hmpir sahaja menjuarai kejohanan pergkat kumpulan.Namun nasib mmg tidak menyebelahi SAAS kerana tewas dengan penentuan penalti.Pe pn syabas diucapkan.semoga tahun depan lbih brjaya.Kpd sesiapa yg nk wakil sek bole menunjukkan bakat anda semasa prtandingan antara kelas ini.Disiplin kena ok gak ya..

Yuran ahli kelab bola sesi petang


Sesiapa yg belum membayar yuran tersebut, sila lakukan segera kerana pertandingan bola sepak tertutup iaitu "My skills, My Styles" antara ahli sahaja akan berlangsung tidak lama lg..Yuran sbnyk RM5 bole dibayar kepada Wan Ahmad Khosni (T2) dan Mohd Zaki (T1)..Tanpa yuran anda bkn ahli kelab bola.Harap maklum..

Malaysia VS Manchester United

Smlm berlangsungnya perlawanan persahabatan antara 2 pasukan ni.Sy sbgai pemerhati sukan bolasepak semasa,.menyimpulkan bahawa kedua2 pasukan perlu berbuat sesuatu untk memperbaiki game msg2..tahniah utk amri yahya dr Selangor utk kedua2 gol cantik trsebut..pe pn Malaysia bkn lawan MU...dan sy pn bkn fan MU..jgn marah

Minggu keceriaan n operasi indah ceria


Semalam 18 Julai 2009 smk saas telah mengadakan hari pelancaran mggu keceriaan ni.Ramai gak pelajar yg dtg.kkdg diorg ni malas duk umah.mana taknya mak beleter lah, adik kacau n mcm2 lg.akhirnya berlonggok la reramai kt sekolah.tp x pe la.sy ucapkn tahniah kpd semua yg hadir.maklumlah bkn ramai yg suka kerja2 sukarela ni.pe pn ni semua untuk anda jg.sek bersih kelas ceria belajar pn selesa kn..sy dn sebilangan pelajar ting 1 membersihkan gimnasium dan kawasn sekitarnya.biasa la bdk2 ni.kutip 2-3 ketul sampah main 2-3 jam.hehe jgn marah.pe pn diorg enjoy dlm gim tersebut.sbelum 2 ada senamrobik..bg sy pergerakan instruktor sedikit agresif.sakit badan ni.ntah mcm mana ntah ms lagu poco-poco sy da ada ats pentas join team tarian.ok lah 2 kn.sbb ramai pelajar tanya bila nsy nk senamrobik.diorg nk tgk katanya.mcm2 la kamu ni..

Team building di sg congkak


Pd sabtu 11 Julai yg lepas semua guru saas berkampung di sg congkak hulu langat selangor utk hadiri program tersebut.Antara objektifnya agar hubungan antara guru bertambah akrab.jd faedahnya akn terbias kpd para pelajar jg sbb semua aktiviti sek dijalankan scr kerjasama dan berpasukan.gmbr yg anda lihat ni adalah aktiviti guru-guru direndam dlm sg smbil mata tertutup..Saya buat pe? Sy tolong amik gmbar je.hehe.x nak basah2 lah..

visitor counters

sy baru sj add visitor counters ni utk memantau populariti blog ini..hehe.klau de pe cdgn bg tau la.sy baru je blaja memblogging

Jangan buat lg ya..khas pelajar perempuan 1a & 1b

Mggu lepas sy ada buat rondaan semasa kelas pjk berlangsung.Kebetulan pd ms 2 pelajar 1a & 1b sedang membuat aktiviti luar kelas.apa yg ingin sy katakan di sini, hampir kebanyakan pelajar perempuan kedua2 kelas ini berada dan bermain di kelas masing2.sedangkan rakan2 mereka yg lain berada di court basketball bersama ckg baru tersebut.ada pula satu kumpulan pelajar perempuan berpusing2 sekitar surau.Sy khuatir akan berlaku apa2 perkara yg x diingini seperti kemalangan dan sebagainya.jd lepas2 ini sila patuhi arahan guru.Malang x berbau.Bnyk kes kemalangan berlaku waktu pjk..

saas dah maju..ada gimnasium baru


korang nak tahu tak yg sekolah kt dah ada gim baru.tempatnya di surau lama.mgkin pelajar ting 1 & 2 x penah guna tempat 2 utk solat.tp skrg da berpeluang msk dlm 2.peralatan gim disumbangkan oleh pihak kementerian pelajaran.oleh itu gunakanlah elok-elok ya.jgn rosakkan org lain pn nk pakai jg.harap korg faham la ya.pasni bole la sape2 yg berminat nk guna gim 2 jumpa sy.bole dptkn kunci..dl gmbr ni sy di dalam salah satu peralatan yg ada.cm dlm playground je.

Friday, July 17, 2009

Kalaulah anda tahu siapa sbnranya guru dan ibu bapa...

Kita dilahirkan ke dunia tnpa pakaian, harta n kepandaian.sejak kecil kt dibelai oleh makayah tanpa jemu..x pernah pn dengusan atau keluhan terpacul dr mulut mereka.jasanya x bole diganti.walau si anak menghadiahkan seluruh harta kekayaan pabila dewasa nnti.pd mereka jualah sumber kbahagian hidup kt. jalan ke syurga jg ada pd mereka.mana mgkin kt ke syurga klau kt mengotori jalan2 tersebut..bkn najis yg terhambur.tp kederhakaan dan sikap kt itulah yg membuatkan batang tubuh kt terperosok di perdu neraka..kejayaan tidak akan hadir tanpa guru.Dialah yg menjernihkan kejahilan diri kt.klau dahulu kt ni hitam, dgn ilmu guru diri kt mula brcahaya..pd guru jg ada jalan ke syurga.ikutilah jalan tersebut.nescaya kt akan bahagia...kesimpulannya, ibubapa dan guru merupakan insan panduan dlm hidup kt.ibarat kereta tanpa pemandu, maka ke lubang yg dalam bakal terjunam.Hormatilah, sayangilah mereka......sebelum semuanya akan menjadi sejarah hidup kt.Andai kata mulut kt pernah tersalah bicara, tangan tersalah lakunya.segeralah pohon keampunan mereka.kerana rahmat dan keampunan Allah bergantung kpd redha ibu bapa..Moga baki denyutan nadi kt di dunia ini di bawah lembayung hidayah-Nya

Pelajar perempuan panjat bumbung? ya benar!

hari ini sekolah digemparkan dengan seorang pelajar perempuan berjalan di atas bumbung.sy pn tidak tahu cerita sebenar..ini semua gara2 menyambut hari jadinya.katanyalah..pe pn sy nasihatkan pe pn alasan dan sebab jgnlah panjat bumbung.org pempuan kena jg adab sopan.kalau bab panjat memanjat ni x payahlah..kat umah ok sbb org x nampak.Lg pn sy tidak mahu tragedi pelajar jatuh bumbung sekolah beberapa tahun lepas berulang lg..jg la keselamatan.ingat la diri dan orang tersayang.heheh cm iklan keselamatan jalan raya je..

Ada apa pada 31 JULAI ini?

Sebenarnya pada 31 Julai saban tahu n merupakan hari ulang tahun kelahiran sy.Sudah meningkat umur rsnya.skrg da 33 tahun..hhehe.masih muda walaupun tidak remaja lg.kalau anda hendak tahu makayah sy pn bernikah pd 31 Julai tp pd tahun yg lain la..bukan hadiah yg sy pinta tp cukup skadar mendoakan kesejahteraan sy spanjang ms.Amin..

Thursday, July 16, 2009

Makin pelik pelajar zaman sekarang..

sy merasakan sikap pelajar sekarang makin pelik n sedikit mengarut..mana taknya.handyplast digunakan untuk menutup luka bg mengelakkan kuman dr tersebar dan memudaratkan diri kita.tp kisahnya di SAAS ada segelintir pelajar.mereka ini mmg ada group tersendiri.sy pernah melihat mereka membeli beberapa set handyplast tersebut dan melekatkan di anggota badan secara berpakat..katakan lekat dikening.semua ahli geng td ada plaster kt kening.kan mengarut 2..lg satu pelik bdk saas ni.nama dah elok makayah kasi.tp ambik plak sellotape yng warna hitam 2.tulis nama glamer.aduss..pening kepala den.ada sorang 2 tulis nama dia boss.kecik2 da jd bos ya..ingatkan bossia..hehe.jgn marah

Bola Inter-Class Ting 3

Jadual perlawanan

Round 1 ( 21 Julai 2009 )


Dedikasi VS Efisyen
Amanah VS Fitrah
Dedikasi VS Cekap
Amanah VS Bestari
Efisyen VS Cekap
Fitrah VS Bestari

Semi Finals ( 22 Julai 2009 )


Johan A VS N.Johan B
Johan B VS N.Johan A

Finals & 3rd n 4th Place ( 23 Julai 2009 )

Tahukah Anda?

Sbenarnya d negeri selangor ini ada 3 buah sekolah yg mempunyai singkatan "saas".pertama di kajang, kedua sekolah kita sendiri dan ketiga sekolah di daerah kuala selangor...Sbnrnya nama tersebut adalah sultan yg sama..iaitu Almarhum Sultan Abd Aziz Shah..nama Salahuddin pd sekolah kita adalah gelaran di dalam nama baginda..Pernah berlaku beberapa kesilapan teknikal semasa kejohanan ragbi negeri selangor pd tahun 2005 dan sambutan merdeka tahun 2007..pihak pengurusan tersilap mengagihkan makanan dan baju uniform untuk sekolah2 tersebut.sedangkan jumlah pelajar yg mengambil bhgian tidak sama..

Siapa ibnu malik al andalasi?

mgkin ramai yang tertanya-tanya siapa dia gerangan nama di atas..sbnrnya dia adalah saya sendiri.nama tersebut merupakan nama pena sy..ibnu malik bermaksud anak kepada abd malik iaitu ayah sy, manakala al andalasi merupakan taman tempat sy tggal iaitu di taman sri andalas klang.klau dgabungkan semua maksud2 nama td bunyinya cm arab skit la..anda pn bole letak nama tempat atau ape2 saje dibelakang nama sebenar.cuma pastikan bunyinya sedap la.contohnya..Mohd Afiq Al Subhi..( dia lahir waktu subuh gitu) dll lg..bole jg minta sy tolong nama anda.selamat berjaya

Wednesday, July 15, 2009

Jadual Bola Inter -class F1

Round 1 ( 16 Julai 2009 )

Efisyen VS Bestari(1-0)suresh
Cekap VS Amanah (4-2)pen
Gigih VS Fitrah (0-3)arip,naim,yusry
Cekap VS Dedikasi(3-4)pen

Round 2 ( 21 Julai 2009 )

Efisyen VS Gigih (2-4)pen
Bestari VS Fitrah(0-5)pen

Round 3 ( 23 Julai 2009 )

Amanah VS Dedikasi
Efisyen VS Fitrah
Bestari VS Gigih

Semi Finals ( 24 Julai 2009 )

Johan A VS N.Johan B
Johan B VS N.Johan A

Ting 1B : Terbaik exam Pend Islam

Tahniah diucapkan kepada ting 1b keran berjaya menduduki tempat pertama antara semua kelas ting 1 dalm keputusan pep pertengahan tahun yg lalu..semoga terus berjaya n kurangkan bermain..

Football Inter-class 2009

kepada semua warga saas sesi pg kejohanan anda akan bermula mggu hadapan..selasa 21 Julai 2009..TINGKATAN 3 dahulu..seperti biasa senarai nama pemain perlu diserahkan kepada sy dengan segera..Bayaran rm20 satu team.Tidak dibenarkan import pemain.Gabungan kelas yang tidak mencukupi bilangan lelaki dibenarkan.Namun perlu berunding dengan saya dahulu.

Kejohanan Futsal Negeri Selangor

Pihak sekolah telah mendapat jemputan dr Jabatan Pelajaran Selangor berkenaan kejohanan tersebut..akan berlangsung pd 25 julai 2009 di kompleks rakan muda puchong..sy telah membuat keputusan bersama pentadbiran koko sekolah bahawa pasukan pelajar yang terlibat adalah dari pasukan bawah 15 tahun..mereka adalah Ijat (T3),Akmal Anuar (T3), Azri (T2), Wan (T2), Aqil(T2),Syafiq(T1),dan Halim -GK (T1)..Selamat berjaya

Komen dan Cadangan

dengan terhasilnya blog ini, maka anda warga Saas berpeluang secara tidak langsung untuk mengutarakan sebarang pandangan dan komen kepada sesiapa sahaja.Namun begitu etika bahasa dan penggunaan ayat mestilah bersopan agar tidak menyinggung mana2 pihak.Harap maklum

Kantin ditutup..nak makan pe?

Smlm satu berita mengejutkan berlaku..kantin sekolah diarah ditutup sehingga akhir bulan julai ini bg memberi tempoh pengusaha kantin memperbaiki keadaan kebersihan fizikal premis tersebut.Sy mendapat maklumat bhw pihak koperasi akn menggandakn jualan bg menampung keperluan perut para pelajar..pe pn membawa makanan dan bekal dari rumah adalah yg terbaik..mcm terbaik dr ladang gitu..hehe

Bola inter class T2 : Perlu atau Tidak?

Mggu lepas sy telah mengumumkan bahawa semua pelajar lelaki tingkatan 2 tidak dibenarkan bermain bola pada tahun ini.sikap sbhagian anda menyusahkan orang lain terutama mereka yang tidak bersalah..oleh itu saya hendak respon dari anda dengan klik comment dibawah ini dan nyatakan sebab mengapa perlu sy benarkan kamu bertanding.InsyaAllah kalau alasan yang diberi bernas, sy akan ubah keputusan tersebut.selamat mencuba

salam perkenalan

warga saas yang dihormati..blog ini merupakan laman sosial anda sesama warga sekolah.anda bole berinteraksi, bertukar-tukar pandangan dan menghantar komen kepada sesiapa sahaja.selamat berinteraksi