Tuesday, October 20, 2009
Kenapa mesti....
sy setelah sekian lama berfikir dan berfikir..dan berfikir lagi sedang mengenangkan budaya pelajar di SSAAS yg sentiasa bertanya dan bertanya kepada cikgu2 ttg gerangan soalan apakah yg bakal keluar dlm exam nnti..sepatutnya ckgu yg tanya korang gerangan buku2 apakah yg korang dah baca dan study..
Budaya meminta spot questions atau spot topics sebelum exam sbnrnya x begitu sihat utk kita..ye la, tujuan exam adalah utk menguji sejauh manakah penguasaan pelajar terhadap sesuatu subjek tuh..kalau dah tau tajuk mana yg bakal keluar, dah tentu topik2 yg x berkaitan tidak dibacanya langsung..di sini sy lihat budaya menimba ilmu itu bakal terbantut dan terhenti oleh sikap2 yg semacam ini.Akhirnya akan terhasil lah pelajar yg "x cukup masak"..maksud sy dioarg ni hanya tau skit2 je.padahal ilmu Tuhan ini adalah luas.
Bagaimana pula nak hadapi PMR atau SPM yg sudah tentu kita x tahu soalan jenis apakah yg akan keluar.pada waktu itu, korang akan mudah berasa panik, pening dan mula lah beransur2 pengsan dan pitam di dewan peperiksaan.
Oleh itu, sy sarankan kepada semua timbalah ilmu dengan sepenuh hati..perolehi lah ilmu utk dimanfaatkan dlm hidup.bukan untuk dimuntahkan semula di kertas jawapan peperiksaan.yg natijahnya selepas muntah itu pastinya tiada yg tinggal lagi dlm diri korang..renung2kanlah ya..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pernah berlaku spot topic lain, yg lain plak kuar..hahah
ReplyDelete