Friday, October 29, 2010

Annual Dinner..

kita ni skerang dah nak masuk bulan november dah..dengan kata lain sesi persekolahan pun dah nak sampai penghujungnya je..so esok 30 oktober, pihak sekolah merancang utk adakan dinner khas bg guru2 SAAS yg akan berlangsung di Intekma Resort Shah alam..tahun lepas kat PD..3 hari..tahun ni satu malam je la.hehe..

cm biasa la dinner ditempat2 lain dianjurkan utk merapatkan lagi ukhuwah, persahabatan dan sebagai satu medium utk menghargai mereka2 yg telah menyumbang bakti kepada satu2 organisasi..emm harap2 esok makan best..lagi best kalau sy dapat anugerah lagi..hehe.x kisah la pe pun.janji dapat..amin

program bina sahsiah

khamis dan jumaat minggu ni kita telah adakan program bina sahsiah kepada beberapa pelajar yg memerlukan.sume nya bdk SAAS la..de la dalam 49 org.lelaki dan perempuan.antara tujuan program ni diadakan utk memberi input kepada mereka supaya lebih berketerampilan dan memperbaiki tatasuila dorang..

macm2 aktiviti yg diadakan, permainan, ceramah, nasyid dan sebagainya..Harapan kami pihak sekolah agar mereka2 ni dpt la serba sedikit pengajaran dari pe yg mereka telah alami..ketahuilah kami semua guru2 amat kasih dan sayang kepada semua pelajar.oleh itu besarlah harapan kami utk lihat mereka dan anda semua menjadi manusia yg sebenar..insyaAllah

Wednesday, October 27, 2010

sempat juga..

tadi masa jaga pekse kat 1B rasa cm bosan jugak..diorang tengah exam pend Islam.subjek sy sendiri..saya perhati jugak, ramai yg dah siap.sempat juga sy mintak sorang dua pelajar utk sy tanda kertas dioarng..emm ok gak result dia..dua2 dapatlah 90% dan lebih..tahniah sy ucapkan kepada mereka..

moga kejayaan itu akan berterusan..hehe

MAKLUMAN..

kepada : semua pelajar form 5
daripada : saya ( guru sukan smkssaas )

PERKARA : PEMULANGAN HARTA DAN PERALATAN SEKOLAH

sy disini nak memaklumkan kpd pelajr form 5 yg belum pulangkan harta sekolah seperti jersey, baju dan alatan yg sepatutnya diserahkan setelah selesai game awal tahun lalu, sila berbuat secepat mungkin sebelum cuti sekolah..jika tidak maka sijil SPM kamu akan DITAHAN..

Ini bermakna kamu x kan dapat tahu result exam kamu langsung..

penyelesaian bagi perkara diatas adalah dengan PULANGKAN balik harta sekolah tersebut atau BAYAR ganti rugi jika barangan tersebut hilang..

sekian , harap maklum

tak sabar nih..


sy memang meminati dengan penuh kesungguhan sukan tenis nih.rasanya dah hampir 6 tahun raket tenis sy x terusik.berabuk agaknya tuh.bila datang sek SAAS ni diorang kata court tenis dah kena roboh sbb nak bina blok zaa'ba..tapi bila sy tengok multipurpose court yg kat tepi surau tu dah siap skit, rasanya bole je nak main tenis.net ada dlm store sukan tuh.raket? korang bwk la sendiri.emm sy pn ada dua.bole pinjam satu..uikk lama x main ni.rasa cam gian je nak menyepin (spin) bola.hehe

kalau korang x pandai x pe.asal ada kesungguhan sy akan ajar..mula2 belajar kutip bola dulu lah.nanti dah pandai skit bole la sy ajak jadi sparring partner..emm jom la.pe lagi nak tunggu.huhu

yang dinanti..


sok hari rabu..satu detik yg sememangnya sy nnti.bukan pe.exam paper agama.biasanya paper ni hari pertama exam dah settle..tahun 2010 nih hari ketiga plak..huhu..kena mark kertas cepat2.sbb dah nak cuti hujung tahun.keje banyak x buat lagi.mana taknya.asyik main bola je..

selalunya sy selalu bincang tajuk dan isi penting dalam beberapa minggu sebelum exam.tapi biasalah bdk2 buat tak tau je pe yg dibincangkan.jangankan kata budak kelas hujung, budak2 kelas yg paling kedepan pun bole buat x de respon je.tapi malam ni de la beberapa pelajar tanya macam2..tajuk2 penting la dan macam2 lagi.sy malas nak jawab dah.saya suruh diorang baca satu buku je..ilmu bukan untuk diperiksakan.ilmu untuk dibaca dan diamalkan..

pe pun sy ucapkan selamat menjawab esok.nnti kita sama2 tengok resultnya..kalau x bagus korang menjawab la depan parents plak.hehe

Monday, October 25, 2010

Dah siap tapi...

kita mungkin dpt perhatikan yg gelanggang futsal sek kita sebelah surau tu dah siap.pagar pun dah dinaikkan.tapi line belum dibuat, lagi satu tiang gol x masuk lagi..masalahnya kalau pagar dah diikat, cmne tiang gol nak masuk..x kan nak cerai2kan balik pastu welding dan sambung balik kat dalam..emm x praktikal la camtuh..korang tunggu je la perkembangannya ye.yg pasti gelanggang tu belum boleh digunakan lagi.de banyak kerja yg mesti diselesaikan..

nampak gaya tahun 2011 lah kita dapat rasmikan ye..hehe.majulah sukan utk diri sendiri..( untuk mengumpul medal dan sijil.hehe)

satu hari je?

lagi 2 minggu akan muncul lah perayaan besar kedua bagi umat Islam..yg lebih dikenali sbagai IDUL ADHA..maka dalam meraikannya sekolah kita mengambil cuti satu hari selepas cuti umum khas utk perayaan tersebut.maksudnya kita bercuti pd hari rabu dan khamis...tup tup hari jumaat kena datang balik..hari tuh plak hari terakhir persekolahan bg sesi 2010 nih..huhu..

kesian plak sy tengok kepada mereka yg nak pulang ke kampung pada hari raya tuh.lagi2 mereka yg tinggal di pantai timur.hari raya haji lebih disambut meriah dari hari raya puasa..mcm x berapa best plak..tengah2 cuti kena datang sek balik..huhu..

pe pn tu la ketetapan yg telah diambil oleh sek kita.kena lah ikut..no objection bro.haha.gembirakanlah diri anda sendiri..

Friday, October 22, 2010

Happy exam week..

besok 23 oktober 2010 akan bermula la exam utk sesi petang.yg sesi pagi dah start awal rasanya.sbb sy nampak bnyk cikgu dah start marking korang punye paper.besok sebenarnya cuti ganti yg kita amik utk raye hari tuh.dan utk memastikan pelajar datang, maka pihak sekolah memilih tarikh esok utk permulaan exam..jadi memang kena datangla.hehe.nak buat camne kan.kalau x datang x bole resit paper.so korang dikira x hadir la.oleh itu maka amat rugi la sbb kemungkinn besar korang akan turun kelas tahun depan.tapi kepada mereka yang memang penghuni tetap kelas G maka x de pe yg perlu dirisaukan..

pe pun sy ucapkan all the best utk semua..moga berjaya nnti.Amin..

usaha , doa dan tawakal..

Tuesday, October 19, 2010

pun boleh..


dalam kita menjalani hidup seharian..syariat dan hukum Tuhan mesti diikut..memang kita perlu ikut peredaran zaman, namun peraturan Allah sesuai utk sepanjang masa dan waktu..


sy memang bercita2 nak lihat team bola sepak sekolah kita bermain dengan aurat terpelihara dari terbuka.sy memang bercadang nak beli seluar tights bagi semua pemain kita.biarlah dikatakn cm sekolah agama tapi itulah yg dituntut syarak. x de pe yg nak dimalukan..


bg sy kecemerlangan sukan bukan bergantung kepada cara kita berpakaian, namun bakat dan kebolehan kita.pakai seluar pendek pun belum tentu menang...sy pakai baju melayu pun bole score 2-3 biji lagi..hehe..


so..insyaAllah kita sama2 mulakannya..bg sesiapa yg mampu beli, bole la dapatkan sendiri.pakai warna hitam.x mahal pun.lebih kurang rm15 je...
dalam gambar di atas tu contoh je..sy nak beli lagi panjang skit, melepasi lutut

huhu...

hari ni sy memang de waktu free masa petang.biasanya sy akan main bola ngn bebudak PJK.tp hari ni sedih skit sbb kelas 1e dan 1f hanya duk dlm kelas.cikgu x bagi kuar.buat revision utk exam.huhu..kalau dapat PJK maknanya dapatlah exercise skit sambil mengasah skil2 bola sepak yg dah menurun..dapatlah beriadah utk memastikan badan kekal sihat dan bertenaga..

insyaAllah kita memohon semoga Tuhan sentiasa beri kekuatan dan kesihatan pada kita.Amin..

Terbaik...The best ever.

nama buku
contoh berpakaian yang betul

antara doa-doa masyhur

teknik memandikan mayat


cara pakai ihram haji


kedudukan imam dan makmum dalam solat

cara solat semasa uzur dan sakit


cara bertayamum


di atas ini adalah buku fardhu ain yg paling lengkap sy jumpa..semua penerangan disertakan gambar2 yg jelas..hampir semua isi buku tersebut di ajar di dalam mata pelajaran agama dari tingkatan 1 hingga 5..sgt berguna utk difahami terutama tentang perkara fardhu ain..banyak sub-topics yg dimuatkan..



Nama buku : Indahnya Hidup Bersyariat
Penulis : Dato' Ismail Kamus
Harga : RM 55 + RM 1 kos pos


Boleh ditempah sekarang..


* gambar2 di atas adalah sebahagian ilustrasi di dalam buku ini..banyak gambar2 yg menarik beserta penerangannya..semoga usaha dakwah ini diberkati Allah hendaknya.Amin
















selesai..selamat..tamat..

petang tadi dengan izin Allah selesai juga majlis penyampaian medal dan trophy utk semua jenis permainan yg kita jalankan sebelum nih..majlis diadakan pada bulan nih disebabkan faktor seperti dewan digunakan utk peperiksaan, cuti hari raya dan sebagainya..antara faktor lain medal lambat siap juga..hehe..

tadi sy bercadang nak memanggil semua player menerima medal di depan tapi disebbkan kita kesuntukan masa sgt, terpkasa la wakil je yg amik..kecuali team futsal 5 on 5 sbb diorang 5 org je hehe..dpt jugak diorang rasa piala yg berat dan besar tu ye.niat di hati nak bg korang pegang dan simpan lama skit tapi memandangkan waktu nak balik, maka kenalah pulangkan kepada sy cepat..hehe

di sini sy ingin memohon maaf sebb medal utk acara bola keranjang perempuan (sesi petang ) x de..sy x order pun.ingatkan korang x main..maaf la yek..kalau de rezeki sy bagi.kalau x de anggaplah yg korang main tu utk tujuan beriadah dan senaman je..hehe..jgn mare tau

Monday, October 18, 2010

sudah mari..


hari nih kalau de perhimpunan rasmi sy akan buat majlis penyampain medal dan hadiah utk pemenang bola inter-class dan juga futsal 5 on 5 hari tuh..alhamdulillah medal dah sampai.hehe.jadi diminta semua bersedia dengan bangganya untuk naik ke pentas..


bagi futsal 5 on 5 sy sediakan satu piala pusingan yg besar utk korang.tapi pastu kena bagi balik..piala tinggi,besar dan berat..haha..

Selangor VS Singapore

malas la nak naik..hehe
line up please..

selangor dan tetap selangor



bersama cikgu mansor



first time pergi stadium..hehe.
biasa pergi kat old trafford dan wembley je

final result

SELANGOR VETEREN (1) VS SINGAPORE VETEREN (0)

SELANGOR SELECTION (0) VS SINGAPORE SELECTION (6)

Wednesday, October 13, 2010

satu perhitungan...

baru sekejap tadi sy mendapat jemputan nak lawan futsal masa pJK kat sekolah..katanya petang sok pukul 4.30..2E LAWAN 2F..sy x de masalah sebenarnya..takut nnti team yg kalah kecewa n frust.. x sampai hati sy nak tengok.kui..kui..

so kepada pelajar lelaki 2F..sok kita standby, kita bagi cukup kat team 2F..bukan apa ..bg kenang2an utk tahun 2010 nih..hehe..so kalau jadi sok kita lawan ye

indahnya...

sy seorang yg sgt obses tentang nombor...(tapi bukan nombor ekor ye)..hehe..sy pernah terbayangkan kalau sesorang tu bertunang pada 10.10.10, berkahwin pada 11.11.11 dan kemudian dikurniakan anak pada 12.12.12...hehe..all are perfect numbers..who r the lucky ones?..dah tentu bukan sy..

lagi satu mana2 bayi yang lahir pada 10.10.10 di selangor baru2 nih dah tentu kad pengenalan dia akan jadi cmni : 101010-10-xxxx...best kan.huhu

sekadar bayangan dan imaginasi sahaje..suka2 la

Tuesday, October 12, 2010

juara dan terus juara...


petang tadi sy menghadiri satu majlis utk meraikan atlet2 negeri selangor yg baru sahaja selesai menamatkan kejohanan masing di pelbagai negeri sempena Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia ( MSSM )...ramai juga yg datang campur tolak mau sampai 600 orang tadi.majlis berlangsung di Gold Coast Hotel..sy bwk sorang wakil kita dari sekolah.nORHIDAYAH (1e)..Dia berjaya membantu pasukan menjadi johan dalam kategori merentas desa..


tadi kami semua dimaklumkan yg pasukan dan pelajar dari negeri selangor telah berjaya kekalkan sebagai juara bertahan keseluruhan sejak tahun 2001 lagi...SYABAS dan TAHNIAH sy ucapkan..selangor maju dan terus maju..dan majulah sukan untuk negara..

padah yang tak sudah...


meloyakan..bukan sebab sy nak termuntah atau apa...tp mendengar berita kemalangan yg libatkan kenderaan berat seperti bas..rasanya dah hampir 25 lebih kemalangan yg babitkan bas ekspress sejak dari tahun 2007..tu la statistik yg sy dengar dari berita di kaca tv...bila ada je accident, mula la macam2 pihak bagi pendapat.buat tu lah..buat ni la..dulu kata nak pakai kotak hitam.dah terpaksa pulak syarikat bas pasang..tapi sekarang x de guna pun..jangan kata nak rekod pergerakan bas..kotak tu pun x de..semalam pun berbunyi la mereka2 yg kekadang bg sy nak cari glamer je kat tv..seolah2 mereka saje yg pakar atau arif dlm satu2 bidang..tapi x de pun perubahan..x de maknanya..org utara cakap pi mai pi mai tang tu juge la..


itulah senario yg kita bole rumuskan di negara kita nih..bercakap...dan bercakap ..dan terus bercakap..tindakan x de..ikut pengalaman sy memang kenderaan besar cm bas dan lori ni selalu nak buli kereta yg kecik..agaknya dah banyak orang menyumpah, jadi betullah mala petaka tu.ingat..doa oarng teraniaya dimakbulkan tau..pe pun bg kita umat Islam..mintalah bantuan khas dari Tuhan yg satu sebelum naik kenderaan.Bacalah doa..pastu bawaklah dengan berhati2 dan waspada.insyaAllah selamat....

Monday, October 11, 2010

Sudah ada...


minggu lepas sy telah mendapat beberapa set tiket percuma piala sultan selangor sabtu nih..tiket x lah banyak sgt..tp bole la memenuhi ruang2 kat stadium tuh..hehe..


so sape2 yg nak tiket bole jumpa sy..syaratnya mesti datang ke stadium bila dah dpt tiket..kalau x membazir je la..insyaAllah sy akan turun ke stadium sabtuh ni..cadangnya nak pergi ngn beberapa org pelajar kita.tp masih x confirm lg..pe2 pun jumpa sy rabu nnti..kita bicang lagi..hehe

Takziah...

semalam bertarikh 10.10.10 ayahanda tersayang kepada seorang rakan kita iaitu Rais (F2) telah kembali ke rahmatullah disebabkan kanser yg dihadapinya sekian lama...

begitulah kitaran hidup kita, yg bernyawa pastinya akan kembali, cuma kita tidak tahu bila pula giliran kita..yg pasti kita mesti percaya dan mengimaninya..yg pergi tetap pergi.kita yg masih bernyawa ni sama2lah kita menadah tangan supaya Allah merahmati arwah ayahanda kawan kita ni.semoga ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..amin..

kepada Rais..semoga ditabahkan hati.inilah dugaan dan cabaran yg mesti dihadapi.insyaAllah sy dan rakan2 akan sentiasa bersama dan membantu

sama2 lah kita sedekahkan al-fatihah..

Thursday, October 7, 2010

Semoga cepat sembuh...


petang semalam cikgu ismail msg sy memaklumkan bahawa sorang cikgu pagi sek saas kita nih dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah kerana disyaki menghidapi demam denggi dan malaria...


setakat ni dia berada di wad G2 hospital tuh..semoga kita semua warga SAAS mendoakan agar cikgu tersebut cepat sembuh dan kembali bertugas di sekolah kita..aminn..


dan kepada semua sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan..

Tak sepatutnya....

semalam satu perkara yg menyedihkan berlaku..bila sy masuk ke surau dlm pkl 3 petang, keadaan dlm tempat solat cm kantin...kotor dan bersepah2...tong minuman , plastik, tin air, kertas bertaburan..sape punya angkara...mereka adalah pelajar ting3 dan calon2 PMR tahun nih...dalam mereka menunggu waktu zohor atau paper yg berikutnya, diorg lepak dlm surau..tu x kisahlah..yg x patutnya bila nak exam je main tinggal je barang2 tu kat atas lantai.kami yg nak solat zuhur pun rasa x berapa selesa sgt..tu la dia perangai budak shah alam, keluarga golongan hebat dan berada, tapi mentaliti pelajar mcm org negara mundur..pikir lah sikit, kita dlam nak hadapi pekse ni tentunya memohon bantuan Allah...tapi kalau umah Allah pun kita kotorkan ,,memang x de maknanya lah...mana nak berkat camni....

Tuesday, October 5, 2010

lengang dan sepi....

memandangkan nih minggu exam PMR..Maka kelas dan pelajar yg wajib hadir pun dikurangkan..satu hari kalau x silap saya hanya 4 kelas yg berjalan..de la jg kelas2 yg dpaksa datang utk buat pembelajaran tambahan..rasanya mathematics..sebb pn norashikin bercuti kerana melahirkan anak...

so suasana sunyi sepi..hanya siulan cengkerik yg kedengaran...ni time malam la..hehe..hanya siulan burung dan pelajar2 yg sentiasa gembira kedengaran..cikgu2 pun banyak x de sbb jg pekse...so tinggal la beberapa org guru yg ada..termasukla sy..nasib baik laptop sy ni dah direpair oleh cikgu azhar..so bole la sy mengonline sambil x tau nak buat pe nih..petang nnti aktiviti cm biasa...iaitu menyepak bola ..hehe

yg bercuti tuh selamat bercuti diucapkan..buatla keje yg berfaedah skit ye..hehe

Sunday, October 3, 2010

PMR...oh PMR..

Satu nama yg jadi igauan dan kegerunan bg pelaja2 form 3...(yg suka belaja je)...yg malas x gerun pun.haha..pe pun perasaannya..sok hari isnin akan bermula detik bersejarah tuh..ada yg panik, ada yg blur, ada yg buat poyo je...cm hari2 biasa...dan ada yg x de perasaan pun..

maka pepagi lagi sudah bangun manusia2 yg berumur 15 tahun nih..sbbnya nak exam..masa ni kalau bole hendak ditealan buku buat teman di dalam dewan exam.PMR sebagai satu platform ujian di awal usia remaja ni utk menilai kemampuan dan kebijaksanaan diri memasing..maka oleh sebb tu ada yg dah all out sejak awal tahun...dan ada juga yg memang dah already out pn...haha..( yg memang x kisah lulus atau fail exam dia )..

satu lagi senario yg berlaku sebelum exam2 besar cmni adalah maka berbondong2lah bdk2 form 3 ni mencari cikgu2 di seluruh pelosok sekolah..nak mintak maaf bhai.." halalkan segala ilmu".."doakanlah kejayaan kami" dan macam2 ayat standard yg digunakan..padahal sebelum nih ada nasihat2 cikgu yg x dipedulikan..malah ada yg x buat dengar langsung pun..huhu

pe pun sebagai komuniti guru, sy dan semua rakan2 mendoakan kejayaan kamu semua dalam PMR nnti..all the best...baca doa sebelum jawab exam..hehe

Saturday, October 2, 2010

tak nak lagi dah...

semalam sy de la tolong satu hamba Allah ni.dia mintak sy perjelaskan pd cikgu disiplin ttg mungkin salah faham disebbkan satu kes yg berlaku.x silap sy masa sy ckp tuh ada sekumpulan pengawas yg dengar..sy cuma buat andaian lain sbbkan kes tu mcm x logik je didengar..macam dibuat2...so bila sy dah cuba jumpa cikgu disiplin.lain plak cerita sy dengar....

dan semalam cikg disiplin tu cerita kat sy balik yg bdk yg de masalah tuh kata sy buat fitnah plak..sedangkan kami cikgu2 pening dengan pelbagai versi cerita dia...kejap macm ni, pastu tukar lain plak.cerita Tamil pn x tukar2 cmni....

lalu sy amik keputusan utk malas layan budak mental cmtuh...dan kpd hamba Allah yg sy tolong tadi...biarlah cerita tu berlalu..jgn dilayan org mental...pasni sy pn nk berhati2 tolong orang..Tolong org bagus tetapi kkdg ada org nak amik kesempatan....

Friday, October 1, 2010

Tak berbau...

betulla kata pepatah melayu..malang x berbau..itulah yg dihadapi oleh seorang rakan kita pada petang tadi.dia terjatuh ketika sedang bergembira dengan rakan2nya...insiden berlaku apabila rakan kita ni tergelincir dan jatuh ke dalam longkang.sy yg berada di tempat kejadian mungkin dpt menyelami perasaan rakan kita nih...dah tentu sakit sangat dan tak terkata pedihnya..mujur ada cikgu saiful memberi bantuan awal kepada rakan kita nih..

semoga x de lagi insiden ni berlaku kat sekolah kita..berhati2 ketika bergembira..sebb duka kekadang menanti kita di depan..malang x berbau..tapi bole di rasa ( rasa sakit pada yg kena )..huhu..

semog dia cepat sembuh dan dapat main bola balik..hehe