Saturday, July 31, 2010

Genap setahun..


hari ni genap setahun blog ni dilancarkan..ianya secara rasmi diwujudkan bersempena dengan tibanya tarikh lahir pada 31 JULAI..hari pahlawan ni tau..kira sy ni anak2 pahlawan dan pendekar la..aishh..ha masuk..masuk...haha..


sy mengharapkan kewujudan blog ni dapat memberi sedikit informasi terkini kpd pelajar saas walaupun kekadang x begitu sempurna..tp kira ok la..de jugak berita yg korang dapt manfaatnya..


dalam kesempatan ni juga sy nak mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua yg telah menyokong blog ni samada secara langsung atau tidak langsung..terima kasih semua..

Friday, July 30, 2010

episod malang..

loceng di pejabat sek sudah berbunyi..menandakan semua isi sekolah dari kalangan pelajar perlu segera keluar...sy bergegas ke bilik guru.terlihat seorang pelajar perempuan terbaring kaku di sofa..sy dimaklumkan dia baru sahaja tergelincir dan terjatuh ketika berurusan di tandas sekolah..hampir ke pukul 7 lebih kami menunggu ambulans sampai.mujur emak dan abangnya ada memberi kata semangat buat anaknya..bila paramediks sampai dikabarkan kemungikinan berlaku kepatahan pada tulangnya..tapi berita mutakhir belum sempat sy dapat lagi..mari sama2 kita doakan sahabat kita terselamat dari perkara yg x diingini..

Thursday, July 29, 2010

bole sewa..


sy sebenarnya ada 3 set jersey di rumah..baru terfikir baru2 ni bole juga pelajar2 yg main soccer inter-class ni sewa..sbbnya sakit mata sy tengok main baju macam2 warna..pastu kalau referee x bagi faul ke ape ke sbb keliru, marah plak nnti..so sy decide nk bg sewa kpd team yg berminat..setakat ni utk permulaan 2 Efisyen yg berminat..x mahal..rm3 je sorang..lgpun korang main banyak game..berbaloi lah tuh..cuma satu je risikonya..sy takut hilang jersey lg..pasni sape hilangkan jersey bayar kos satu team punya baju..pastu sy bg kamu semua jersey2 tuh..nape plak?..emm kalau kamu nak tau mana nk cari lgi baju yg sama warna dan pattern kat kedai..so itulah jalan penyelesaiannya..kalau x sanggup.jagalah elok2..cuba belajar jaga harta dengan baik..masalahnya diri sendiri pn lupa nak jaga apatah barang2 disekeliling..so fikir2 sendiri la bro.

Wednesday, July 28, 2010

retired...

perhitungan kejuaraan soccer inter class form 2 hampir sudah sampai ke kemuncak...4 pasukan terbaik dah menempatkan diri di dalam group masing2..kelas 2A, 2E, 2G, 2C antara yg bakal menjulang piala kemenangan nnti...

pe yg sy perhatikan dlm keghairahan kamu semua memburu satu pertarungan maruah sesama sendiri ni, ramai yg melupakan semangat setiakawan di dalam padang..kawan yg pd rutin biasa setiap hari kamu minum dan makan bersama, kali ni kamu bentes kaki dia dan rebahkan nya..semuanya demi satu cita2..bola..bola dan akhirnya gol...itulah adat permainan.rakan di luar , musuh di padang..x pe..baguslah semangat juang yg tinggi kamu tunjukkan..

dalam pada itu juga sy menerima beberapa tempias..umpama kalau hujan lebat pasti de sedikit percikan air yg terkena.begitulah realitinya..ms jd referee, de yg marah sy, de yg perli2 dan ada juga yg kata sy mcm2...utk pengetahuan kamu sy x de pe2 kepentingan utk mana2 pasukan semasa mengadili sesuatu perlawanan...mungkin korang terlalu beremosi kot..ntahla.kekadang sy terfikir rasa jemu juga cmni..tu sbb sy amik keputusan utk tidak mengadili apa2 game menjelang semi finals nih..buruk baik nnti kawan kamu juga..yg jd referee tu la nnti..sy akan pantau dan melihat dari luar je.....

mungkin itu yg segelintir dari kamu mahukan..ok..I am off the pitch..

cancelled...!


semalam sy dah lekatkan senarai pemain yg akan wakili sekolah dalam kejohanan bolasepak 7 sebelah di stadium matsushita..nampaknya setelah berbincang dengan beberapa orang guru pagi, nampaknya mereka juga x jadi nak hantar pelajar,..atas bebrapa sebab yg x dapat dielakkan..kamu kena faham kami guru2 ada banyak kekangan utk menjalankan bnyk aktiviti dlm satu masa...apatah lagi kalau ianya akan berlangsung di luar sekolah..banyak prosedur yg perlu dipatuhi..pe pun ruang dan peluang masih terbuka lagi..insyaAllah kalau rezeki menyebelahi kamu semua..kejohanan tu tetap akan kamu sertai..

kecilnya dunia..


semalam semasa sy nak on the way masuk kelas..langkah sy terhenti di pintu bilim guru.semuanya gara2 sy terpandang seorang guru lelaki sedang tuam lututnya dengan ais..disebabkan ingin tahu..sy bertanya kenapa..terkehel..ringkas saje jawapannya..bila disoal lebih lanjut sy dpt maklum kaki guru ni terkehel masa main takraw ngn para pelajar masa pjk..x silapnya cmtu la..kesian juga sy lihat..tengahari td x nampak lak kelibat dia di sekolah..


tup..tup masa sy menunggu pelajar solat zohor disurau, sy mendapat panggilan telefon dari isteri sy yg mengatakan bahawa de ckg sek kita dtg ke klinik di klang utk rawatan..isteri sy yg buat check up tadi..bila dah buat x-ray..resultnya ok.x de pe yg membimbangkan..dapat plak cuti 3 hari lagi..emm best gak.hehe.


emm what a small world..isteri sy yg merawat kawan saya..kelakar betul

mana dia?


satu perkara yg sy x berapa gemar ialah tidak mengembalikan benda yg dipinjam..dan hal ni berlaku saban tahun.dan dilakukan oleh pelajar2 sesi pagi.ni yg berlaku petang tadi..sepatutnya kalau dah habis main bola..serahkan semula kepada orang yg sepatutnya..ni x..lesap je bola tuh..dah ada kad referee..x pernah ditulisnya..sy pn dah malas nak amik tau psl game diorang nih..ikut suka sendiri je..dah bagi tau x le import..buat jugak..hah lantak..main je la..


sok x de game..akan bersambung semula jumaat nnti..tengok la kalau mamat yg bwk balik bola tu tadi bawa semula hari jumaat x pe..kalau x bawak..pakat2 sepak botol ye kat sana..sy da beli bola utk kemudahan semua.tapi de yg amik kesempatan....

Tuesday, July 27, 2010

kena gondol..

petang td sy dikejutkan dengan kehadiran seorang pelajar lelaki meminta sy shaver..sy terkejut jugak..pe hal plak ckgu g sek bwk shaver..haha..bila ditanya kenapa.?rupa2nya kwn dan sahabat karibnya telah digondol oleh ckg disiplin sekolah..kes rambut panjang la nih..mungkin dah diberi amaran..tapi masih panjang..jadi penyelesaiannya dipendekkan lah rambut tuh..hehe..

kesian jugak sy tengok utk pertama kali..bila tengok dua kali..dah bole jd geng sy rambut gondol..harap2 chill la bro tu ye..haha..pengalaman tuh

perlu faham..

tadi sy percaya kebanyakan kamu sudah melihat senarai nama utk pencalonan anugerah cemerlang koko yg akan berlangsung pd 12 ogos nnti..ramai jugak yg akan terima sijil.lebih kurang dlm 300 lebih pelajar..

cuma di sini sy nak kamu faham pencalonan itu dibuat oleh guru2 penasihat berdasarkan pemerhatian mereka yg kamu ni layak terima..ada yg aktif.tapi bermasalah disiplin..ada yg ok..tapi pelajaran plak kantoi..jd banyak perkara yg guru2 kamu amik perhatian sebelum mencalonkan seseorang itu..dan di sini sy nak bg tahu mewakili sekolah dalam ssuatu acara sukan x bermakna kamu akan dicalonkan..jd terpulanglah kepada guru masing2..sy harap perkara ni dah jelas kpd kamu..

tahniah diucapkan kepada yg akan menerima sijil nnti

Monday, July 26, 2010

Perlukah saya...?

tadi sy dapat satu surat jemputan dari PTPTL yg mengajak kita memeriahkan karnival sukan mereka pada 5 Ogos ni....ada banyak kategori..kategori plajar univ..dan juga ada kategori pelajar sekolah..td sy tengok de banyak sek juga yg diorang jemput..x de under 15/18..kira open lah tuh..

banyak bidang sukan yg diorang tawarkan nak lawan ni..antaranya futsal, bola 7 sebelah, sepak takraw, dan macam2 lg la..penat nak tulis pepanjang..huhu

cuma masalahnya sy nak hantar ke x wakil dari sek kita memeriahkan karnival sukan mereka..utk suka2 je..for fun.lagipun korang x yah la gi sek..haha..tu yg korang paling suka sebenarnya..pe pun tggu sy dapat ilham dan mood dulu..

skrg pn mood sy x berapa nak best..bermacam2 hal yg berlaku kat saas yg beri kesan kepada keputusan yg bakal sy buat..teruskan berharap dan berdoa..huhu

satu realiti...

suasana senyap..tanpa hiruk pikuk seperti biasa..de yg termenung di penjuru kelas..ada yg merenung jauh melewati tingkap yg membataskan pergerakan ..satu dua pelajar kelihatan menyembunyikan titisan air mata yg terus menitis....aneh sekali..bila sy pandang ke arah pelajar..mcm ada kelainan..ye betul..meman lain.secara total...rupanya sy dimaklumkan hampir separuh pelajar tingkatan 2 amanah di pindahkan ke kelas lain atas alasan tidak mencapai piawaian peperiksaan yg dikehendaki oleh pihak sekolah..ye lah..namapun 2 amanah..result exam pn mestila tip top..kalau x memang x best la

begitu la suasana pelajar yg masih tinggal tetap menghuni kelas yg paling terkedepan nih..sy naishatkan diorang..teruskan perjuangan..life goes on..menuju kejayaan pasti dihiasi dengan cabaran..baru manis kecemerlangan itu nnti..awan yang mendung pasti berlalu satu ketika nnti..berdoalah agar sumenya ok..jgn sedih2 sgt ye...insyaAllah korang bole berjaya

Sunday, July 25, 2010

sampai masanya..?


sy sekarang ni dalam proses melatih beberapa pelajar sesi petang utk menjadi pegawai perlawanan bola sepak..melentur buluh biarlah dari rebungnya..setakat ni pelajar yg bersungguh dan telah menunjukkan prestasi yg baik ialah mohd syahmi dan mohd al-farouq..dua2nya dari tingkatan dua..so far so good la..diorang ni dah je jd referee kalau sy lambat datang..

dan sy rs mungkin dah sampai masanya sy x jadi referee utk game ting 2..biar kawan2 yg adili..ye la kekadang de jugak org ckp sy x adil atau berat sebelah.pe nak buat.sy dah buat yg terbaik..cuma sy mintak kamu semua nilai cmne player professional terima keputusan pengadil masa world cup..diorang cool je walaupun ada yg buat bantahan.,...belajarlah

tak berubah..

sy nak memperkatakan sikap pelajar kita dan orang melayu secara amnya..bila janji pukul sekian waktu..mesti x tepati.pastu yg herannya mulut bising bercakap itu dan ini..

ini yg berlaku pd pelajar form 5 yg nak main bola inter-class jumaat lepas..janji pukul 4..pukul 5 baru start main.sy memang saje letak 2 game je satu haru.sbb memang diorang ni x tau menepati masa..geram sy.kalau hujan dibuatnya.dah tangguh lagi.tujuan sy buat awal nak mengelakkan kalau2 de sebarang masalah yg x dpt dielakkan , so masih de waktu lg nak teruskan game petang tuh..kalau dah lambat cmne..

cmni je la.sy x mau tau pe yg berlaku.yg sy tau game habis lepas sy bg tempoh tu.pengadil? linesman...x betul? pelajar buat hal?..sy x nak amik tau.kamu kan semua pandai dari cikgu

suka-suka

maaf...


sy da maklumkan tentang perlawanan bola sepak inter-class ni dah berbulan lamanya..namun kekadang tindakan dan sambutan yang agak hambar pd awalnya..yg menjadi persoalan sy dah bg tempoh masa yg cukup bg sesuatu tingkatan tu mengemukakan yuran penyertaan..minggu lepas kita berada pada peringkat akhir kejohanan.dan skrg turn tingkatan 5..

sy musykil dan hairan.sy dah tampal sebarang makluman di notis board yg menuju ke kantin tuh..jadual perlawanan pun dah tampal..tup tup ada dua kelas ting 5 baru nak nyatakan hasrat utk bermain..utk kedua2 kelas ni sy mintak maaf bebanyak kerana tarikh penyertaan sudah ditutup.lagipun jadual sudah dibuat dan ditampal..

jgn bimbang..insyaAllah ada banyak game bola lagi kt sek kita pas posa nnti..

Tuesday, July 20, 2010

Bertenang..

petang tadi berlangsungnya perlawanan soccer inter-class utk form 4..belum habis2 lagi.minggu lepas dah tertunggak..pe pn apa yg sy nak ckpkan ni ialah korang yang main bola ni seharusnya bertenang dalam padang..jgn ikut emosi sangat..tadi berlaku pergeseran dan pertikaman lidah antara pemain..pe yg sy nak kamu dapat dari menonton world cup selama sebulan tuh ialah kepatuhan kepada referee dan jangan berbuat sesuatu yg diluar dugaan..terima pe juga keputusan dengan hati terbuka..

sy harap insiden seperti petang tadi x berulang lagi..ingatlah korang menang atau kalah pun malaysia tetap di takuk yg sama..apatah lagi korang ni bermain hanya di peringkat sekolah...fikir2kanlah..

selamat datang..

semalam dalam perhimpunan rasmi sesi petang cikgu ismail telah membuat pengumuman secara rasmi tentang kehadiran seorang guru baru yg bernama en shamsul utk menjadi warga SMKSSAAS..dari raut wajah beliau menggambarkan empunya diri adalah seorang yg tegas..dan cikgu shamsul ni juga telah dilantik sebagai guru disiplin baru bagi sesi petang menggantikan ckg razee..

sy berharap kita dapat beri kerjasama kepada beliau dan semoga hal disiplin sekolah menjadi lebih tersusun selepas nih...selamat menjadi warga saas

Monday, July 19, 2010

Contoh yang perlu kita ikuti...

alhamdulillah sy baru sampai dari trip ke Kedah..memang penat dan meletihkan..yang seronoknya dapat tengok negeri orang dan menimba sedikit sebanyak pengalaman hidup.ye la kita harus terus-terusan belajar hingga ke akhir hayat.menuntut ilmu sememangnya tiada noktah..

namun pe yg sy ingin perkatakan ni ialah satu tauladan yg bole pelajar2 ambil sempena dengan lawatan kami, pengetua dan guru2 serta kumpulan pancaragam sekolah kita ke SM sultanah asma kedah..satu nama yg x perlu kita perkenalkan lagi.tersohor di Malaysia dengan keunggulan akademiknya serta disegani di mata dunia dengan kehebatan kumpulan band mereka..

mengikut pe yg kami dapati di sana disiplin merupakan teras kecemerlangan.manakala pengorbanan adalah pelengkap kejayaan yg di rancang.bila saya melalui kelas2 yg dipenuhi pelajar semasa sesi pembelajaran, tiada kedengaran pun suara hiruk pikuk pelajar terjerit2, melompat2 di dalam kelas walaupun pd masa itu tiada cikgu di dalamnya..begitu juga ke mana saja kaki kami melangkah disetiap inci sekolah, pastinya sapaan dan salam ditujukan kepada kam.satu suasana yg agak jarang berlaku di saas....

jadi sy berharap penglaman yg sama yang dikongsi oleh kumpulan band kita di sana seharusnya di dikongsi sekali lagi bersama rakan2 supaya manfaat dan faedah dapat dinikmati bersama..

Thursday, July 15, 2010

trip to kedah-perlis..


sok sy dengan sekumpulan guru2 smkssaas akan berlepas ke kedah-perlis atas urusan lawatan sambil belajar dan berjalan2..haha..pada sebelah paginya kumpulan band kita akan bertolak dahulu ke sana..dan kami akan berkumpul serta bersua di smk SULTANAH ASMA' kedah..sebuah sekolah yg amat popular dan disegani..tujuan lawatan adalah utk bertukar2 pendapat dan juga idea demi pembangunan sekolah masing2..


tapi sebelum tuh pd hari sabtu agenda dan juga acara rasminya adalah dengan berjalan2..hehe..and juga shopping..emm dah x de duit la.huhu..tengok je la ye..so besok hari jumaat sy x kn berada di kawasan sekolah..bermakna kemerdekaan besar bagi pelajar2 di saas..x de sape nak marah kamu esok..kui2..harapan sy cuma jgn lupa diri je..

Just a friendly match..

pagi tadi berlangsung satu perlawanan persahabatan antara the best of form 1 ( GHANA) VS the best of form 2 ( GHANU )..bermula dengan sengit apabila kedua2 pasukan berbalas serangan dan sepakan yg bukan hanya pada bola..tetapi kepada tubuh badan pemain lain..hehe..itu adat biasa.asam garam perlawanan..tanpa kekasaran tiadalah feel nya.namun biarlah berpada dan penuh semangat kesukanan.apabila bola 50-50 dan berlaku jatuhan referee biasanya akan meneruskan saja perlawanan..

setelah genap sejam bertarung..maka tingkatan 2 dinobatkan pemenang dengan 2 gol berbalas satu..namun objektif sy adakan friendly ni bukannya nak tengok sape menang atau kalah..tapi lebih kepada mencungkil bakat2 baru khasnya kepada adik2 form 1 nih..syabas sy ucapkan kerana ada beberapa permata yg bakal bersinar..hehe.teruskan usaha anda..utk form 2 pastikan anda gandakan usaha kerana adik2 form nih bakal menggugat position anda...

selamat bersukan.

Wednesday, July 14, 2010

kena terima hakikat..

kita hanya mampu merancang..sy rasa itu ungkapan yg paling sesuai sy mulakan post nih..hal ni x lain x bukan berkenaan ngan penangguhan game ting 4 hari nih..game ditangguhkan atas sebb memberi laluan kepada pasukan band dari kedah utk membuat latihan ringkas di padang besar sekolah...

sebenarnya sy x tau menahu pn tentang perkara nih.pg tadi pun band dari sek tun fatimah datang sek..ntah bila ntah muncul..tau2 nak guna padang..kita tengah rancak adakan game inter-class nih..pg tadi dapat jugak sy beri laluan.lagipun waktu masih panjang bagi mereka menunggu..

tapi utk petang tadi sy x dapat teruskan game kedua..pertama sy dapat arahan dari en ismail utk memberi laluan pada diorang..kedua masa menunggu mungkin terhad kalau kita teruskan jugak game kedua tuh..lagipun mereka tetamu..kita perlu mengalah.sy faham ada segelintir pelajar yang marah.namun kita kena sedar kita x bole menongkah arus walau sekuat mana pun tenaga kita..

akhir kata sy da tampal jadual baru di papan kenyataan..sila rujuk di sana.semua game minggu depan..selamat berehat buat sementara....

Tuesday, July 13, 2010

akan sampai..


utk pelajar2 form two ..ni mungkin berita gembira utk kamu..sbbnya dikhabarkan hadiah dan medal yg sy tempah akan sampai esok..medal akan diberikan kepada pemenang hingga tempat ketiga sahaja..manakala hadiah khas berupa trophy akan diberi kepada pemain yg berjaya menggondol kategori penjaring terbanyak, pemain terbaik dan pemain baru harapan..


harap2 sampai la besok..kalau cmtu acara penyampaian hadiah akan diadakan pada isnin depan.insyaAllah..

Betul ke ni?..

Baru sabtu lepas sekolah smkssaas kita adakan hari akademik.iaitu peluang dan masa yg diperuntukkan kepada ibu bapa dan guru untuk bersua muka, berbincang apa yg patut tentang kelangsungan pendidikan anak2 mereka..seakan ada penggambaran filem di sek..ada ibu bapa yg menangis memikirkan dan menyaksikan tahap pendidikan anak diorang.ada yg cm x caya anak mereka berlainan spesis dan sikap di sekolah.maklumlah dapat banyak demerit dan berjela2 laporan salah laku disiplin..hehe..kat umah cm malaikat..berjalan pun agaknya x jejak ke lantai..haha..

tapi yg pelik berlaku pada hari isnin semalam dan juga hari nih adalah seakan ada perubahan yg berlaku kepada pelajar2 kita..sy dimaklumkan kelas 2 efisyen misalnya semua membawa buku latihan..kerja siap plak tuh..tadi de kelas tambahan dengan 2 amanah..fuhh hampir penuh attendance kelas sy..sy ucapkan syabas kpd anda atas perubahan nih..tapi x tau la bole kekal lama atau x ,...huhu..harap2 la..ye ,,sy memberi harapan..yg mungkin x pasti...hehe.

Monday, July 12, 2010

Tingkatan 4 : Soccer-inter class

Sy dah tampal jadual di papan kenyataan menuju ke kantin..so korang punya game start esok..tepat pukul 4 dah mula sepak bola..mungkin pasni sy post jadual korang dlm blog nih...

selamat bersukan

13/7/2010 (selasa)

4 Fitrah (4) VS 4 Amanah (1)
4 Cekap (0) VS 4 Gigih (1)
4 Fitrah (0) VS 4 Efisyen (0) * (6-7) penalti

Wednesday, July 7, 2010

kenapa?...


bagi yang pernah belajar ngan saya, pasti sudah maklum akan beberapa peraturan dan juga teknik apabila sy mengahdiri sesuatu kelas...antaranya tentang kerja, latihan dan x ketinggalan juga ketepatan waktu..


pernah tahun lepas sy menegur seorang guru yg lewat membenarkan murid2 nya keluar bagi menghadiri kelas saya..lelaki dan perempuan saya denda..dan tahun ni saya buat peraturan sesiapa yg lewat masuk setelah doa habis dibaca maka diluar lah tempatnya belajar..bukan apa..sy nak ajar kamu tentang hargai masa dan juga berdisiplin..banyak kali saya bagi peluang dan berlembut.tapi masih begitu juga keadaannya..maka janganlah marah kalau korang x dibenarkan masuk..


sy x pilih kasih..samada kelas depan atau kelas hujung semua kena denda sama rata..cuma korang kena ubah sikap serta mesti tau bezakan waktu bergurau dan juga waktu serius utk belajar...fikir2kanlah

Tingkatan 1 : soccer inter-class

7/7/2010 (Rabu)

1 amanah (0) VS 1 dedikasi (2)
1 bestari VS 1 cekap ( 1-0) pen
1 amanah (0) VS 1 efisyen (4)
1 fitrah (2) VS 1 gigih (3)

Tuesday, July 6, 2010

Tingkatan 3 : soccer inter-class

6/7/2010 (selasa)

3 bestari (1) VS 3 dedikasi (1) * ( 3-1 penalti )
3 amanah (2) VS 3 cekap (2) * ( 4-3 penalti )
3 bestari VS 3 efisyen (0-3 )

7/7/2010 (rabu)

3 amanah (2) VS 3 fitrah (1)
3 dedikasi (1) VS 3 efisyen (1) (3-4 penalti )
3 cekap (3) VS 3 fitrah (2)

8/7/2010 (khamis)

semi finals

3 efisyen (3) VS 3 cekap (1)
3 dedikasi (1) VS 3 amanah (2)

9/7/2010 (jumaat)

3rd and fourth places

3 dedikasi VS 3 cekap ( 2-4)penalti

final..

3 amanah VS 3 efisyen ( 0-2 )


JUARA : 3 EFISYEN
N.JUARA: 3 AMANAH
KE-3 : 3 CEKAP
KE-4 : 3 DEDIKASI

Sunday, July 4, 2010

soccer inter-class smkssaas..

insyaAllah seperti yg sy maklumkan minggu lepas sy akan memulakan saingan bola terhebat sekolah kita dengan memebri peluang pelajar tingkatan satu merasai kehangatan dan cabaran bermain bola sepak di SAAS..namun pe pun yg pentingnya mereka perlu mendahulukan yuran penyertaan dahulu..semuanya adalah utk urusan pemberian medal dan hadiah kepada pemenang nnti...selamat berjaya saya ucapkan.semoga akan tercungkilnya bakat baru bola sepak smkssaas...

Saturday, July 3, 2010

Dengan hati terbuka..

sy dan juga peminat2 team brasil kat luar sana menerima kekalahan team ni pada saingan suku akhir semalam menentang holland..menang kalah adat permainan..yg ingin kt tengok adalah kualiti dan persembahan yg mengagumkan..pada sy skil dan individual skil yg ada pd team brasil x de pada mana2 pasukan di dunia ni..hanya mereka yg amalkan total football..apatah lg masa zaman ronaldo,rivaldo, roberto carlos,ronaldinho..sgt outstanding performance mereka..

semalam pasukan brasil melakukn beberapa kesilapan dan akibat itu mereka dihukum dengan jaringan gol..sy mencari yang unik..corak permainan long ball dan pantas ada di mana2 team lain..tp keunikan brasil yg memikat hati sy.rentak samba yg memukau mata dan foot work yg hebat memang mengagumkan..argentina hanya ada messi yg hebat..yg lain bermain hebat tapi x de skill sgt cm messi..

pe pun sy nak tegaskan.x semesti apa yg kita suka, orang lain pn akan suka sama.so enjoy yourself dan setia dengan apa yg kita suka....cm setengah orang dia sokong team yg menang je..esok lusa sokong team lain jugak...hehe..

pe pun bola sepak malaysia yg out..x guna sokong team lain..sukan kt hancur..haha

Friday, July 2, 2010

Keputusan rasmi LiGASS

Johan : ALL UNITED
N.Johan : OMG
Ke-3 : DOTA FC
Ke-4 : KOPIKO

Pemain Terbaik : Mohd Zaki Abd Karim ( All United )
Pemain harapan (generasi baru) : Mohd Fazli ( Kopiko )
Penjaring terbanyak : Mohd Harris ( Dota FC )

Tahniah saya ucapkan kepada semua

Thursday, July 1, 2010

Final round..LiGASS...

tarikh : 2 julai 2010
masa : 8.30 pg
tempat : padang sekolah

Sok adalah masa yg ditunggu2 oleh sebilangan besar pelajar ting 2 kerana akan berlangsungnya perlawanan pusingan akhir kejohanan Liga Bola SAAS ( LiGaSS )..Pertembungan OMG dan juga ALL UNITED pastinya sengit utk menentukan siapakah yg bakal bergelar juara..namun All United hanya memerlukan keputusan seri sahaja utk mengesahkan yg mereka akn menjadi johan..

Linesman ?? bole nak pakai esok.tapi pastikan korang pilih sendiri dan pastikan diorang berdisiplin..kalau duduk terpacak tengah padang memang x de makna langsung..hari ni kat sekolah bincanglah sape yg patut jd linesman ok..Good Luck utk esok