Friday, April 30, 2010

sudah-sudahlah tuh..


saya perhatikan budaya dan cara anak remaja sekarang ni bergaul dan bersosial sesama jantina yg berlawanan agak membimbangkan...tiada didikan?salah asuhan?kurang perhatian?tiada tindakan? bermacam2 persoalan yang menerjah fikiran kita dalam menjawab atau memikirkan isu ini..dan sekolah saas yang kita sukai ini juga tak terlepas dari gelombang menongkah fitrah ni..


kalau kita lihat pelajar lelaki dan perempuan bergaul bebas, siap bertepuk tampar lagi..x salah berkawan asalkan berpada2 dan berbatas...kita ni orang Islam, berbangsa Melayu.mana nak letak maruah kita..baru ni sy terjumpa seorang pelajar petang asyik masyuk bersembang ngan pelajar pagi kat tangga blok zaaba..nape perlu ke tempat sunyi.yang menyedihkan lagi ada 2 kawan perempuan tersebut menunggu dan mengcover line untuk melindunginya..


pe nak jadi nih.jangan biarkan maksiat berleluasa..takutlah pada azab Tuhan yang mana bila menerpa tidak mengira siapa..awaslah.jangan biar kita yg x bersalah terkena sama..

Setiap hujung bulan..


Sekolah saas kita sedang dalam proses membudayakan majlis bacaan yaasin pada setiap jumaat.untuk permulaan ni kita mulakan dengan mengambil sekali saja waktu pada setiap hujung bulan.kalau kamu maklum bahawa kebanyakan sekolah sudah buat majlis bacaan yaasin ni bukan setiap hujung bulan, tetapi setiap minggu..pe pun sebagai permulaan kita buat sebulan sekali sahaja..


sy menyokong penuh majlis bacaan yaasin ni kerana ada banyak faedah dan fadilat kepada kita.sebenarnya ini juga adalah satu dari proses pembelajaran yang pernah kita pelajari secara teori saja dalam kelas.lagipun kamu sebagai pelajar boleh membudayakan tentang bacaan yaasin ni.yaasin adalah sebahagian dari Al Quran.oleh itu adab2 membacanya sama seperti bacaan Quran..


sy yakin insyaAllah kalau kita laksanakan majlis ni dengan baik dan ikhlas, pasti Allah akan memberi kurniaNya ke dalam kehidupan kita..mari kita sama2 mulakan mencintai Kalamullah yang suci ni..

LiGASS...

Kedudukan terkini selepas 3 perlawanan pusingan pertama

1)ALL UNITED=7 MATA
2)OMG=6 MATA
3)DOTA FC=4 MATA
4)KOPIKO=0 MATA

Penjaring terbanyak

3 Gol= syafiq (all united) / haris (Dota FC)

Perlawanan pusingan kedua akan diadakan minggu depan

Wednesday, April 28, 2010

Ligass..

next game for LiGASS ..

Day: Friday
Date: April 30, 2010
Time: 8:30 am

1) OMG VS ALL UNITED
2) DOTA FC VS KOPIKO

Please come early and be prepared .. priiittt

Monday, April 26, 2010

Keputusan Rasmi..

berikut adalah keputusan rasmi perlawanan liga bola sepak antara rumah sukan

PERDANA (2) VS SAGA (1)

PUTRA (2) VS SATRIA (2)

Esok perlawanan pusingan ketiga akan berlangsung pada pukul 4.45pm..

SATRIA VS SAGA

PERDANA VS PUTRA

sila bersedia..prittt

Sunday, April 25, 2010

Macam biasa lah..


semalam ada sekolah ganti..bermaksud kt akan bercuti pada hari yg kt patut sekolah satu masa nnti.oleh itu pihak kementerian dah bercadang utk gantikan hari tersebut.jadi semalam lah tarikhnya..


apa yg sy perhatikan bila tiba je sekolah ganti pd hari sabtu ramai la pelajar yg kurang di sekolah.fenomena biasa di mana2 saje.sy sendiri pun dah membuat kesimpulan sebb pelajar tidak hadir di sekolah antaranya


1)malas nak pergi

2)parents kata x payah pergi sbb nk jenjalan

3)sek x best la

4)ikut kawan baik..kalau dia pergi kt pun pergi..kalau x sama2 ponteng la

5)cikgu x ajar pun dlm kelas (kalau dah x de bdk cmne la nak belaja)


sy ucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yg berjaya jg datang semalam.ni lah semangat yg kt nak iaitu mematuhi disiplin dan peraturan sekolah..namun sy percaya kamu ada 1001 alasan utk tidak menghadirkan diri..


di sini juga sy nak ucapkan tahniah kepada 2 Amanah sbb ramai yg hadir.kalau x silap dalam 25 orang..hehe.teruskan usaha baik nih,,,

Saturday, April 24, 2010

jeling-jeling..

JUARA 2010..

Bila nak habis nih?..
dari kiri cepat jalannnn


JUARA kategori NGO




Penyeri Majlis..




Friday, April 23, 2010

Keputusan Rasmi Pertandingan Kawat Kaki SMKSSAAS



Kategori 1

1)Kadet Remaja Sekolah
2)Kadet Polis
3)PKBM (L)


Kategori 2

1)PBSM
2)Pengakap
3)Pandu Puteri

Tahniah kepada yg berjaya

Thursday, April 22, 2010

Selamat bertanding...

esok jumaat 23 april 2010 akan diadakan pertandingan kawat kaki peringkat SMKSSAAS..ianya akan berlangsung pada jam 2.30 petang setelah selesainya solat jumaat.tempat kawat sudah tentu di dataran etika..

x silap sy semua jenis unit beruniform yg ada kat sek nih wajib masuk bertanding.jadi meriah la juga besok.pe pun sy ucapkan selamat bertanding dan selamat berjaya pada semua...

Wednesday, April 21, 2010

Tak lama lagi nih...


HONDA CBR 1000 RR
terkenal dengan jolokan honda rabit..mampu memecut ke 280km/j dengan selamba je..hehe

LiGASS...

perlawanan kedua akan diadakan :

Hari: Jumaat
Tarikh:23 April 2010
jam: 8.30 pg
jadual : cam kat notis board kat sek ( sy dah lupa.hehe )

jangan x datang plak ye...

Tuesday, April 20, 2010

Juara MSS SELANGOR


Petaling Perdana Juara Catur MSS Selangor di Sabak Bernam

Teruk...


itulah yang bole sy ungkapkan tentang keadaan padang sek kita setelah sape ntah yg letak tanah kat situ..jika letak tanah bole tapi mesti disusuli dengan rumput.lagi elok letak pasir dari tanah kubur tuh..


semalam pun ada game bola antara rumah..memang la bole main tapi teruk sgt.gerakan player pun x lancar, bola melantun-lantun bila kena tanah yang x rata..jadi main pun teruk..sy pun x tau bila keadaan akan ok semula..kita ada Ligass, Liga bola antara rumah, latihan kelab bola lagi..nnti lepas cuti setengah tahun kita ada bola antara kelas plak..huhu..

Monday, April 19, 2010

Liga Bola Rumah Sukan..

dimaklumkan keputusan untuk hari nih..

PERDANA (3) VS SATRIA (1)

PUTRA (2) VS SAGA (1)

Next game isnin depan sebab sok sy berada di luar daerah..outstation.hehe

Tahniah kerana fair play tadi..cuma yg sedikit mengganggu adalah tanah kubur kat tengah padang.hehe

Sunday, April 18, 2010

bila agaknya ye...


bila umur dah meningkat naik dan kengkawan masa belajar sume dah membawa diri masing2 keseluruh pelusuk negara..teringat kembali memori lama.masa gemilang dalam sukan dulu..sy ni walaupun mengajar pendidikan islam.tapi sy seorang yg minat betul tentang sukan..letaklah acara apa pun tentang sukan kat tv, kalau de masa lapang memang sy tengok..lagi2 kalau komanwel, olimpik, champions league, dan x lama lagi world cup..pergh memang best tul.hehe..tapi dlam banyak2 sukan sy sudah beberapa kali memaksa diri sy utk meminati basket ball tapi masih belum berjaya lagi.hehe


rindu hati sy nak beraksi dlm sukan tennis masih membara lagi nih..akhir main dulu masa Kagum peringkat kebangsaan..sengit betul.badminton pun dah lama x main secara kompetitif..de sape2 nak test lawan ke..saje2 je main..sy nak lah jugak smash2 skit..hehe

Saturday, April 17, 2010

Serba x kena..


sy masih dalam proses memikirkan dan membuat rombakan besar-besaran ke atas semua posisi utk skuad bola u-15 saas nih..sbb apa yg sy perhatikan banyak sgt kelemahan yg ada..setakat ni belum ada formula nak baiki lagi.cuma sy nak cuba letakkan beberapa player dibahagian serangan supaya lebih mengancam lagi..sy rasa defend kita x de masalah sgt.bole upgrade lagi..yg bahagian depan buat sy pening kepala..


dan sbb itulah sy mengadakan Ligass dan beberapa perlawanan dlm sekolah.hanya utk mencungkil dan mengenalpasti beberapa bakat baru yg boleh diketengahkan lagi..


Asy begitu berharap skuad u-15 kita dapat bangkit semula pada masa akan datang.insyaAllah

Juara...

Tahniah sy ucapkan kepada semua pemain dan kontinjen catur daerah petaling perdana yg berjaya dinobatkan menjadi juara keseluruhan kejohanan catur mss selangor di sabak bernam baru2 ni..sy percaya semua itu adalah hasil kesungguhan dan komitmen yg diberikan oleh semua pihak..

kalau tidak disebabkan masalah yg sy hadapi di rumah, sudah tentu sy akan menjadi ketua kontinjen catur ke sana.namun semuanya sudah selesai..teringin juga sy nak merasa naik ke atas pentas utama dan menerima piala juara keseluruhan tu.huhu..tahun lepas x kesampaian..

tahun 2008-petaling perdana-ke-3
tahun 2009-petaling perdana-ke-2
tahun 2010-petaling perdana-Juara.....

tahniah sekali lagi kepada semua..kepada pemain catur saas..tingkatkan usaha anda.biar tahun depan kita ada wakil ke MSS selangor

Thursday, April 15, 2010

kan dah jadi..


tadi kalau x silap masa rehat tadi berlaku satu kejadian pelajar petang tercedera semasa menuruni tangga sekolah.dimaklumkan bahawa dia x turun guna tangga tapi dengan cara sliding kat pemegang tangga..akibatnya jatuh dan cedera..bole dikategori sebagai parah juga..


pe pun tunggu sy dapatkan maklumat sebenar tentang kejadian tersebut..bagi pelajar lain.jadikan ini iktibar..patuhilah arahan guru.untuk kebaikan korang juga..

betul ke?

tadi sy diberitahu oleh pelajar pagi yg team bola u-15 sek kita nak buat friendly ngn seksyen 9 atau 7 sabtu nih..persoalannya saya x diberitahu oleh team u-15 sendiri..jadi sy x dapat menjawab beberapa soalan yg dikemukakan..

ada sapa2 bole respond x?berkaitan ngn friendly tuh

Wednesday, April 14, 2010

Tahniah..


Saya mendapat maklum tadi bahawa pasukan ragbi bawah 18 tahun kita berjaya memasuki saingan semi final esok..semoga berjaya diucapkan..


yang penting disiplin dan semangat juang mesti diutamakan


GO SAAS GO..

Jadual LiGASS

GAME AKAN DIMULAKAN DENGAN :

1. OMG VS DOTA FC
2.KOPIKO VS ALL UNITED

MASA PERLAWANAN: 15-5-15

Menang- 3 mata
Seri-1 mATA
Kalah-Putih mata..haha

Tuesday, April 13, 2010

Bola Sepak antara rumah sukan..

sy akan mengadakan perlawanan bola antara rumah sukan sesi pagi minggu depan:

Tarikh: 19 dan 20 APRIL 2010
Masa: 4.30 ptg
Tempat: Padang sekolah

*L1 DAN L2 bergabung.satu team je
*jersey pakai baju umah sukan masing2
*masa perlawanan: 15-2-15
*tiada had pemain.tapi dlm satu game bole tukar 5 kali je
*rumah yang nak main confirmkan ngn sy cepat...

LiGASS...

Perlawanan pertama akan bermula pada Jumaat ni insyaAllah..

Tarikh : 16 april 2010
Masa: 8.30 pg
Tempat: Padang SAAS..

TEAM YANG BERTANDING

1.All United
2.OMG
3.Dota FC
4.Kopi Janda/Kerbau (sy dah lupa nama team yg betul)

ada 4 team je..jadual x perlu sbb semua main hari tuh

sekilas pandang..

hari guru 2009
staff office di PD

merenung masa depan..hehe



sedia berbakti..


bole tahan nih





Monday, April 12, 2010

off day..


hari ni isnin 12 april 2010 sy terpaksa ambil cuti disebabkan anak sy dilanda demam seakan chicken pox..badannya merah dan berbintik2.semalam dah jumpa doktor pakar.dan ia sejenis viral yg bole berjangkit.


oleh itu demi memastikan kanak2 lain di rumah pengasuh anak sy selamat dari dijangkiti penyakit ni, sy terpaksa ambil cuti.kira kena kuarantin la.so korang x dpat la jumpa sy kat sek ari nih.yg mencari tu memang x kan jumpa.insyaAllah sok sy ada..


jumpa lagi

Sunday, April 11, 2010

catur mss selangor

minggu depan akan bermulanya kejohanan catur mss selangor di sabak bernam.seluruh daerah di negeri selangor akan berkampung di situ, berentap utk mancari juara bagai tahun 2010 nih..sy dah 2 tahun menjadi ketua kontinjen catur utk daerah petaling nih.segala makan minum , penginapan semua sy uruskan.malah pelajar yg menjadi peserta peringkat negeri ni pun bukan dari sek saas.oleh itu menjadi satu cabaran bg sy utk mengurus mereka.pendek kata sy menjadi bapa diorang sepanjang kejohanan berlangsung.

tahun 2008 petaling perdana dapat no-3..tahun 2009 petaling perdana dapat no-2..tahun 2010 belum tahu lg.harap2 dapat kekalkan momentum tuh atau terus menjadi johan..tapi pada tahun ni sy x berkesempatan utk pergi menjadi ketua kontinjen daerah kita di sabak bernam kerana beberapa faktor..pertama sy dah hampir 5 minggu x masuk kelas sepenuhnya kerana urus macam2 benda utk sek saas kita, yang kedua, sy ada anak kecil yang perlu diberi lebih perhatian di rumah.lagipun sabak bernam sedikit jauh.susah la juga sy nak berulang alik nnti.tahun ni en shahrul dan juga cikgu norhayati menggantikan tempat sy utk ke kejohanan itu nnti.lagipun en shahrul bole tolong2 coaching bdk2..sy x berapa pandai sgt..

harapan sy semoga petaling perdana lebih berjaya.insyaAllah

minggu depan..


insyaAllah kalau x de pe aral yang melintang atau menegak..sy akan tampalkan keputusan keseluruhan kejohanan olahraga yang berlangsung baru2 nih..rekod2 sepanjang 5 tahun pun sy akan sertakan buat makluman dan perbandingan semua pelajar saas...bnyk lah pulak sy kena taip korang punya keputusan larian tu kan..cm malas je nak buat.hehe..tapi x pe akhirnya nnti siap juga le tuh..


tunggu je la ya nnti mggu depan.cuba semak kat papan kenyataan dalam laluan ke kantin tuh

Friday, April 9, 2010

Lensa sukan..


















Thursday, April 8, 2010

baru cadangan..


memandangkan hari sukan dah habis, tapi momentum dan semangat antara rumah tu masih membara..oleh kerana sy memahami jiwa dan naluri korang tuh, maka sy bercadang utk mengadakan perlawanan bola sepak antara rumah sukan.hadiah belum difikirkan lagi la..cuma kalau ada sambutan yg menggalakkan rasa bole je on..pasal jersey x perlu bimbang.pakai je baju umah masing2.habis cerita..

LiGASS...

Sy bercadang untuk memulakan kejohanan liga bola saas (LiGASS) nih pada minggu depan.petang tadi sy, ayoub dan syahmi dah pam bola baru..perghh rasa x sabar nak menendang nih..mcm best je bola tu.memang mantap betul la.

apa pandangan dari korang tentang bila nak mulakan LiGASS nih?

Wednesday, April 7, 2010

Keputusan rasmi kejohanan olahraga SMKSSAAS kali ke-30

Juara Keseluruhan

1.PUTRA
2.SAGA
3.SATRIA
4.WIRA
5.PERDANA

Juara Perbarisan

SATRIA

Juara pasukan sorak

SAGA

Juara Perbarisan (unit beruniform)

PKBM (L)

Tahniah kepada yang berjaya

Tuesday, April 6, 2010

pasrah...


tadi 6 hb april 2010 merupakan hari berakhirnya kejohanan catur daerah mssd petaling perdana ni..utk tahun ni, tirai sudah dilabuh.keputusan sudah diumumkan.hadiah sudah diberi.yang menerima pasti bergembira.yang tiada mesti berduka.namun itu adat resam bertanding.ada yg gah berdiri , ada yang tersungkur..pe pun semangat kesukanan itulah yg kita junjung, semangat ukhuwah itu lah juga yg kita dukung..berikut diumumkan result pencapaian peserta catur sek kita....

kategori individu

Lelaki U15- iskandar tempat ke-5

kategori berkumpulan

Lelaki U15- SMKSSAAS KE-5
Lelaki U18- SMKSSAAS KE-5
Perempuan U15 - SMKSSAAS KE-5
Perempuan U18 - SMKSSAAS KE-3

Tahniah kepada yang berjaya..cuba lagi tahun hadapan

Monday, April 5, 2010

bariss....sedia


tadi secara berduyun2 ramai plak yg mintak kebenaran kuar kelas utk belatih kawad..pergh bukan main semangat korang ni ye.cuma satu je sy nak ingatkan.jgn masa berlatih ni semangat je kuat, nnti masa sukan x datang.korang cume berlatih ni sebab malas nak masuk kelas kan..hehe kantoi taktik tuh..


pe pun sy tabik la kat rumah2 yg konsisten berlatih kawad nih.menang kalah belakang cerita.yang penting semangat kesukanan dan budaya ingin bersaing itu ada dan nilah yg patut dikekalkan.tapi perlu diingat bersaing secara positif tau..jgn main taktik kotor plak..


baris..baris sedia.hup hap hup hap

Sunday, April 4, 2010

sudah terasa..


sehari dua lagi stadium matsushita akan bergema dengan sorakan pelajar saas..pada masa tu berlangsungnya kejohanan olahraga smkssaas kali yg ke-30..huh dah lama betul sekolah kita ni.umur korang pun x sampai setengah umur sek kita..pastinya akan berlaku persaingan sengit antara rumah2 sukan.barangkali x keterlaluan kalau sy katakan temasya sukan sek kita adalah antara yg terbaik di shah alam ini.terbaik dari segi penglibatan pelajarnya dan juga terbaik dari segi kualiti atlet yg bertanding..


sy dapat mengagak kamu semua pasti ternanti2 apa gerangan pasukan sorak umah sukan pada tahun ni punya persembahan.pihak sek mengkehendaki mereka semua berpakaian sopan, membawa lagu yg bukan terlalu bingit utk didengarkan..setiap rumah pasti akan membuat yg terbaik demi kejayaan dan maruah team masing2..


sy doakan dan berharap semuanya berjalan lancar..namun sy masih tertanya2 dan berteka teki umah mana yg akan dinbobatkan sebagai juara keseluruhan di temasya sukan kali ini..

Thursday, April 1, 2010

bukan ketahanan fizikal sahaja..


sebenarnya kalau korang menyelami konsep sukan yg sebenar, ianya bukan saja tertakluk kepada kebolehan dan kemampuan fizikal sahaja.malah ianya termasuk tentang kekuatan mental.setahu sy atlet negara kita lemah mental dan semangat..


kita yg terlibat dengan sukan pun dikira sebagai atlet di dalam malaysia..sy sendiri pernah bergelar atlet dan main dlm kejohanan peringkat kebangsaan.memang betul sy dapat rasakan betapa tekanan dan semangat yg kadangkala goyah itu memberi kesan kepada permainan kita.


sy ambil contoh pasukan bola u18 masa berlawan dengan sek teknik shah alam..sy dimaklumkan ada pemain yang hampir nak menangis, sbb tertekan sgt.ada yg nak terkencing la, ada yg x konfiden nak amik penalti, ada yg tetiba sakit kepala dan kaki la dan macam2 lg..tu semua psikologi dan juga kekuatan mental kita tercabar di situ..


kalau kita nak berjaya dlm sukan kita mesti ada kedua2 elemen yg penting nih..selamat mencuba lg nnti

minggu penuh program..

minggu depan sek kt sedikit sibuk ngan beberapa program besar..hari isnin dan selasa kita jadi tuan rumah catur daerah petaling..hari rabu sukan kat sek kita plak..perghh berasap kepala sy kena handle dua2 program nih..

sy harap tahun ni ada la wakil catur sek kita yg dapat masuk ke peringkat negeri..dulu ada la sorang dua masa main kat selayang tuh.untuk sukan plak sy harap korang sume datanglah ke stadium..beri sokongan kepada rakan dan rumah sukan korang..bg sokongan kepada sy ok juga kan..hehe

semoga berjaya semua