Saturday, April 16, 2011

mental betul..


petang jumaat semalam pas waktu rehat..sekolah tiba2 gempar..ramai yg panik..yg menjerit pun ada..mana x nya.ribuan ekor lebah kelihatan seakan-akan puting beliung berlegar2 kat area depan stor sukan..kalau de budak yg bermain kat luar..rasanya dah lama nahas tuh..

sy dimaklumkan lebah2 tuh sebelum tuh x la mengganas cmni.ada la sorang budak dia baling dan kacau sarang lebah tuh.patut la lebah2 tuh mngamuk.sbenarnya kalau korang nak tau sengatan lebah boleh membawa maut kalau kena caranya..so jgnlah buat kerja gila..kalau yg mengacau lebah tu kena sengat x pe..ni kalau orang lain x bersalah yg kena pe cerita..kalau nak buat sesuatu kena pikir dulu..jgn mental sgt..

Tuesday, April 12, 2011

Kutipan ....

kepada nama2 dibawah sila pulangkan stokin dan baju kuning sy secepat mungkin

BAJU KUNING

sesi pagi

1.aiman maula
2.bukhari

sesi petang

1.aiman iskandar
2.mahathir



STOKIN

sesi pagi

1.syahdam
2.ahmad arip
3.aiman maula


sesi petang

1.alif imran
2.ahmad ammar
3.aiman iskandar
4.syahmi zulkifli
5.nik azrai


Hilang baju = RM45
Hilang stokin = RM25

Sunday, April 10, 2011

program hari sabtu ( cuti ganti )

semalam de sekolah ganti.hari sabtu.kalau x silap kita cuti lebih masa deepavali hari tuh.so kena ganti balik la yek..sedihnya x ramai yg datang .pe nak buat memang budaya kita la tuh.

sesi pagi ( ceramah n simulasi mengerjakan haji )
*penceramah dari tabung haji dijemput ke sekolah memberi input dan sedikit gambaran tentang bagaimana ibadah haji dilaksanakan..
* ada simulasi lagi di dataran etika



sesi petang ( ceramah motivasi dari pengasas i luv islam.com )
*tujuannya memberi sedikit suntikan semangat kepada adik2 pelajar utk lebih berjaya.
* motivasi diselitkan dengan roh Islam utk kita lebih bersemangat dengan adanya pertolongan Allah.

misteri nusantara..


baru kejap sy baca kosmo online.terkejut gak bila tengok gambar ni.dilaporkan bahawa batu2 nisan 20 kubur2 lama di satu tempat ni seakan "hidup"..sekarang tingginya hampir sama macam manusia..

pelik tapi ajaib.adakah ada orang yg tukar2 batu nisan tuh..atau semula jadikah ia..tapi logik akal mengatakan batu bukan benda hidup.jadi dia x bole membesar..namun kita kena ingat satu perkara..Allah lebih berkuasa..banyak perkara yg x logik dalam minda manusia sudah terjadi ngn kekuasaan Allah..tujuan sy post article ni bukan nak suruh percaya cerita2 khurafat.tapi sekadar ilmu dan pengalaman sahaja..wallahu a'lam

Thursday, April 7, 2011

Banyaknya...

1) banyaknya hari sy x pergi sekolah
2) banyaknya syllabus yg sy kena cover..

cerita pasal banyak2 kat atas tu sbb sy kena bertugas di luar sekolah.kalau nak ikut, hampir 3 minggu sy masuk kelas sgt..minggu pertama jadi hakim nasyid dan syarahan,..
minggu kedua plak sbb sibuk ngn bola sepak MSSD ...minggu ketiga plak ni sibuk ngn badminton..nampaknya banyak la syllabus yg sy kena cover..especially yg form 1..lagipun sy tengok budak2 tu blur je.terutama kelas hujung..tu sbb byk failed exam pertama baru nih..susah gak sy fikirkan pe yg patut kena buat tuh..huhu..

tapi insyaAllah sy cuba habiskan semua..buku kerja pun banyak x tanda ni.huhu

Tuesday, April 5, 2011

badminton MSSD Petaling Perdana


sepanjang minggu ni dari 4-8 april 2011 berlangsungnya kejohanan badminton daerah petaling perdana.venue perlawanan utama adalah di smk seksyen 11 dan juga dewan MBSA seksyen 11..penat jugak.sbb bawak budak dari pagi sampai la ke pukul 5 petang..

semalam punya result pelajar perempuan x lah begitu memberangsangkan..setakat bole main je.tapi hari ni lelaki u-15 single lelaki smeua out..utk under 18 yg sampai suku akhir hanyalah MOHD ZARIF...sebenarnya kita bole bagi tentangan kat opponent dari sekolah lain , cuma kita kekurangan latihan dari aspek taktikal dan teknikal je...insyaAllah tahun depan cuba lagi

Tuan Hakim...

*3 minggu lepas sy jadi hakim utk pertandingan nasyid dan syarahan peringkat daerah.
*2 minggu lepas jadi pengadil utk 3 soccer friendly matches
* sepanjang minggu ni plak kena jadi pengadil kejohanan badminton daerah..aduyai..

penat la camni.bukan pe.kena kuar awal pagi.anak kecik tengah lena tidor terpaksa kena kejut.hantar kat baby sitter.badan sy sengal2 sebab x cukup tido dan asyik ke sana ke mari.tapi apa nak buat.itu adalah tugas sy sebagai guru.utk makluman kamu semua guru hari ni x sama dengan guru zaman dulu..skrg ni golongan cikgu makin maju dan makin banyak pula tanggungjawab yg kena pikul...emm pikul je la kan ..nak buat cmne..

saya hanya mampu...

saya hanya mampu merancang..itulah kenyataannya..ini berikutan jadual LIGASS sy yg patut bersambung hari ni terpaksa ditangguhkan lagi di sebabkan sy jadi pengadil badminton plak di seksyen 11..masuk minggu ni da 3 minggu sy x mengajar di sekolah..kesian gak ngn anak2 murid sy kat sekolah tuh..ye la cikgu dia x de dlm kelas sbb terpaksa hadiri tugas2 lain di luar sekolah.

insyaAllah jika keadaan mengizinkan sy akan sambung semula LIGASS kita..sabar ye

Sunday, April 3, 2011

simpati..

jumaat lepas kedengaran siren bomba yg bergegas mencari destinasi yg patut dituju..bunyinya memang cemas..dah kalau bomba mesti la ada hal penting kan..waktu tu hampir pukul 1.20..org ramai berpusu2 ke masjid..mesti solat jumaat sbb wajib daa..on the way nak amik wudhuk terserempak ngn ckg azhar petang..perghh da 4 hari x jumpa member..borak2 la skit..katanya ada accident kat seksyen 6.melibatkan van sekolah.masa dia lalu kat situ katanya ada sorang budak dah terbaring...emm biar betul ..

setelah sampai di sekolah sekali lg sy dengar cerita sambungan kisah tadi..ada kerani sekolah kata da 3 orang koma..van tu langgar pokok..terbabas...kejar masa katanya..mmang ngeri dan kesian.apatah lagi budak2 tu sekolah rendah..kecik2 je semua..

ikut pengalaman sy memandu, sy selalu juga terserempak ngn van atau bas sekolah yg pandu mcm x pernah belajar kt sekolah..potong sebelah kiri la, bawak laju la..yg x de adab pun banyak..so bila berlaku kemalangan meman no comment la sy cakap.....tp yg kasihannya bdk2 yg jadi mangsa tuh