Tuesday, September 28, 2010

Majlis Solat Hajat SMKSSAAS

Tahun ni kita mencipta sejarah dengan penganjuran solat hajat sek kita di Masjid Negeri.ini berikutan dewan utama sek kita digunakan oleh pelajar tingkatan 5 bagi menduduki peperiksaan percubaan SPM...so kena guna tempat lainlah...program akan bermula seawal 6.30 ptg dan dijangka selesai pada pukul 9.30 mlm...ada makan lagi bro.

solat hajat diadakan dlm usaha kita meminta pertolongan dari Allah bagi memperkenankan segala usaha dan doa kita bg mencapai kejayaan yg terbaik dalam peperiksaan PMR,SPM DAN STPM nnti..disamping itu usaha berterusan seperti mengulangkaji dengan bersungguh2 perlu dilakukan kerana usaha itu sendiri dinamakan tangga kejayaan.

perlu diingat, solat hajat sahaja tidak akan memberi makna apa2 jika solat fardhu sehari semalam yg 5 waktu itu kita x tunaikan.so beramal lah selalu, bersedekah, ingat Tuhan.InsyaAllah PERTOLONGAN akan datang dari Allah..selamat mencuba

Saturday, September 25, 2010

Masih terbuka...


tadi masa ada kursus pendek di sekolah, sy sempat juga buat line-up player utk team bola sek kita...setakat nih x de yg dipilih secara automatik..nnti sy akan tampal ada 2 team..yg dinamakan team A dan team B...dua2 team ni mempunyai kekuatan pemaian yg sama rata...x de yg terkuat sebelah pasukan..50-50 kata orang..

insyaAllah baki hari persekolahan yg ada nih sehingga hujung tahun kita akan buat training..sy masih lagi beri peluang kepada muka2 baru utk tunjukkan prestasi sebenar..sbb pelajar form 2 skrg pn masa form 1 dulu main pun hancur..haha..cuma setelah bertahun bermain sama dan berlatih ada la nampak sedikit peningkatan..

so tggu senarai nama yg sy akan tampal nnti..harap bersabar

Friday, September 24, 2010

Tahniah..

pagi tadi pasukan yg mewakili sekolah utk kategori u15 telah berjaya mengalahkan pasukan yg baru dibina atas dasar mengketengahkan bakat2 baru utk kemajuan bola sepak sek kita...tahniah sy ucapkan kerana mereka berhak menang berikutan persembahan yg baik tadi..

sy dpt buat kesimpulan, pengalaman dan persefahaman yg sudah ada buat sekian lama dlm pasukan sek merupakan faktor utama diorang dpt menyerap tekanan dr pasukan lawan..

namun perlu diingatkan kemenangan ini x bermakna semua player akan diserapkan utk pasukan tahun depan..kerana ada bakat2 baru yg akan memberi saingan utk semua position.so sy harap semua akan beri perhatian.sbb sejak akhir2 ni bermula dari saingan bola inter class dulu, sy dpat perhatikan ada unsur2 bangga diri, bongkak dalm diri sesetengah player.harapan sy benda ni x sepatutnya berulang kerana kita bermain bola atas dasar dan prinsip satu team..bukan secara individu...

sekian utk kali ni..harap mencuba lagi

Thursday, September 23, 2010

lawatan dari students "Gold coast"..

td pagi sy dpt maklum ada lawatan dari beberapa org students dari Australia..tujuan lawatan kurang pasti lah.tp yg kelakarnya ada ckg bagitau..pada mulanya pihak saas nak bawak diorag ronda2 di sekitar kawasan sekolah..tp mungkin tak tahan panas kot diorang mintak duduk kat bilik mesyuarat je..sbb ada air cond lah tuh..sejuk bhai..hehe

pastu ckg kita plak pening kepala nak buat aktiviti apa kat situ..last2 dpt gak idea nak promote permainan tradisional kita kat diorang..x tau la setakat mana yg bole..pe pun..sekolah kita ni pernha juga dilawati oleh students2 dr luar negara..kira glamer jugak lah..hehe

tu kalau korang x tau speaking rugi la...mana tau dpt best friend mat and minah saleh

sultan selangor's cup....


besok petang sy dan beberapa rakan korang akan menghadiri satu majlis di Quality hotel bersempena dengan pelancaran mengagihkan tiket bola piala sultan selangor nnti..tiket dah tentu free..korang nak sy bole bagi..cuma sy x pasti berapa banyak sek kita akan dapat..yg confirmnya yg ikut sy yg dapat dulu..mungkin dpaat makan sekali juga kat sana..hehe

pe pun nnti tggu la pengumuman dr sy ye.insyaAllah korang kalau ada rezeki akan dpt juga

Wednesday, September 22, 2010

soccer friendly match...

date : 24 sept 2010
time : 8.30 am
venue : school field

insyaAllah kalau x de pe aral yg melintang..sy akan adakan satu perlawanan persahabatan ngn bdk2 school team u15 nih..dengan kata lain mereka yg nk lawan diorang ni x pernah pun wakil sekolah kita..dan dngan kata lain lagi, team kami ni x la sehebat cm school team tuh...

namun sy sendiri akan mengetuai team yg biasa2 nih utk beri tentangan kepada mereka2 yg hebat tuh...dengan kata lain team yg mewakili sekolah x kan bole kalah..hehe

pe pun kita tggu hari jumaat nih.senarai nama sy dah tampal kat notice board.sila2 lah tengok ye

Tak masuk akal..

sy rs korang pun dapat merasakan de sesuatu yg x kena ngn kantin sekolah kita...pe dia? x de makanan la..nama kantin.tp makanan x de..alasannya kantin nak tutup.makanan bukan cm benda bole ditangguh2 sehari dua atau minggu depan.kita makan tiap2 hari..kalau x silap saya kantin nak ditukar pengusahanya dlm 2 minggu lagi.tapi makanan yg disediakan x cukup..
sape nak jawab nih???

Sunday, September 19, 2010

Dah cukup...

emm hari ni dah masuk hari yg ke berapa tah kita raya..x silap dah hari kesepuluh..lemang, dodol, ketupat rasanya dah tepu nak di sumbat dalam mulut..maklumlah dah beberapa hari menjadi menu utama makanan di siang hari..rasanya dah cukup la nak raya..sebenarnya bagi kami org2 yg dah dewasa nih, perasaan nak raya tuh x la membuak2 sgt cm kanak2 kecil.maklumlah masa dulu raya bermaksud dapat duit raya.sekarang x lagi kot.cukup la setakat 1-3 hari raya je.pastu x de pe sgt..lagi seronok lepak umah atau g jenjalan ke..tengok tv pn best gak.hehe.banyak gak cerita best2..layan je la pe yg patut..

sok dah mula sesi sekolah kita..jgg ada yg terlajak datang pakai baju raya lak.hehe..memang raya sakan namanya tuh..harap2 ramai la yg datang besok..cuma jgn plak bila tengok muka korang dah macam iras2 lemang atau kuih baulu je..hehe..see u tomorrow

Friday, September 17, 2010

meriah...




tadi kalau korang ada yg pergi ke sekolah mesti akan mendapati yg sambutan raya dan hari malaysia nih benda yg meriah..walaupun hujan lebat di luar, namun semestinya x akan membataskan pergerakan kita yg berada dlm dewan..acara pertama senamrobik.tp ramai yg dah siap2 pakai baju raye..so berapa kerat je yg joget..yg tengok tercungap2 adalah team senamrobik yg atas pentas tu,..hehe.pastu terus ada sukaneka sukan tradisional..tu part sy yg uruskan tuh..sbb hujan kat luar x bole la main galah panjang dan main baling selipar..kalau main memang betul2 meletup la dewan tuh..dalam pakai baju raya pun td sy tengok ramai je yg main sepak raga bulatan dan main bola bulu ayam ( permainan tradisi masyarakat cina)..kat melaka tau sy beli.jauh tuh...semata2 utk korang.sy pn join sekali la..penat jgn cakap.




kat atas pentas ramai la pelajar menyerbu utk main batu seremban dan congkak.ingatkan x de sambutan.tapi tuh dia..cm nak roboh pentas berebut...acara diakhiri dengan sesi makan2..pe lagi segala juadah raya dipersembahkan.smpai x larat nak bawak perut yg dah boyot tuh...




pe pun sy nak ucapkan tahniah kepada mereka yg hadir.teruskan menyokong aktiviti sekolah..tq

Thursday, September 16, 2010

Hari Raya satu Malaysia..

emm sok jgn lupa datang sekolah.sbb sesi school kt dah mula pas raya nih.tp x de belajar pn..sek kita akan menyambut perayaan Hari Raya dan Hari Malaysia sama2..semua datang pagi.petang x de skul tau..pg2 lagi je kita dah mula nak bersenam robik..pastu kita ada satu program permainan tradisional..sy yg kena buat tuh.objektifnya nak perkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar SAAS ..antara yg ada permainan galah panjang, main teng-teng, congkak, batu seremban,sepak raga dalam bulatan.sy percaya ada diantara korang yg x pernah tengok permainan ni dimainkan.jadi reramai lah datang besok.mungkin kita akan adakan pertandingan.baru meriah skit kan..

lepas penat2 main, kita akan adakan plak jamuan hari raya.jadi semua berkumpul kat dewan..bole kita bedal juadah pe yg patut.hehe..dlm masa yg sama kita mungkin berpeluang mendengar alunan merdu suara rakan2 kita mendendangkan lagu2 tradisional hari raya..so.jgn lupa sok.kita jumpa ye

Monday, September 13, 2010

Tak dapat...

dalam kita merasai keghairahan utk beraya di rumah sahabat handai dan sedara mara, kekadang kita harus menerima bahawa niat kita tu kekadang x kesampaian..bukannya apa sbb semua umah yg kita nak tujui itu kosong.Dengan kata lain tuan rumahnya tiada.sbb beraya di kampung...huhu.maka semalam pn puaslah sy berfikir ke mana sy harus tujui.sbb baru pkl 2 petang.hanya 2 umah je yg sempat pergi..awal lagi plak nak balik umah..

setelah berbelit kepala sy akhirnya kami menuju ke IKEA..hehe.ke umah uncle IKEA..kt situ bnyak ruang tamu ( show room).cuci mata tengok perabot yg indah2, dan kontemporari..adalah sy beli skit2.emm bukan perabot tau.tp rak nak letak majalah dan buku kat umah sy..nak lengkapkan dan kemaskinikan mini library yg sudah sedia ada tuh..

moga korang gembira sgt beraya kat kampung..tp kesian x dapat online.maklumlah kampung kat hujung negeri atau atas gunung.hehe.jumpa lagi masa buka sek nnti

Thursday, September 9, 2010

satu renungan...

HARI RAYA YANG SEBENAR ADALAH ...

selamat dari sakratul maut
selamat dari azab kubur
selamat meniti titian sirat
selamat dari azab neraka..

SELAMAT MERENUNG..

sudah tiba...


sedar x sedar masa memang cepat sangat berlalu..kita sekarang berada di ambang raye.hari ni genap sebulan kita berpuasa.InsyaAllah...raye besok yg dipanggil aidulfitri itu bermaksud kita kemabali kepada fitrah kita.apa fitrah kita?fitrah kita ialah bersih suci daripada dosa..apa kena mengena dengan posa dan raya plak? ye.ada kaitannya.org yg berpuasa dengan penuh keimanan akan dihapuskan dosanya oleh Allah.bila x de dosa kita umpama bayi yg baru lahir suci bersih.itulah yg dikatakan kembali pada fitrah..berbahagialah org yg diberi keampunan oleh Tuhannya..

oleh itu dalam kesempatan ni sy nak amik kesempatan utk ucapkan selamat ari raya aidilfitri kepada semua.maaf zahir batin..nak duit raye jumpa la sy nnti.hehe..

selamat bergembira di hari lebaran yg mulia ini..

Tuesday, September 7, 2010

Bola..bola...bola...


dalam kita nak demam raye ni satu perkara kita jgn lupa iaitu bola sepak..bola dan kita x bole dipisahkan..agaknya kalau la ada org raya pakai jersey, agaknya ada la beberapa spesis korang ni pkai baju tu masa hari pertama raya...jgn bikin gempar beb.mau terkejut org kt masjid tuh.hehe..


emm sbgai ckg yg menjaga hal ehwal bola dan pembangunan sukan di sekolah kita ni, sy terfikir utk buat satu pertandingan bola sepak pas raya nih..tapi x tau lagi konsep pertandingan tuh..kira kalau korang ada idea, bg tau la sy.LiGASS kita dah buat, inter class dah habis, soccer 5 on 5 antara ahli kelab bola pn dah sudah..pe lagi yek..pe lagi fikir la..nnti bg tau sy apa yg kamu dapat..orait..

Sunday, September 5, 2010

Malam 27 likur...


malam ni ramai yg panggil 27 likur..sbb apa pun sy kurang pasti lah.tp sure ramai yg pasang pelita keliling umah..kalau kat kampung siap korang batang buluh buat pelita..banyak plak tuh.tp yg pastinya rumah yg ada halaman je yg sesuai dipasang pelita nih..kalau kat apartment, flat, kondominium mmg x sesuai langsung..silap hari bulan terbakar satu bangunan tuh..haha..


sbnrnya malam ke-27 ranadhan ni x membawa erti yg khusus bg kita umat Islam.macam malam2 yg lain.tp heran kita masyarakat melayu menjadikan malam ni sungguh istimewa..siap pasang pelita keliling kampung.besar-besaran plak tuh..sbnrnya kalau diikutkan kita x berapa sesuai nak pasang pelita ni.sbb budaya ni bukan berasal dari ajaran agama atau bangsa kita sendiri pun.so kalau agama pun x suruh, maka x payahla nak pasang..


yg paling penting sebenarnya kita meriahkan malam2 di bulan ramadhan ni dengan amal ibadat.itu yg sebaiknya.apa pun...tepuk2 la kepala.tanya iman tuh.hehe

Saturday, September 4, 2010

hari terakhir sekolah...

selamat raye cikgu..duit raye x de ke
sob..sob..tido pn best gak nih


sy sedang merenung masa depan..hehe


satu ketika...











Bermulanya detik itu..


semalam merupakan antara hari dan waktu yang amat dinanti2kan oleh kita semua pada bulan ini...kenapa?ini kerana semalam dengan rasminya sesi persekolahan kita akn menutup tirainya seketika...dah la seronok cuti sekolah, aidilfitri plak bakal menjelma..perghh double happiness lah ni kiranya kan..


sy di sini ingin mengucapkan selamat bercuti..buat la pe yg patut..x nak baca buku pun x pe..kalau disuruh nnti x kan baca jugak kan..oh ye..pelajar PMR dan SPM, jenguk2 juga la buku tu,..utk masa depan korang jugak ni..pastu raya la sepanjang tahun pun x pe..hehe


lg satu sy pesan jgn la buat keje x berfaedah atau bahayakan diri..terutama merempit atau naik motor tanpa lesen.terer cmne pn korang bwk motor pasti tergolek jugak sbb korang x berapa mahir lagi...apatah lg kalau tergolek sendiri atau sorang2...x de angin ribut atau puting beliung, tau2 terbaring je tengah jalan...kan malu tuh..hehe..oleh itu jagalan keselamatan diri.ingatlah orang yang tersayang..selamat bergembira di hari cuti nih

Friday, September 3, 2010

Patah tumbuh hilang berganti...

hari ni jumaat 3 september 2010 mungkin hari yg paling bermakna dan meninggalkan sejuta kenangan kepada cikgu abas alias...seorang ckg pagi di smkssaas kerana dengan berakhirnya detik 12.30 tghari ini maka secara rasmi tamatlah perjuangan beliau dalam mendidik anak bangsa..setelah hampir 35 tahun mencurah bakti, sudah sampai masanya beliau berehat dari asam garam dunia pendidikan nih..

pagi ini dan ketika blog ini ditulis, satu majlis mengenang jasa beliau sedang dijalankan di dewan tun sri lanang kita..moga2 segala usaha, bakti dan pengorbanan yg beliau telah curahkan mendapat tempat dalam ganjaran yg telah dijanjikan Allah...amin..

Thursday, September 2, 2010

Tahniah...

pada peperiksaan ketiga yang lalu kelas 1 Bakti sekali lagi melakar rekod tersendiri apabila para pelajar berjaya mencatatkan :
23 A
2 B
1C

Dan seorang dari mereka iaitu mohd akmal berjaya pula mendapat 100% markah.tahniah sy ucapkan kepada semua.pasni harap2 sikap dan sahsiah diri semua akan meningkat dapat A juga ye.hehe

Wednesday, September 1, 2010

Majlis Khatam Quran...

besok akan diadakan majlis khatam Quran khas kepada pelajar yg bertadarus selama nih...majlis akan diadakan pd jam 5.30 petang..so get ready awal ye..pelajar petang sy akan bg keluar awal.dalam pukul 4.30 cmtuh...

emm jgn lupa pakai baju melayu, berkopiah atau bersongkok..nak pakai jubah pun bole..sape2 yg x pernah rasa pengalaman berkhatam Quran, ni la masanya waktu yg sesuai..apatah lg di dalam berkat ramadhan yg mulia ini..

insyaAllah juadah berbuka pose akan disponsor dan ditaja oleh mereka yg bermurah hati.jgn lupa juga kita ada majlis bantuan kepada anak2 yatim , solat maghrb dan isya' berjemaah dan juga solat terawikh..jgn la plak lepas berbuka terus cabut balik umah..hehe..memang nak kena cubit la cmtuh kan..

dan pada jam 12.30 tengahari besok juga kita akan adakan satu rehearsal tentang majlis di surau ini bagi memastikan kelancaran acara kita pada petang itu..didoakan semoga semuanya berjalan lancar..amin,,