Tuesday, February 23, 2010

LiGASS..???

Sy dah umumkan hampir lebih 3 minggu tentang LiGASS utk pelajar form 2...tapi sampai sekarang x de apa kemajuan pun.yuran pun x kutip lg..nama team pun ada yg confirm x confirm je..mulai esok bertindak cepat...ingatkan sy nak stat khamis ni..tapi klau dah semua cm lambat je sy tangguh lagi..

cuma kalau lambat sgt walaupun dah sy ingatkan...mau sy batalkan je LiGASS nih..sy bg peluang sekali lagi..minggu ni mesti setel sume tau..

x faham la..

sy dah bagi peluang beberapa pelajar sesi pagi untuk main bola utk u-18..kira2 dulu kalau cakap berdegar2..semangat gile.nak jadi juara la.nak training tiap2 hari.tapi batang hidung pn x nampak.gaya jangan cakaplah, x mau kalah..tadi pun ramai yg x datang untuk training dan sy dah maklumkan sebelum ni.tapi diorang cm x mau.oleh itu sy pun x nak lah terhegeh2 nak mintak diorang main lagi..secara ringkasnya semua yg x de tadi digugurkan atas apa alasan sekali pun...kalau berminat mesti datang tadi...

oleh itu esok sy akan tampal nama pemain bola yg disahkan akan wakil sekolah.tapi bersyarat turun training dan patuh arahan..harap maklum.

kat bawah ni nama2 mereka yg tersenarai untuk wakil sekolah..

1. Dzahier Hazim
2. Lokman
3. Solihin
4. Noh Hafiz
5.Imran
6. Izudin Mat Sani ( Kapten )
7. Zuazri ( Pen.Kapten )
8. Amir Hafeez
9.Aiman Azmi
10. Aiman Shah
11. Nazirul
12. Wak

Percubaan..

sy nak mengumumkan pemain percubaan utk digandingkan dengan u-18 adalah seperti berikut :

1. Syafiq Latif ( 2A )- M/W
2. Zaki ( 2E ) - M/W
3. Syahid ( 2A ) - D/W
4. Aiman ( 2A ) - D
5. Halim ( 2A ) - GK

SEMOGA BERJAYA..Yg lain sy x dapat nak masukkan sebab position dah penuh..harap faham

Monday, February 22, 2010

Gunakan sebaiknya..


kita patut bersyukur pd Tuhan kerana kita hidup di zaman serba moden dan canggih ni.semua urusan kelihatan semakin mudah.begitu juga dengan kewujudan internet.banyak faedahnya.tapi awas.banyak juga mudaratnya..pokok pangkal bergantung kepada kebijaksanaan kita lah..


macam kewujudan blog, YM dan banyak lg memudahkan utk kita berkomunikasi.so gunakan lah sebaiknya.jgn disalah ertikan kewujudan kemudahan ini utk tujuan yg negatif..


selamat beron9...tapi keje umah jgn lupa lah ye

dah ok skit la...skit je


td sy memantau keadaan surau semasa waktu solat form 1..bole dikatakan ok lah.mungkin jg sbb sy ada kat situ kot.semua berlakon baik.wallahu a'lam lah cmtuh.tp sy puas hati dengan tahap disiplin kamu hari nih..


sy harap korang solat dengan betul bukan kerana sy ada tapi solat lah kerana kepatuhan korang kepada Allah..kalau itu yg kita pegang.insyaAllah solat berseorangan pn kita akan buat betul2..


berazamlah..perbaikilah solat anda sebelum anda "pergi"

nyamuk oh nyamuk..


hari ni sek kita sekali lg diserbu oleh jabatan kesihatan..sebelum ni berpuluh2 ekor jentik2 kt ternak.bayangkan stu ekor dendanya rm500.kalau dah banyak sgt mau bankrap atau tutup sekolah saas kita nih..


shah alam bukan saje terkenal dengan gelaran kota anggeriknya, malah dikenali sebagai pusat ternakan aedes yg berjaya.mana taknya universiti2 di sekitar sekolah kita mendapat jolokan universiti nyamuk satu ketika dulu oleh sebuah akhbar kita..


petang td unit kawalan kesihatan MBSA telah melakukan upacara fogging.maka berasap2lah banguanan sekolah kita seolah2 ada kebakaran yg berlaku.tp itu semua utk kebaikan kita juga.oh ye sy terlupa nak maklumkan.pg td pihak kesihatan berjaya menangkap berbotol2 jentik2 disekolah kita..


jd tunggu dan lihat je apa nasib saas kita ye...

Sunday, February 21, 2010

Logo Kelab Bola...

tulisan arab " kurrotul qodam " tu bermaksud bola sepak
tanda ' 10 di kepala orang tu bermaksud tahun 2010

Sekadar hiburan..


ada banyak persamaan org yg bwk motor tanpa lesen dengan gambar nih.jgn marah.hiburan semata2.x de kena mengena dengan yg mati.dah tentu yg hidup.hehe

Tak lama lagi nih..




sedar x sedar kita dah menghampiri ke bulan 3.itu bermaksud exam pertama dah menanti korang.soalannya biasanya mudah je.tajuk2 pun hampir kebanyakan tajuk pertama je.namun begitu korang x bole amik mudah la.sbb ada je pelajar yg gagal dalm ujian yg mudah ni.dalam masa yg sama kita akan di himpit dengan cuti sekolah lagi sekali, sukantara dan saringan.




emm bnyk betul aktiviti kita di sekolah.dan itulah sebenarnya tanggungjawab dan tugas sebagai pelajar.sy harap korang terus dan tetap bersedia terutama yg form 3 dan form 5 ni ye


Telah kembali...


setelah mendapat maklum dari beberapa pelajar SAAS, sy nak memaklumkan berita x rasmi nih.ada seorang pelajar SAAS telah kembali ke rahmatullah.kita sebagai warga sekolah dan org Islam sewajarnya menyedekahkan al-Fatihah kepada rohnya.Moga2 dicucuri rahmat.Amin..

Saturday, February 20, 2010

Gelagat pelajar siri 1..

Sy kira dah lama jugak berkecimpung dlm dunia pendidikan ni.bak kata orang sejak korang belum pandai merangkak lagi, sy dah mula jinak2 dengan mengajar ni.huh sampai cmtu sekali perbandingannya kan.hehe

sy nak mengimbas sedikit memori dengan kerenah pelajar nih.bukan yg nakal2 tuh..yg
kekadang keletah diorang nih menggeletek hati sy..maklumlah..ditanya lain dijawab lain..x pe.manusia ni banyak ragamnya kan.jd kita raikan perbezaan dan kepelbagaian kenkawan kita tuh.baru ada sikap saling menghormati dan memahami..

baru2 ni sy ada ajar bab pasal manusia sebaik2 kejadian Tuhan..namun di sebalik kesempurnaan ciptaan Allah ni, ada juga manusia yg berhati keji..berperangai mengalahkan binatang dan kejam..malah ada sampai tahap syaitan bertopengkan manusia..betapa jahatnya spesis manusia tuh..lalu sy bertanya la kepada satu kelas form 1 nih, " apa contoh manusia yg perangai cam binatang ? "..ingatkan ada jawapan yg tepat lah..ada seorang pelajar ni jawab " orang yang main tarian singa tuh"..tergelak sakan sy dengar jawapan tulus ikhlas dan suci ni..patutnya jawapannya mestilah manusia yg sanggup bunuh orang ke, yang kejam ke... bukan orang tarian singa la dik..

aduyai..macam2 ragam lah..sampai sekarang sy ingat benda nih.hehe

Thursday, February 18, 2010

bola..boola..boooola



Digugurkan...



sy selaku cikgu yg menguruskan secara langsung sukan sekolah kita memaklumkan kepada kamu semua bahawa sy akan menggugurkan acara lompat jauh dlm sukantara yg akan diadakan selepas cuti bulan 3 nnti.kewajarannya adalah lompat jauh menimbulkan masalah masa kepada pelajar sesi pagi kerana pitch lompat jauh hanya satu sahaja dan pelajar bagi ada 4 kategori iaitu L1,P1.L2 dan P2...jadi akan menimbulkan sedikit kesulitan utk menghabiskan semuanya dlm satu hari.lagipun pelajar perempuan bkn nak lompat pun.biasa la.control ayu depan kawan2..hehe

lagi satu juga sy nak maklumkan bahawa mungkin acara lompat tinggi dlm saringan sukan sekolah kita hanya akan melibatkan pelajar lelaki sahaja.berdasarkan pengalaman sy yg menguruskan sukan hampir 5 tahun di SAAS nih, pelajar perempuan x berapa bersungguh2 dlm acara nih.selebihnya main2 dan gelak2 je.oleh itu sy akan gugurkan..

harap maklum..

MAJULAH SUKAN UTK RUMAH ANDA..

Wednesday, February 17, 2010

Jadi sendiri ke?



pernah beberapa bulan sebelum nih kita dikejutkan dengan berita sejadah berdiri sendiri dan berupa org sedang melakukan solat..mungkin kejadian pertama yg berlaku di sebuah rumah itu betul.sebb diambil bukti dengan video dan sebagainya..

namun selepas itu seolah2 berlaku satu siri berita sejadah berdiri dengan sendirinya di negeri2 lain..yg herannya kebanyakan sejadah2 itu adalah dari jenis baru dan keras.maksudnya senang utk dibentuk dan didirikan..pernah pegawai jabatan agama membuat demonstrasi bagaimana hendak mendirikan sejadah dengan mudahnya.

nasihat sy kalau berita2 misteri cmni, dengar boleh, cuma jgn terlalu percaya.kalau betullah sejadah itu berdiri dengan sendiri dan membentuk seprti org sedang sembahyang, itu kuasa Allah yg menjadikan.cuma pengajaran kepada kita kalau sejadah pun cuba nak solat, apakah kita yg memang wajib solat x mau plak solat.hehe

pikir2 kan lah...

Apa ye...


sekarang tengah cuti..maksudnya x de pe nak buat.melepak? itu mesti.tapi dalam keadaan yg baik lah.jgn x tentu hala korang buat.tu da x betul.melepak sambil buat keje berfaedah itu lagi bagus kan..

sy pun dah x tau nak buat apa.makan limau dah banyak nih.sekarang pun tengah jaga anak.sambil type article blog nih..ayah zaman moden memang cmni la.nak post berita sekolah, x de pe isu pun.ye la semua orang cuti kan.

dalam cuti ni sy ada juga mencuba cipta logo utk LIGASS dan juga kelab bola.nnti dah siap sy post la dlm nih.hak cipta terpelihara tau.origional lagi tuh.hehe

selamat bercuti

Monday, February 15, 2010

Dah Melampau nih..


Jumaat lepas kami de latihan kelab bola.macam biasa la main bola sepak.masa nk masuk ke kawasan sekolah , di balik rimbunan pokok belakang makmal tuh sy ternampak dua sahabat ting satu sedang bersembang.namun mata sy lebih tertumpu kepada satu objek putih yg sedang dipegang oleh seorang dari mereka.makin dekat jarak sy, makin membuak hati sy ingin tau apakah gerangan benda tersebut.tiba2 sy dah tercegat depan diorang.sy " apa tuh"..dengan pantas dia campak di bawah kaki.pastu bangun." mana ada apa2"..balasnya...sy bukan la macam patung yg x de mata.sy dah lama nampak tadi.cuma nak kepastian dan kejujuran bdk tuh..lepas di desak dengan agak keras oleh sy akhirnya mengaku jugak dia.tuh dia putung rokok.x habis lagi.hisap sikit je.kat luar sekolah.pastu padam..budget punya pasal lah buat cmtuh.nak beli banyak2 mahal lak kan..

sy suruh dia bwk putung rokok tuh ke bilik guru.sy simpan sebagai bahan bukti.ingatkan nak jumpa dia petang tuh.tapi x sempat.x pe.banyak je masa lagi kan.hehe...cuma yg sy nak tergelak..muka dia gabra giler..pucat jgn ckp lah..

memang kesian.tapi yg salah tetap salah kan..

Saturday, February 13, 2010

PROGRAM CUTE..


bercakap pasal program cute ni, janganlah kata sy plak yg cute.hehe..sebenarnya CUTE adalah singkatan untuk Program Cuti Terancang..jadi korang akan dapat beberapa set soalan yang perlu diselesaikan sepanjang cuti sekolah nih.sekurang2nya adalah benda yang wajib kamu mesti buat.nak harap korang bukak buku latihan sendiri masa cuti ni, kirim salam je lah.

kalau x silap saya hanyan subjek english, sains, matematik sahaja yang terlibat utk peringkat permulaan nih.harap2 korang dapat buat betul2.semua tuh utk kebaikan dan kemajuan diri korang jugak.bermain, main jugak.kalau belajar buat lah betul2 yek.

Friday, February 12, 2010

Dah fed - up..


kepada bdk bola u-18 yg terbaca komen sy nih, sy nak maklumkan pd korang semua..sy dah mula fed up ngn team korang..ntah apa2 ntah..sy dah bagi peluang, tapi ramai je yg cm x nak tunjukkan kesungguhan..

sy dah senaraikan hampir 26 nama..dlam banyak2 nih, yg datang 18 je semalam..patutnya semalam sy dah balik umah dan tido pukul satu tengahari tuh.tapi korang punya pasal, sy tunggu juga sampai petang.tapi jumlah kehadiran mengecewakan sgt..korang ingat sy ni tunggul ke.kalau de hal main x datang je.kalau de pe2 bg tau lah.x kan tu pun sy nak ajar..

sy akan turun sekali dua lepas tahun baru cina nih, kalau keadaan masih sama sy akan berbuat sesuatu yg drastik.namun bg korang yg setia dan bersungguh utk datang latihan, insyaAllah nasib akan menyebelahi korang..td pun sy dah gugurkan 2 nama..dan sorang dah tarik diri.jadi dah 3 orang terkeluar..

x pe..berebut lagi yg nak main bola..susah2 bdk form 2 pun bole..

Thursday, February 11, 2010

Tak de lah..


pagi tadi sy pergi meeting pengurusan sukan kat seksyen 7..tujuannya utk dapatkan maklumat terkini dan dalam masa yg sama mendengar taklimat kejohanan olahrag MSSD yg akan berlangsung pada awal Mac ini..

dalam masa yg sama kami mendapat maklum bahawa antara permainan yg x kan dipertandingkan LANGSUNG adalah ragbi, catur, boling dan beberapa lagi yg sy x ingat.maksudnya samada u-15 atau u-18 x de..korang kenalah terima hakikat ni yek..

InsyaAllah kalau keadaan kembali pulih, semuanya akan dipertandingkan semula.Teuskan berdoa dan berharap..

Tuesday, February 9, 2010

candid photos..







KEPUTUSAN RASMI MERENTAS DESA 2010

Saya dengan ini mengumumkan bahawa keputusan rasmi merentas desa bagi tahun 2010 adalah seperti berikut :

JOHAN : PUTRA : 281
N.JOHAN : SATRIA : 243
KETIGA : SAGA : 240
KEEMPAT : PERDANA : 194
KELIMA : WIRA : 156


Tahniah kepada yang Berjaya...

Monday, February 8, 2010

team bola u-18

hari ni teka teki team bolasepak u-18 akan terjawab..3 kali saya berubah fikiran.dan begitu juga nama pemain yg berada dalam list juga turut bertukar..

kali ni sy nekad dengan menyenaraikan nama pemain yg agak sederhana kerana semua pemain yg berkebolehan tinggi nampak cam x berminat nak main.jadi kalau orang x sudi nape plak kita terhegeh2 nak ajak diorang kan.maksud sy diorang x berminat tu adalah dengan terus2an langgar peraturan sekolah.dengan kata yg mudah x berdisiplin..x silap sy pen kanan koko sendiri dah maklumkan pada diorang yg kalau nak wakil sekolah kena berdisiplin.jadi nampaknya masih tiada perubahan sikap..

oleh yg demikian sy berharap nama2 yg tersenarai tu x akan menghampakan saya lah..apa pun nama team itu dipanggil team percubaan.yg bermaksud kalau x memuaskan hati sy , maka diorang pun semua akan sy gugurkn..harap maklum

nama2 tersebut boleh dilihat di papan kenyataan menghala ke kantin sekolah..

Friday, February 5, 2010

Agaknya sape ya?


Temasya dan bahang kejohanan sukan sudah bermula esok.walaupun esok dinamakan larian merentas desa, namun mata yg kamu perolehi itu akan di bawa ke kejohanan sukan pada tahun nih..jadi setiap mata itu penentu kejuaraan pd peringkat akhir nnti


setakat dlm rekod ys dari tahun 2006-2009..rumah yg mendominasi kejuaraan adalah umah Wira dan Satria..namun umah lain bole mengubah statistik tersebut.caranya dengan berusaha bersungguh2 utk memastikan pada tahun ini umah anda plak yg mejadi juara..


Yang pastinya anda boleh..emm sy pun bole la jugak ye.hehe

D-Day..


Esok insyaAllah dengan rasminya kita akan adakan larian merentas desa nnti.sy berharap dan berdoa kepada Allah agar semuanya berjalan lancar seperti yg dirancang..


kepada semua pelajar sy menasihatkan agar semua dapat tido awal.nnti dapat tenaga yg cukup utk esok hari.tapi jgn sampai termimpi2 plak ye.hehe.jgn lupa pakai bj umah sukan yg berwarna ituh.jika tidak penyertaan kamu dibatalkan.namun kamu masih dibenarkan utk berlari.sy x larang pun yek


berlarilah dengan bersopan.maksudnya betul2 lah.bukan maksud sy supaya jd lemah lembut ke macam tuh.pe pun sy doakan all the best utk korang

Wednesday, February 3, 2010

School Team Under Age ..

Mengumumkan nama2 yg terpilih ke pusingan seterusnya..korang pusing2 je la yek.hehe

1.Ariep -2e
2.Haziq -2f
3.Alif - 2c
4. Syahmi
5.Bukhari - 2f
6.Daniel - 2b
7.Afrizal - 1e
8.Firdaus - 2b
9.maula
10.Ayob - 2c
11.zaki - 2e
12. Syafiq - 2a
13. Aiman - 2a
14. Halim- 2a
15.Adris
16.Sobirin
17.Syahid - 2a
18.izul
19.asyraf - 2e
20.Azrai - 1b
21.nabil- 1b

Bengang betul....


tadi masa nak balik sekolah kete sy disondol dari belakang oleh Kancil yg berlagak cm lembu..pastu ada hati cm nak cabut la..senang2 je sy kejar balik.pe sgt lah kancil kan.bila sy dapat rapat ngn dia terus sy blok cm polis nak tahan perompak tuh..jgn memain ngn sy tau.ikut hati nak hentak je mamat tuh..budak uitm..


bnyk cerita sy x mau dengar.dah langgar kena bayar la.pastu bila dah bincang2 sy bg dia satu keje umah.sy mintak dia dapatkan spare part kt bumper sy yg pecah tuh.x tau dia buat ke x.sy tawakal je.kalau dia nak tipu pun nk buat cmne.Biar Tuhan yg balas..


Tuhan itu Maha Adil.Percayalah..hari ini kita buat orang..sok lusa kita kena balik

Tuesday, February 2, 2010

Tak boleh...


senarai pelajar kat bawah ni sy x benarkan terlibat ngan LiGASS...harap maklum.
1.Hanif

2.Rais

3.Awies

4.Syahdam

5.Naim

6.Zikri


dan beberapa org lg yg sy akan umumkan kemudian

Masih blur...

berikutan pembubaran bola sepak school team u-18 minggu lepas, sy masih blur utk mencari pemain yg sesuai dari segala aspek bagi membolehkan diorang nih mewakili sekolah.bakat saja belum cukup selagi x menepati citarasa sy sebagai cikgu yg menguruskan hal ehwal bola nih..

agak2 korang de cadangan x camne yg membolehkan kita ni lebih maju dan berdisiplin lagi..sila sampaikan cadangan anda di sini

Monday, February 1, 2010

Sedih la..


Hari ni memang sedih sebab laptop kesayangan sy disahkan kena gigitan virus.da nak repair tadi.tapi masih juga ada masalahnya.nak uninstall pun x bole.jadi sy dinasihatkan utk reformat je..huhu.maknanya kena buat back up file la camtuh.banyak keje la cmni


nasib baik ada laptop isteri sy yg masih bole guna utk on9.tu sbbnya sy x surfing dlm 3-4 hari lepas.insyaAllah pasni ok balik lah.mudah2an ye

Masih di alam dulu lagi...

sy perhatikan bdk2 form 1 ni cam sayang je nak tinggalkan alam ria persekolahan rendah mereka.mana taknya asal keluar kelas je berlari.asal berlari je kuar kelas.hehe..pastu menjerit meraung cm kena cubit punggung..huh bila agaknya nak berubah yek.nak kata x baligh lagi.rasa ramai yg sudah.tapi cm bebudak lagi la.

lagi2 kalau kat surau.bising bukan main.nak marah karang, buat muka kesian plak korang nih.terkebil2 mata tu bila kena sergah.tapi x bole gak.mesti ditegur.sbb surau tu rumah Allah.kena la jaga adab sopan skit.

Sy rasa sedikit masa lagi la diorang ni nak transform jadi pelajar sekolah menengah yg sebenar.harap2 ok la pastu.hehe

sabar je la ye..

pelan merentas desa 2010


Blog baru?


akhir2 ni sy tengok ada notis yg memaparkan bahawa blog sekolah saas telah dilancarkan..ada gak group facebook sekolah..emm sy rasa sy yg buat dulu.x pe lah.dioarng ni excited kot.tapi kot ye pn jngan la amik gambar sy.siap buat picture wall sama cam sy...ish ish...carilah idea lain skit.ni kalau sy ada copy right reserved ni bole saman diorng tuh.hehe

lagi satu pelan merentas desa dalam blog tuh.sy dah la diorang mintak dari sy.tup2 bila post kat blog nama sy diorang padam pada bawah pelan tuh. x patut jugak.sy terkial2 nak siapkan pelan tuh.senang2 je diorang pow ye..emm nak buat camne kan...dah nasib katakan

LiGASS ....


Tahun 2010 ni sy bercadang nak buat LiGASS cm tahun lepas.cuma ada beberapa perubahan dan pembaharuan skit yg ingin sy perkenalkan.oleh itu sesapa yg ada cadangan yg difikirkan ok, bole la bg tau sy.sy akan pertimbangkan idea kamu tuh..


Majulah Sukan Untuk Suka-suka..hehe

Bagus..


tahun ni sy perhatikan jumlah pelajar yg datang ke aktiviti koko memang memberansangkan.bayangkan minggu pertama perjumpaan unit beruniform je penuh kat sekolah tuh.cm x pecaya je.kalau dulu, pokok2 bunga kat sekolah tu lagi nampak banyak dari bdk2 yg datang berlatih.adakah ini fenomena yg sama?mula2 banyak pastu makin kurang.kita tunggu dan lihat je lah ye.


lagi satu sy tengok latihan umah sukan pun dah mula.kalau nak diikutkan kalendar, latihan akan bermula bulan febuari nih.nampaknya setiap umah dah start bergerak.bagus lah camtuh.baru ada semangat kesukanan.itu yg penting sebenarnya.sebenarnya kita berada dalam proses pembelajaran x kira di dalam atau luar kelas.dlam kelas adalah formal.kat luar kelas sedikit santai.antara perkara yg kamu dpt belajar dlm aktiviti koko ialah belajar bekerjasama, patuh pada arahan ketua, belajar terima kenyataan dan sebagainya.


moga2 korang menjadi insan yg seimbang akademik dan koko..ngn Tuhan plak mesti lagi bagus tau