Wednesday, September 30, 2009
Anis Safiyyah al-Andalasi
Akhirnya...setelah didesak dan ditanya oleh sebilangan pelajar, sy dengan ini mngepostkan gmbar anak sy utk tatapan semua...sudah diluluskan oleh lembaga filem malaysia..hehe
Tuesday, September 29, 2009
nanti dulu...
semalam akhirnya terlunas jg hasrat korang nak menerima hadiah hasil perlawanan bolasepak yg kt adakan dulu...ada gak insiden lawak antarabangsa di atas pentas semalam hehe..x pe.baru pas raya.mgkin masing2 excited sgt tuh.hehe..kt maafkan la ya..
masa rehat juga ada beberapa pelajar pempuan yg menang futsal dtg jumpa saya.diorg nak claim hadiah kemenangan tuh..emm sy rasa nnti dulu yek.sy tengok mana budget yg bole sy cekau utk beli hadiah korang tuh..kalau terima hadia nnti mesti glamer..pasukan pelajar perempuan pertama yg main bola kat sekolah SAAS nih..hehe
pe pn terusakan berharap dan menanti..sy tau penantian itu satu penyeksaan..tapi tunggulah juga ya.hehe
berdebar nya...
kalau dikira2 x sampai seminggu lagi nak PMR nih..korang yg amik pekse ni dah tentu tido x lena ni.maklumlah pekse besar..kalau bejaya bole masuk aliran yg korang suka kan..ada la yg tido pkl 2-3 pg baca buku..mulalah buat latihan kat buku.selama ni bkn x buat, bukak pn x de.hehe...
ckgu2 yg ajar kelas form 3 pn pulun bg soalan ramalan la, latih tubi la dan berleter bertubi2 juga bg korang sentiasa bersemangat dan sedar diri bahawa PMR mmg je mggu depan.lupakanlah seketika on9 ke, Ym dan macam2 lagi benda yg kurang penting tuh..
sy harapkan agar kamu tetap tabah dan bertenang.jgn panik kerana semua tu membuatkan ape je perkara yg korng buat x menjadi..tido mesti cukup.Makan? emm jngn cakaplah.melantak la sepuas2 nya.hehe...kuih raya pn bole
Monday, September 28, 2009
Berita baik...
sesiapa yg masih belum dpt menerima kenyataan yg sekolah sudah dibuka kembali, ada sinar kebahagiaan utk kamu sbb sepnajng minggu PMR ni sy tiada di sekolah kerana menguruskan peperiksaan tersebut..jd kepada kelas2 yg sy ajar tu, cm biasa la..enjoy jap..jngn fly sudah.bwk kuih raya pn bole.tapi tnggal la kat sy skit.sbb korang diberi kesempatan utk bersuka ria sepanjang ketiadaan sy nnti.hehe..
Akhirnya...
Akhirnya bertemu kt hari ni setelah seminggu bergelumang dengan ketupat dan rendang..bdn korang pn cm dipam2..ingatkan lepas posa nampak la kurang kilogram tu, tapi makin bertambah.
nnti kat perhimpunan jgnlah buat muka blur je ya.maklumlah nk nyanyi lagu sekolah pn dah ingat2 lupa..itu ok lagi kalau dibuat lupa nama sekolah lagi la haru..nasib baik x hilang ingatan terus.hehe..
bg mereka yg dah bermaaf2an sebelum raya tuh, jngnlah lepas raya ni sambung buat dosa lagi ya..hari tu dah 0-0..sekarang bertambah lah balik.terutama kepada cikgu2..ni x kat cikgu pn korang nak carutkan..jgn dibuat lagi tau..
Sunday, September 27, 2009
InsyaAllah la ye...
sperti yg korg maklum sy dah de baby yg comel cm ayah dia.hehe..namun sy rasa kesibukan menguruskan anak sy tu x la menghalang sy terus mengupdate blog smksaas ni ya..InsyaAllah sy akan terus update setiap hari dngan berita atau isu terkini..yg panas atau biasa je.semua akan sy muatkan jika berkesempatan..cuma antara cepat atau lambat je la ya..hehe.
mekasih kerana terus setia dengan blog sek ni..
Teruskan berharap....
esok hari isnin..kita dah mula sekolah balik..hari isnin de perhimpunan.jd sy cadang nak bag hadiah bola sok..tapi sy takut kalau dewan digunakan oleh org lain..jd x de la perhimpunan.kalau x de perhimpunan, x de la bagi hadiah..gitu la ceritanya ya..doa bbnyak supaya sok ada perhimpunan kt dewan ya..
Hairan juga ya...
Kkdg sy terfikir, termenung, terkelip2 mata ni mengenangkan nape ramai yg sedih pd pg hari raya..sy senaraikan bberapa sbb..x dpt raya ngn makayah, x de bj raya, raya kt kpg nenek yg x best tuh, ibubapa tiada lagi dan macam2 la...persoalannya ialah nape kesedihan itu di pagi raya pertama je.raya kedua dah x ingat dunia balik.hehe..
nape sedih x dpt raya ngn makayah.ini utk org dah kawin atau merantau jauh la..korang bkn x dpt raya..berkepit ngn makayah tiap2 hari lagi ada la.kt bole jumpa ngn parents pd hari lain..ni x setahun x balk umah tgk parents, tp bila x dpt raya sedih plak..ni yg confuse tu..adakah parents kita ni utk di ingati pd hari raya je..anda fikirlah sendiri ya..nnti kalau dah besar, kerja bagus, jngn lupa mak bapak tau..
yg lagi satu sy hairan kenapa bila dengar takbir raya korang sedih, padahal ramai yg x tau maksud dia pn bole tangkap leleh gak..hairan2..kalu kamu tgk kat negara lain masa takbir ni diorag laungkan dengan penuh kegembiraan.sbb dah berjaya lepas satu bulan posa..
nasihat sy sedih tu biarlah bertempat..ni kkdg hilang pen pn nangis..bkn nya mahal pn..3 batang seringgit je..tu lah dia rakyat Malaysia..kaya dengan air mata..
Saturday, September 26, 2009
Alamak..dah dekat..
kita skrg dah berada di ambang akhir september.mggu depan dah masuk bln sepuluh..maksudnya kt ada kat skul lebih kurang sebulan lebih je lg sebelum korg dan sy berehat panjang.hehe...cuti akhir tahun la namanya..
emm bkn cuti yg sy nak ckpkan kat sini tapi exam akhir korg tuh..jgn buat2 lupa plak ya.maklumlah da mkn lemang bnyk.buat loklak plak.hehe..sy harap korg dpt bersedia awal.cuba ubah kedudukan kelas korang kecuali mereka yg dlm kelas KRK la..sbb tahun dpn memang diorg kelas yg sama.tp itu x bermaksud bdk kelas KRK bole goyang kaki.kelas bg sy x penting tapi result sebenar PMR kamu yg menjadi bukti kehebatan kamu tuh..so mulalah ulangkaji dr skrg.x de larangan nak makn kuih raya..mulut mengunyah kuih.otak dan hati fokus kepada buku pelajaran ya.
sudah..stop..berhenti..
hari dah sabtu..sy rs ramai dr korang yg da jejak umah masing2..melepaskan kerinduan lah tu.hehe..raya pn dah seminggu..sy rs udah2 la tu.x yah pikir nak raya lg.duit pn dah banyak.nak pe lagi kan.duk la umah..ni tak ada yg amik kesempatan kuar umah.padahal baru smpai td.yg herannya kuar malam2 plak tu.sy rs x patut kamu biasakan kuar malam ni..binatang kelawar je yg kuar malam.bnyk yg x baik dr yg baik.bukan kata x bole kuar langsung.kalau ngn parents x pe.yg sy maksudkan korg melepak ngn kawan2.tu yg x berapa sihat..
pe yg penting ms selepas bulan posa ni kt sama2 check samada kt ni bertambah baik ke tidak..kalau masih sama cm sblm posa dulu, mesti de something wrong kt posa kt.kalau bertambah teruk perangai kt, maknannya posa kt pn failed la.sama2 kt muhasabah diri utk kebaikan bersama..
tak sempat la..
hari ni sy x sempat nak post article utk blog waktu pagi..bkn pe mlm semalam sy kemas umah smpai pkl 2 pagi..hehe.penat la.makayah sy nak datang pg tadi.tu sibuk kemas umah tu.umah ok je.cuma nak bagi lagi ok..maklumlah ada org nak datang..
bila petang, dah tertido dibuatnya.penat la katakan.2 sbb skrg sy baru nak post article..ni pn dah pkl 12 lebih.pe pn x kisahla..janji ada.hehe
Thursday, September 24, 2009
Raya Day 5
hari ni dah hari ke-5 kita raya..jap je kan.esok lusa dah start sek..huhu..sape yg suka pegi sekolah tu mmg seronok la..sbb x payah dengar mak berleter kat umah..lgpn dpt jumpa kengkawan..
bg sy raya tahun 2009 ni x berapa best sgt..x dpt pergi mana2..isteri sy tengah berpantang..x bole kuar umah.jd sy balik kampung kat kajang pn sorang2 je.tu pn masa raya pertama..raya seterusnya duk umah je.makan , minum, kelip2..bangun , duduk ..on9..hehe.tulah rutin sy sepanjang mggu raya nih..agak boring skit..
mggu depan dah start sibuk..sy plak nak uruskan psl pep pmr lagi..pe pn kita jumpa kat sekolah la mggu depan ya.masih suasana raya lagi tuh..
tak de cerita saas..
memandangkan skrg tgh minggu raya, korang pn x balik2 lagi dr kampung tu, jd sy x dpt pe cerita atau berita utk dipostkan kan blog ni...secara umumnya x banyak cerita psl sek dlm mggu raya ni..apa yg sy cerita pn berkisar ttg raya je..nnti bila korang dah balik dan sek nak dibuka mgkin cerita pasal saas akan dipost seperti biassa..
kalau sy post pn kebanyakan kamu x bole on9 sbb kat kpg kan..nnti sy akan umumkan beberapa perkara terutama ttg penyampaian hadiah bola yg tertangguh sejak sekian lama..hadiah dah lama ready.perhimpunan plak x de..huhu..
Wednesday, September 23, 2009
Tak sabar lah tu..
sebagai seorang yg selalu bercampur ngn golongan remaja cm korang ni, sy dpt rasakan ada diantara kamu yg memberontak dlm hati dia nk blk shh alam cepat..nak bersuara x kedengaran.terpendam dlm hati je la.sy faham ada di antara kt x berapa selesa tggl kat kampung..dah la x berapa ada kemudahan canggih.member plak x de.huhu..celik mata nampak nenek..mimpi malam pn nenek de masuk dlm mimpi korang tuh..hehe.punya la boring korang kan..
hari2 tgok kalendar..hari2 tanya ayah bila nak balik.hehe..sabar.waktunya akan tiba juga.layan je la perasaan korang tu ya.jgn mogok x nak makan plak dah la..buat kamu meronta nak makan KFC..parah nenek kamu nak cari.umah dah la kat bwh gunung,mana nak ada KFC..ayam goreng kampung ada la..
Tak bole lah..
sebelum raya pun ada pelajar yg bertanya sy utk dtg umah beraya.sy bg tau x de masalah.semlm pn de pelajar msg tanya nak raya..emm sy mintak maaf bbnyk sbb kamu x bole dtg.sy sendiri pn x de kat umah..isteri sy baru bersalin.jd sy duk umah mak mentua dia.sy hanya balik ke umah pd mlm hari.tu pn sekadar nak tido je.takut gak musim2 raya ni bnyk penyamun dtg nak raya gak.org raya siang, dia nak raya malam.hehe..umah sy pernah dimasuki penyamun tarbus 2 tahun lepas, tahun lepas umah sebelah sy..jd kira sy fobia tggl umah waktu raya la ni.hehe...yg diorg masuk umah sy tu masa umah x duduk lagi.mana de pe.amik besi buruk je la.hehe
emm nnti insyaAllah bila2 ada kelapangan kamu bole dtg umah sy....
Tuesday, September 22, 2009
semua nak sama..
time2 raya cmni orng pempuan atau kategori mak2 kamu memang sibuk siapkan hal anak2..baju raya la.kusyen raya dan macam2 lagi..tp yg sy perasaan akhir2 ni cm ada satu trend plak yg ki akan beraya dengan memakai baju yg sama warna utk satu2 family tuh..cm ada trade mark la pulak..tahun ni mgkin pkai baju warna kesukaan ayah, tahun depan warna ygmak suka plak..warna yg kamu suka bila plak..emm sy rs x payahla..ikut je pe yg makayah kamu suka..kalau kamu x suka warna tu pun, pakai je la..kalau x, alamat x berbaju raya plak korang ye..
sy rasa memakai baju sedondon ni memang praktikal kalau ada jumlah sedara mara yg ramai.senang nak kenal dan cam ayah sendiri..begitu gak anak, senang nak cam mak ayah mereka..hehe..silap haribulan da siap bole buat sukaneka plak kat kapg tu..warana kumpulan masing2 dah ada..tapi x lah plak jadi camtu kan..melampau la raya2 pn bole buat sukaneka..
tak ramai pun..
sepanjang musim raya ni sy perhatikan tidak ramai antara kita yg x dapat on9..sbb nya mudah je.kat umah nenek x de coverage..hehe.ataupun x de internet langsung.jd x bole la korng nak ym ke, apa ke..jadi sbgai ganti bersembang la dengan pakcik makcik dan sanak saudara.kira ym gak lah tu..bila sy perhatikan kat myspace dan blog pn x ramai yg dapat access..x dpt la kt berhubung ya..
pe pn sy nak mintak korang jdkan ni pengajaran iaitu x semua di antara kita di Malaysia ni ada kemudahan dlm hidup mereka.x mcm korang yg duduk di tengah bandar raya ni..hargailah pe yg kita ada dan sentiasa bersyukur..masih bnyk lg mereka yg masih hidup dlm kekurangan di kampung2 sana..
korang cuma x dpt online je masa raya..tapi mereka setiap hari x dpt sgt berhubung ngn dunia luar..
kejap je ya..
emm dah raya ke-3 kita ye..pejam celik, pejam celik dah banyak umah kt raya..duit raya pn dah makin bertambah..yea pakcik kayo..bule beli umah pasni..hehe..bole la belanja sy pasni..sy balik umah pn malam je..sebab nak tido.jaga umah.x bole tinggal.nanti de org masuk..hehe..dia pn tetamu gak..tetamu yg x diundang.
jadi sempena raya kat kampong tuh, berkenal2an la dngn sedara mara.rapatkan ukhuwah sesama keluarga.lagipun setahun sekali je kan.jangn la masa raya ni terpacak depan tv je.tgk cerita raya..makayah ajak jalan umak pakcik makcik pn x nak..jngn cmtu tau..kt ni di bulan raya.kena rapatkan silaturrahim antara kita..
semoga ukhuwah lama bertaut kembali....
Monday, September 21, 2009
Best betul..
korang mesti da tau kan bandar Kuala Lumpur memang x pernah sunyi..kete, lori, basikal.ckp je pe jenis kenderaan yg x de kt jalan raya..kapal terbang je belum pernah landing lagi..hehe.tp musim raya ni jgn cakap la.sy sebagai anak jati Kuala Lumpur memang da tau suasana raya kt sini,,kalau berjoging tu siap bole pumping atau baring2 kat jalan raya lagi.tapi jgn la kete lalu x nak bangun plak.nnti lain plak jadinya..tapi tu la suasana di kpg dan raya di bandar..masing2 de istimewanya..terpulang la mana satu yg korang suka ya..
Raya Day -2
emm ari dah msk raya ke-2 kita ni..ada yg x bangun tido lagi tuh.maklumlah mimpi dpt duit raya banyak sngt semalam..hehe..hari ni sy x pergi mana pun..isteri sy tengh berpantang..x bole gi mana2 la..kena jg baby juga.koarng pn mesti tgh lepak kat kampong..sy tau ada yg enjoy sakan kat kpg.maklumlah x pernah tgk kerbau betul2..x pernah tgk padi kat sawah..jadi puas la korang tatap semua tu ya..ada gak geng kita yg boring giler duk kampung.maklumlah x bole on9.astro pn x de.handphone pn kekadang x de line..hehe x pe..dugaan tuh.setahun sekali je.jgn plak x nak balik kampung umah nenek lagi tahun depan..x baik tau.korang la satu2 nya cucu diorg.hehe..jadilah cucu yg mithali..
harapan sy semoga bergembira di kpg sana..
Saturday, September 19, 2009
dah berubah lah..
dunia dah makin moden..gaya hidup dah berubah.sebut la apa saja pn.yg nampk klasik atau tradisional hanya pada nama je..kalau kata baju melayu, nama je lama..tapi fesyen dah macam2.dulu setakat satu warna je,sekarang dah de cm kain pelekat dah..kalau kata pelita raya..dulu pakai buluh, sekarang dah de mcm2 bentuk..ada yg cam obor, ada bentuk binatang dan lain2 lagi...hehe.
tapi dalam kamu sambut raya ni, pergilah ziarah sanak saudara..kampung dah sampai, tapi kamu je yg x sampai2 kt umah pak long kamu yg beberapa langkah je dr umah nenek kamu..bukan x nak pegi.tu hah mengadap tv.bknnya cerita baru pn..kkdg cerita tahun2 lepas.itu pn korang nak layan...mgkin sebenarnya korang bukan x nak pegi umah paklong tu, tapi bila kamu cakap skit je, dibantainya ckp jawa.mana la kamu nak bersembang..hehe..makan tempe boleh lah.atau kamu ckp KL, paklong kamu speaking kelantan plak..aduss mcm mana mau bicara begini..hehe.buat bersabar.Angguk je la kepala kamu, ya kan je pe diorg ckp.selesai maslh...
moga bergembira di hari raya
Jangan Lupa...
emm dlm kt bergenbira dan bersukaria menyambut raya ni, jgn lupa yg kita akan mula bersekolah lagi pada Isnin 28 september 2009..Memang benar raya adalah sebulan namun cuti sekolah adalah seminggu je..hehe.jngn plak kamu sambung cuti sampai deepavali nnti plak..tu da raya sakan tuh..emm bdk2 pmr dan spm..jenguk2 la buku tu skit sambil makan ketupat raya..tahun depan pn de raya lagi..tapi spm sekali je tau..pandai2 la korang bahagi masa ya..
Dah habis...
KIta menjangkakan hari ini adalah hari terakhir kita berposa, bermakna esok adalah hari Raya..sebelum Islam dtg ke Mekah, masyarakat arab jahiliah dipenuhi dengan pesta keramaian dan hiburan..oleh itu apabila mereka sudah menganut agama Islam tiada lagi mereka boleh terlibat dengan pesta yg penuh maksiat tersebut..namun agama kita memang sesuai dengan naluri dan fitrah manusia..Sebagai menggantikan hari keramaian semasa jahiliah dulu maka Nabi telah mewartakan bahawa kt ada 2 perayaan besar iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya AidilAdha...
Namun apabila kt berada di ambang kemenangan hari ni, perlulah kita sedar bahawa segala tawaran lumayan yg disediakan oleh Tuhan kepada kita sepanjang bulan Ramadhan ini akan secara automatiknya berakhir sebaik sj azan maghrib dilaungkan nnti..org2 yg beriman dan soleh merasa amat sedih dengan pemergian bulan Ramadhan kerana tawaran pahala yg berlipat ganda yg Allah berikan.Belum tentu kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan yg akan datang...
pe pn kita masih sempat lagi berdoa pada saat akhir ini utk memohon kesejahteraan diri kt.semoga dimakbulkan.Amin...
Friday, September 18, 2009
selamat pulang..
bagi yg tidak beraya di sini, dah tentu kamu semua akan bermusafir ke kampung halaman nun jauh di sana..sy x pernah rasai suasana beraya di kejauhan tuh.sbb kampung sy kat sini je.hehe
dlm bermusafir tu, jaga adab dlm perjalanan.jngn lupa solat.kita diharuskan buat solat jamak dan qasar.kalau x tau tanya makayah kamu, kalau x tau gak tanya lah sy.pernah ada pelajar dia msg sy.dia nak tau niat solat jamak dan qasar..masa tu dia on the way ke terengganu..
nasihatkan ayah kamu supaya berhati2..jngn pulak makayah kamu rileks je, tapi kamu pulak yg provoke diorag bwk laju..bahaya tu..silap haribulan x beraya langsung..hehe
jgn lupa bc doa naik kenderaan dan musafir..kalau bole buatlah solat sunat dua rakaat dulu memohon keselamatan pergi dan balik..
Pesta dah bermula..
hari ni kaum ibu dan bapa tentunya sibuk menyiapkan juadah raya.emm bukan senang nak siapkan tau..kamu tau suap dlm mulut je ya..rendang, ketupat, ayam goreng dan sebaagainya menjadi hidangan utama pg raya..hari ni sy ada satu tugas, iaitu membuat lemang..tapi lemang ni special skit.kami x bakar tapi rebus dalam air.sebenarnya kalau kamu nak tau lemang tepi jalan tu pun dia rebus dulu.pastu saja je tunjuk bakar ngn api.padahal dah siap masak sebelum tuh..hehe..dengan rebus lemang ni pembakaran dia sempurna.jadi x timbul isu ada lemang yg x masak la, keras la dan macam2 lagi..
bg pelajar perempuan inilah masanya kamu menyingsing lengan baju tolong mak kat dapur tu.belajar2 la potong bawang ke, siang ikan ke dan lain2 lah..yg lelaki pn tolong lah ayah kamu bersihkan kawasan luar umah.dah nampak mcm zoo dah.binatang je yg x de..
pe pn selamat berkemas dan mnyediakan juadah...
Dah kira hapus ke?...
emm semalam petang kita de buat sesi bermaafan dan ambang hari raya di tapak perhimpunan..utk ting 1 sy nak bg tau itulah acara tradisi kt sepanjang tahun.berkumpul dan bermaafan sesama kita..namun persoalannya adakah dosa kita dan kesalahan kt dah betul2 terhapus..
Dlm meminta maaf sudah tentu ada adab2nya..kt memohon ampun dngn hati yg tulus ikhlas, bersalam dengan sepenuh hati dan turut serta memberi maaf kepada sahabat kt.pe yg sy perhatikan semalam, kebanyakan dari kamu bersalaman sesama sendiri dan juga cikgu secara berjenaka dan bersahaja je..seolah2 mcm pesta salam2an..sedangkan kalau dikira kesalahan kita pada kawan atau guru adalah berat dan besar.namun berbaloikah dosa itu terhapus dgn bersalaman dan memohon ampun smbil lewa sahaja.inilah yg kt perlu perhatikan.sehari 2 lagi kamu akan mnyambut raya bersama family..mintak lah ampun sepenuh hati dan ikhlas.terutamanya kepada mak dan ayah kamu.serta berazam utk tidak mengulanginya lagi.itu yg sebaiknya..
bersama2lah kita mengejar keampunan dan rahmatNya menjelang aidilfitri ni..
Thursday, September 17, 2009
tergamak korang...
sy telah diberi maklum oleh seorang bekas pelajar sekolah kita yg menjemput adiknya semasa sesi persekolahn waktu petang selesai...pe yg jadi isunya di sini, dia bg tau ada sebilangan pelajar kita yg makan dan hisap rokok di luar kawasan sekolah..kan kita sedang posa ni..pe korang dah buat..kalau x mau posa sekalipun jgn tunjuk depan orang..jaga maruah diri dan agama kita...
emm cikgu2 kat sekolah dah puas bg tunjuk ajar dan nasihat utk korang jd pelajar yg berguna, namun semua keputusan di tangan kamu.fiki2 kan lah..
tidak hairan ada yg derhaka pd ibu bapa atau guru..kerana arahan Tuhan yg wajib tu pun mereka ingkari..kalau Tuhan x digeruni, maka tiada apa yg hendak di kata lagi
emm marilah...
bersempena dengan hari raya ini juga sy dengan rendah hati menjemput korang utk beraya kat rumah sy..rumah sy kat klang ,..bukan shh alam..jd sesiapa yg berhajat sudi la kiranya menziarahi teratak sy tuh..telepon dulu tau..mana tau sy x de ke..umah ada.hehe..x tau la kalau korang memang nak tengok rumah je..
silakan masuk..oppss buka kasut dulu tau..hehe
Selamat Hari Raya Idufitri
bersempena dengan lebaran yg makin hampir utk menjelma ni, sy dengan ini ingin memohon maaf kepada semua pelajar SAAS..sepanjang sy bertugas di sekolah ni yg hampir 5 tahun tu, sebagai manusia biasa sudah tentu ada kesilapan yg sy dah buat.mgkin de tersinggung perasaan, terkasar bahasa, kena rotan dan sebagainya..hehe.jd sy mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat Hari Raya Idulfitri, Maaf zahir dan batin..
Lumrah dunia, bumi mana yg x ditimpa hujan, manusia mana yg x buat kesilapan...
Hari akhir..
emm hari selasa kita da dapat tau bahawa sek dpat cuti sok..td sy bc kat paper, dia kata mmg satu malaysia dpt cuti peristiwa..yg paling best cuti ni x perlu di ganti..klau x kena dtg hari sabtu lah..hehe..sy menjangkakan x ramai pelajar akan dtg..mgkin mmg saje ..atau mgkin diarah oleh makayah diorg..nak datang sek cmne kalau hari ni parents kamu nak bertolak balik kampung..hehe.raya kat shh alam je la kamu..
yg memang datang ke sekolah maybe inilah hari yg diorang bole jumpe member utk bermaaf-maafan.insyaAllah kt ada sesi bermaafan antara pelajar dan guru nnti.kamu bole tgk la ada yg mengalirkan air mata kesedihan..biasanya org pmpuan la..kalau lelaki hilang kemachoan kamu tuh..hehe..
nti juga mgkin de perutusan dr cikgu mail sempena hari raya...
Alamak..
Semalam pepagi lagi sy da kuar ke SMKSS18 kerana ada urusan rasmi kerajaan..emm buat kerja berat.menjelang tenghari dah x terdaya.maklumlah posa.pastu guna banyak tenaga plak..menjelang petang sy pulang ke rumah.penat jgn cerita lah..masa terawikh pn bila org bertahlil smpt jg sy melelapkan mata sekejap.. x tahan sgt.ingtkn pas tu nnti nak update blog jap..tp rasa nak tido dulu..bangun2 da pukul 3 pagi..jadi sy mintak maaf semalam kerana x sempat update blog..hehe..pe pn blog ni masih wujud lagi..
Tuesday, September 15, 2009
Hooray lagi...
Tadi tengahari ms sy sampai kt sekolah..mcm de perbincgn kat opis tuh..bila didengar2 diorag kata kita da bole start cuti jumaat nih..hooray.cuti lagi.hehe..bkn pe org yg kampung jauh tu bole lah prepare nak balik awal kan.lgpn jumaat org kerja opis pn da mula cuti skit2..maklumlah raya katakan.mestila nak hepi..tp sape yg amik PMR an SPM tu..kawal2 la kegembiraan korang ye.exam dah dekat.hehe..sambil2 makan lemang ketupat tu jgn lupa buka buku..
selamat membaca buku..dari warga Saas utk calon pmr dan spm semua..hehe.sokongan moral nih
apa pilihan kamu..?
semalam hari pertama sy di sekolah selepas cuti seminggu..emm best betul.hehe..samada cikgu atau pelajar ramai yg tanya psl anak sy..cm wartawan lak diorang tuh..de satu ckg ni bila dia nk cakap ngn sy, dia panggil daddy dulu..sy tergelak je la.sy kata sy x fikir lagi pe gelaran yg anak sy bakal panggil..macam yg kamu tahu ada beberapa panggilan..ayah,abi,papa,daddy,pa,walid,appa..kira banyak la senarai tuh..sy x tau mana satu nak pilih..
korang ada pilihan x? tulis la dlm ruangan komen bwh ni..mekasih
Monday, September 14, 2009
Satu Penjelasan...
ramai yg maklum bahawa dlm bulan ramdhan ni syaitan dan segala jin dirantai dan dibelenggu anggotanya daripada mengganggu manusia..namun harus diingat apa yg diperkatakan oleh Baginda Rasulullah mempunyai maksud yg dapat difahami secara zahir dan juga secara tersirat..para ulama besar berbeza pendapat tentang hal ini..ada yg mengatakan bahawa semua syaitan memang benar2 dirantai..oleh itu kt berasa mudah utk beribadat pd bulan ni.kt cm rasa ringan dan cepat je nak buat baik..pendapat satu lagi mengatakan bahawa syaitan tidak dibelenggu secara fizikal tetapi mereka tidak punyai power yg cukup kuat utk goda kita seperti bulan2 yg lain..apa pn kt x perlu terlalu membahaskan isu ini, kerana kt masih punyai nafsu di dalam diri yg perlu diperangi..tanpa syaitan menggoda pn kita masih melakukan dosa dan maksiat dlm bulan ramadhan ini kerana memenuhi tuntutan nafsu yg x pernah puas itu..
wallahu a'alam...
Apa dah jadi...
korang pn tau gym kt kat surau lama tu dah dihentikan penggunaannya buat sementara waktu, tp smpai sekarag sy belum dpt kepastian bila larangan tu akan berakhir..kemungkinan besar segala peralatan akan dipindahkan semula ke bilik PBSM lama.maksudnya tempat gym tu akan dikembalikan statusnya sebagai surau lama..hanya pihak sek dpat buat keputusan..sbb ada pelajar yg bertanya ngn sy bila gym akan buka..sy harap kamu maklum dengan penjelasan sy nih..
Sunday, September 13, 2009
gembira di hari raya..
sy dh tentu ada sbb nk bergembira pd raya tahun ni.maklumlah baru dpt anak sulung..dulu berdua sekarg dah bertiga..nnti mesti sedara mara nak ziarah tengok baby yg comel tuh..sy namakan dia Anis Safiyyah ( Teman yg penuh kesucian/kelembutan)..kebetulan lahir 17 ramadhan bersamaan dengan malam Nuzul Al-Quran dan juga perang badar Al-Qubra...moga hidupnya berkat dengan Al-Quran dan jiwanya sekental pahlawan badar al-Qubro..amin...
cepat rebut...
kita dah masuk fasa 10 terakhir ramadhan..pe lagi.kamu pn dah tau kemgkinan besar mlm lailatul Qadar muncul dlm jangka masa ni.rugi tau kalau x dpt.beribadah satu mlm tapi pahala cm dah beribadah 1000 bula atau 83 tahun lebih...nape x rebut.confuse tgk manusia ni.dah bagi tawaran hebat x nak amik...ish ish..sy bg lojik kat sini korag masuk lumba lari 100m..dah tentu 10 meter terakhir kamu pecut sebaik mgkin sbb nk jd johan..mana mungkin tggl beberapa meter lg, korag saja perlahankan larian..angau apa cmtu..begitu jg degn 10 mlm terakhir ni.cuba la bngn sekejap sblm sahur tuh..plg kurang pn solat hajat.mintak pe saja pada Tuhan.InsyaAllah dimakbulkan..
emm cuba2 la ya..sayang kalau x dapat mlm lailatul Qadar...
minggu akhir...
nampknya sok bermula mggu akhir kita di sek sblm raya yek..sy pasti ramai yg x fokus da utk belaja..masing2 teringat hari raya walaupun posa x pernah yg cukup.hehe.jngn marah..mana taknya tangan tu rasa cm melayang2 je nak menerima duit raya.duit rm1 tu la yg dikejar sgt.padahal ayah bagi belanja tiap2 hari rm10..lain rasanya walaupn nilai hanya rm1.besar ertinya duit tu sbb ianya duit raya..kat radio, dlm tv semua da tayang lagu raya.nak meriahkan suasana la kononnnya tuh..2-3 hari sebelum raya,lg la cm panas je punggung kamu nak duk dlm kelas dengar ckg ngajar ya...biasalah.dah excited sgt.pe pn sy nasihat kamu.kawal perasaan.jngn terlampau suka smpai bergurau lebih batas.jgn plak bakar mercun bola.pastu masukkan plak dlm kocek kawan kamu..bahaya tuh.bersepah bola nnti..jgn buat cmtu tau.ikut peraturan.dlm kete plak jnglh mintak ayah kamu bwk laju2..x kemana kampung dikejar,apatah lagi kpg baru kt Kuala Lumpur tuh..hehe.
moga kamu bahagia selalu..
penyampaian hadiah bolasepak..
sy janji pd kamu yg sy akan beri hadiah pd kamu esok kan..kt perhimpunan..glamer tuh..tp bergantung kepada keadaan dewan.maksudnya kalau dewan masih digunakan utk trial spm, nmpaknya tiada perhimpunan la esok ya..so kena tangguh lagi.korang jgn marah.sy bole bg kat kelas je.klau korang nak la..hadiah dah lama ada ngan sy.cuma belum basi je lagi.hehe
ceria la di bulan posa ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)