Monday, July 19, 2010

Contoh yang perlu kita ikuti...

alhamdulillah sy baru sampai dari trip ke Kedah..memang penat dan meletihkan..yang seronoknya dapat tengok negeri orang dan menimba sedikit sebanyak pengalaman hidup.ye la kita harus terus-terusan belajar hingga ke akhir hayat.menuntut ilmu sememangnya tiada noktah..

namun pe yg sy ingin perkatakan ni ialah satu tauladan yg bole pelajar2 ambil sempena dengan lawatan kami, pengetua dan guru2 serta kumpulan pancaragam sekolah kita ke SM sultanah asma kedah..satu nama yg x perlu kita perkenalkan lagi.tersohor di Malaysia dengan keunggulan akademiknya serta disegani di mata dunia dengan kehebatan kumpulan band mereka..

mengikut pe yg kami dapati di sana disiplin merupakan teras kecemerlangan.manakala pengorbanan adalah pelengkap kejayaan yg di rancang.bila saya melalui kelas2 yg dipenuhi pelajar semasa sesi pembelajaran, tiada kedengaran pun suara hiruk pikuk pelajar terjerit2, melompat2 di dalam kelas walaupun pd masa itu tiada cikgu di dalamnya..begitu juga ke mana saja kaki kami melangkah disetiap inci sekolah, pastinya sapaan dan salam ditujukan kepada kam.satu suasana yg agak jarang berlaku di saas....

jadi sy berharap penglaman yg sama yang dikongsi oleh kumpulan band kita di sana seharusnya di dikongsi sekali lagi bersama rakan2 supaya manfaat dan faedah dapat dinikmati bersama..

No comments:

Post a Comment