Monday, November 30, 2009
x berapa bagus..
yang sy perasan sejak 2-3 hari ni coverage broadband kita, x kira apa celcom atau maxis de alami masalah la..pelahan je.nai geram gak.sbb x muncul2 pe yg kita click..bole belajar dan test sifat sabar kita nih.hehe
kalau sekali dua x pe lagi.ni x..dari pagi sampai ke petang.asal kita nak guna je, mesti lambat.huhu.pe nak buat, bukan syarikat kita pun.kita hanya pengguna je..apa yg termampu complaint je.hehe
selamat bersabar..
baru...
minggu lepas sy ada menziarah sekolah kita.sbb ada urusan..kalau x de x pegi la.hehe..dlm masa sy nak naik ke pejabat kelihatan beberapa petugas tengah memunggah kerusi dan meja baru dari lori barang..
ini bermaksud sebilagan kamu akan mendapat perkakas baru..kerusi meja yg baru sampai itu juga ada sebahagiannya menggantikan perabot lama yg sudah rosak atau luput.
tapi yg sy perhatikan pelaja2 sekolah saas ni, x kira mereka kelas A atau pun yg hujung semacam ada habit menconteng meja..kalau x guna liquid paper, diorg guna pen marker..x pun dengan pensel.bila diarah suruh padam balik, dipadam yg dia punya je.tapi contengan lain walaupun kat meja diorang sendiri x nak dipadamnya.alasannya bukan dia buat.
apa salahnya padam.ada sikap tanggungjawab skit.x tau la kalau cmtu cara kamu dididik dari kecik.sepatutnya kita x berkira sgt buat benda yg memberi kebaikan utk org lain..meja pun bersih, pahala pun dapat.tapi x pe la...pilihan laiin yg kamu hendak.nak buat camne kan..
pe pun harapan saya dan juga pihak sekolah bersama la kita jaga keselamatan barang2 di sekolah kita..
Sunday, November 29, 2009
Mr.Mama..
sy pernah tonton dlm tv ada drama bersiri bertajuk Mr.Mama..kelakar jugak sbb lelaki yg menguruskan rumah tangga.memasak , basuh baju dan sebagainya.sy rasa pn perkara tu dah mula terjadi pada sy.Minggu depan, isteri sy akan mula bertugas setelah hampir 3 bulan bercuti..maksudnya sy akan mengambil alih secara langsung anak sy dari pagi hinggalah ke petang..jadi Mr.Mama betullah sy ni.hehe
sebelum ni pn kami dah mencuba dan mengajar anak kami utk berada di tengah orang ramai yg lain.contohnya ke shopping compleks dan ke restoran.Alhamdulillah semua ok dan dia pn x meragam.mungkin pasni sy terpaksa usung dia ke hulu dan ke hilir..
perkembangan terbaru anak sy ialah dia dah mampu tersenyum dan bergurau.hehe
Anis dalam katilnya...
antara toys anis..
sebelum ni pn kami dah mencuba dan mengajar anak kami utk berada di tengah orang ramai yg lain.contohnya ke shopping compleks dan ke restoran.Alhamdulillah semua ok dan dia pn x meragam.mungkin pasni sy terpaksa usung dia ke hulu dan ke hilir..
perkembangan terbaru anak sy ialah dia dah mampu tersenyum dan bergurau.hehe
Anis dalam katilnya...
antara toys anis..
memori 2009...
kita kena maklum dan faham setiap sesuatu di dunia ni x akan kekal buat selamanya.Hanya yang kekal adalah Tuhan itu sendiri.hukum alam menyatakan yg datang akan pergi.yang sudah pergi pasti ada pengganti.walaupun pengganti itu x sama dengan yg pergi..
kita hampir masuk ke bulan Disember nih.sy nak membawa memori kamu semua menyorot semula kenangan dengan warga SMKSSAAS yg telah pergi meninggalkan sekolah sama ada mereka ini bersara atau pun berpindah ke tempat lain..harapan sy semua mereka berbahagia dengan kehidupan yg baru dan jangan lupa2kan kami di Saas nih..hehe
PN SURYATI AMSOR (PENOLONG KANAN PETANG)
PN HANIPAH JAMBI( KETUA BIDANG VOKASIONAL )
HAJAH NAFSIAH JAAPAR ( PENGETUA SMKSSAAS )
PN ROSIDA HASBULLAH DAN PN RAJA ROKIAH
PN SANIYAH DAN PN JUNAIDAH ( BERTUKAR KE KEDAH DAN TERENGGANU )
PN ROHANI, EN RAZEE, CIK RAFEEZA ( MUNGKIN BERTUKAR SEKOLAH )
CIK NADIA (BERBAJU BIRU-MUNGKIN BERPINDAH SEKOLAH)
kita hampir masuk ke bulan Disember nih.sy nak membawa memori kamu semua menyorot semula kenangan dengan warga SMKSSAAS yg telah pergi meninggalkan sekolah sama ada mereka ini bersara atau pun berpindah ke tempat lain..harapan sy semua mereka berbahagia dengan kehidupan yg baru dan jangan lupa2kan kami di Saas nih..hehe
PN SURYATI AMSOR (PENOLONG KANAN PETANG)
PN HANIPAH JAMBI( KETUA BIDANG VOKASIONAL )
HAJAH NAFSIAH JAAPAR ( PENGETUA SMKSSAAS )
PN ROSIDA HASBULLAH DAN PN RAJA ROKIAH
PN SANIYAH DAN PN JUNAIDAH ( BERTUKAR KE KEDAH DAN TERENGGANU )
PN ROHANI, EN RAZEE, CIK RAFEEZA ( MUNGKIN BERTUKAR SEKOLAH )
CIK NADIA (BERBAJU BIRU-MUNGKIN BERPINDAH SEKOLAH)
Saturday, November 28, 2009
dapat jugak...
semalam berlalu sudah idul adha , 10 zulhijjah..hari kebesaran kedua dalam Islam.cm biasa la pagi raya, pagi2 dah siap.maklumlah nak sembahyang sunat di masjid.tapi kali ni rutin kehidupan sy dah berubah secara total sejak kelahiran anak sulung sy..pergerakan sy yg aktif sebelum ni pn dah mula terbatas skit..
cam semalam.sy dah mula bersiap2 barang dan mandikan anak sejak pukul 7 pagi lagi.namun akhirnya buat itu dan ini, jam dah menunjukkan hampir pukul 8 lebih.setahu sy sembahyang biasanya bermula tepat 8.30 pagi.jadi bergegas la sy keluar dari rumah.dari jauh berkumandang takbir raya.namun lama kelamaan dah berhenti.tu menandakan imam dah bangun utk mulakan sembahyang..jadi sebelum sy pergi masjid, sy kena hantar anak dan isteri sy ke rumah mak mentua dulu.emm bnyk masa dah terbuang kat situ.padahal sy sekarang berada dlm masa kecederaan.hehe..
tapi akhirnya..setelah mencuba secepat yg sy bole, akhirnya dapat juga sy rakaat pertama sembahyang sunat idul adha tuh..perghh berpeluh gak sbb rushing tadi..kira merempit gak lah.tapi x pe..merempit ke masjid.hehe
nnti kalau kamu mula dah ada anak baru kamu akan faham betapa sibuknya kita nak mengurus semua benda dan anak sekali.hehe..
Kedai Buku Sekolah..
memandangkan tahun 2010 bakal menjelma lebih kurang sebulan lagi, namun pihak sekolah mengambil langkah proaktif utk membuka kedai buku seawal mungkin bagi memudahkan urusan pembelian bahan2 pelajaran nnti..
kalau x silap saya kedai buku akan mula dibuka pada 1 Disember 2009..pe pn sy nasihatkan kamu menelefon pihak sekolah sebelum pergi ke kedai tersebut bagi memastikan ianya benar2 sudah dibuka..dibawah ini sy sertakan no telefon sekolah SAAS
03-55198404 ( pejabat sekolah )
dlm pada masa cuti ni korang dinasihatkan buatlah benda yg berfaedah.yg paling penting jangan menyusahkan orang lain..
harap maklum
Thursday, November 26, 2009
Selamat Hari Raya Idul Adha..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...
esok buat sekelian kalinya akan menyambutlah Umat Islam seluruh dunia akan hari raya Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban di Malaysia..
sambutan demi sambutan kita raikan saban tahun.buat kanak2 pd masa ini adalah waktu utk bergembira.utk yg dewasa mereka akan mengambil kesempatan utk berehat dari penat bekerja..namun adakah itu tujuan atau fungsi hari raya ini disambut.? ramai di antara kt yg menjadi pak turut.hanya mengikuti apa yg org lain lakukan.bila org pergi solat sunat, dia pergi..org tengok ibadah Qurban dilaksanakan, dia pun ada kat situ.ramai yg x memahami pe sebenarnya Hari Raya Haji ini..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...
Dari segi sejarahnya..dinamakan hari raya Qurban adalah utk memperingati kisah Nabi Ibrahim yg berkorban jiwa dan raga hanya utk mematuhi perintah Allah.Kita dapat saksikan Siti Hajar ditinggalkan dilembah yg tiada air bersama anaknya Ismail..selepas itu diperintahkan pula Ismail supaya disembelih.dengan keimanan yg kukuh dan tanpa bersoal jawab dengan Tuhan.Nabi Ibrahim dengan rela hati melaksanakan semua perintah itu.Namun Tuhan dengan sifatNya yg Maha Penyayang telah memerintahkan pula agar diganti seekor binatang dengan Ismail yg patut disembelih itu.Oleh itu kita dapat lihat sempena dengan Hari Raya Qurban ini, ramai umat Islam tidak melepaskan peluang utk melaksanakan Ibadah Qurban ini demi memperingati kisah pengorbanan tertinggi tersebut..
Dinamakan juga Hari Raya Haji berikutan Umat Islam mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah ini..kita dapat saksikan lebih kurang hampir 3 juta orang mengunjungi Kota Suci Mekah bagi mendapatkan keredhaan Allah..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...
Perlu diingat bahawa Hari Raya Qurban ini bukanlah hanya cuti umum yg membolehkan kita berehat, bersantai , beraya bersama keluarga sahaja.namun apa yg lebih penting roh pengorbanan itu dapat kita jiwai.di mana pengorbanan kita utk menegakkan roh solat itu sendiri.sedangkan kita sendiri jarang atau kadangkali tertinggal solat dengan sengaja..di mana pengorbanan kita utk menjadi Muslim yg sejati?adakah sekadar menyebut sahaja di bibir?..pengorbanan utk peringkat awalnya adalah bermula dengan diri sendiri.dan dari dalam diri kita sendiri.perkara utama yg mesti dibuat, adalah mengorbankan nafsu serakah dan jahat yg sentiasa membelit jiwa dan fikiran kita.berjuang bersungguh2.lawan apa saje bisikan negatif dalam telnga kita..hanya selepas kita berjaya membebaskan diri kita dari anasir yg kurang baik ini, barulah kita dapat menjadi Muslim yg berkualiti seterusnya dapat membangunkan umah ini secara keseluruhannya..Wallahu A'lam
selamat hari raya Idul Adha...
Niat solat sunat esok :
Sahaja Aku Solat sunat Idul Adha 2 rakaat mengikut imam kerana Allah Taala
Rakaat pertama 7 kali takbir
Rakaat kedua 5 kali takbir....
esok buat sekelian kalinya akan menyambutlah Umat Islam seluruh dunia akan hari raya Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban di Malaysia..
sambutan demi sambutan kita raikan saban tahun.buat kanak2 pd masa ini adalah waktu utk bergembira.utk yg dewasa mereka akan mengambil kesempatan utk berehat dari penat bekerja..namun adakah itu tujuan atau fungsi hari raya ini disambut.? ramai di antara kt yg menjadi pak turut.hanya mengikuti apa yg org lain lakukan.bila org pergi solat sunat, dia pergi..org tengok ibadah Qurban dilaksanakan, dia pun ada kat situ.ramai yg x memahami pe sebenarnya Hari Raya Haji ini..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...
Dari segi sejarahnya..dinamakan hari raya Qurban adalah utk memperingati kisah Nabi Ibrahim yg berkorban jiwa dan raga hanya utk mematuhi perintah Allah.Kita dapat saksikan Siti Hajar ditinggalkan dilembah yg tiada air bersama anaknya Ismail..selepas itu diperintahkan pula Ismail supaya disembelih.dengan keimanan yg kukuh dan tanpa bersoal jawab dengan Tuhan.Nabi Ibrahim dengan rela hati melaksanakan semua perintah itu.Namun Tuhan dengan sifatNya yg Maha Penyayang telah memerintahkan pula agar diganti seekor binatang dengan Ismail yg patut disembelih itu.Oleh itu kita dapat lihat sempena dengan Hari Raya Qurban ini, ramai umat Islam tidak melepaskan peluang utk melaksanakan Ibadah Qurban ini demi memperingati kisah pengorbanan tertinggi tersebut..
Dinamakan juga Hari Raya Haji berikutan Umat Islam mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah ini..kita dapat saksikan lebih kurang hampir 3 juta orang mengunjungi Kota Suci Mekah bagi mendapatkan keredhaan Allah..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...
Perlu diingat bahawa Hari Raya Qurban ini bukanlah hanya cuti umum yg membolehkan kita berehat, bersantai , beraya bersama keluarga sahaja.namun apa yg lebih penting roh pengorbanan itu dapat kita jiwai.di mana pengorbanan kita utk menegakkan roh solat itu sendiri.sedangkan kita sendiri jarang atau kadangkali tertinggal solat dengan sengaja..di mana pengorbanan kita utk menjadi Muslim yg sejati?adakah sekadar menyebut sahaja di bibir?..pengorbanan utk peringkat awalnya adalah bermula dengan diri sendiri.dan dari dalam diri kita sendiri.perkara utama yg mesti dibuat, adalah mengorbankan nafsu serakah dan jahat yg sentiasa membelit jiwa dan fikiran kita.berjuang bersungguh2.lawan apa saje bisikan negatif dalam telnga kita..hanya selepas kita berjaya membebaskan diri kita dari anasir yg kurang baik ini, barulah kita dapat menjadi Muslim yg berkualiti seterusnya dapat membangunkan umah ini secara keseluruhannya..Wallahu A'lam
selamat hari raya Idul Adha...
Niat solat sunat esok :
Sahaja Aku Solat sunat Idul Adha 2 rakaat mengikut imam kerana Allah Taala
Rakaat pertama 7 kali takbir
Rakaat kedua 5 kali takbir....
Wednesday, November 25, 2009
projek makan-makan
CONTROL DEPAN KAMERA..HEHE
MANA DIA MAKANAN NI??
IBU MITHALI..
EHH SAPE KAT SEBELAH SAYA NI?
CIKGU HARAPAN NEGARA..HEHE
emm hari ni pagi2 lagi sy dah tergesa2 ke shah alam..destinasinya menuju ke bantura..restoran depan sirim tuh.x tau la memang nama dia camtu.bunyi pelik je kan.tapi x pe la.bukan saya punya pun.hehe
tujuan sy bergegas ke sana sebab cikgu2 petang de buat majlis makan2.meraikan pn saniyah yg berjaya utk bertukar ke kampung halaman dia di Kedah.tahun depan korang x dapat la jumpa dia lagi..ye tiada yg kekal dlm hidup kita.semuanya bertukar ganti.cikgu datang dan pergi.yg penting kamu berjaya dlm pelajaran.cikgu hanya sebagai pengantar ilmu sahaja.selebihnya kamu yg tentukan masa depan kamu sendiri.
tadi sempat juga sy mengambil beberapa keping gambar kenangan utk tatapan kamu semua.hehe
Tuesday, November 24, 2009
sunyi dan sepi..
semalam sy ada singah di sekolah.tujuannya nak hantar barang skit di pejabat.sy perhatikan sekolah kita sunyi je.kalau ada orang pun dlm dewan.tengah jawab pekse.x kan nak buat bising plak kan.alamat kena halau keluar lah.hehe..
yang lain2 x de .kat kantin kosong.kelas pn kosong.kat surau lagi lah kosong.mana2 tempat pun kosong.jadilah cam tempat buangan je..sunyi, sepi dan seram.hehe.dah mula nak masuk cm dlm cerita mistik tuh.harap2 masa x de orang di sekolah ni ada plak orang2 yg menyelinap masuk dan pecah sekolah plak.memang ada pernah terjadi.hilang barangan dan alat musik dlm bilik pancaragam.nak main musik x tau.di curi nya alat musik plak.orang macam ni hidup x susahkan orang memang x sah lah..ada je benda yg x baik nak dibuat..
pe pn marilah sama2 kita berdoa agar sekolah dan segala kemudahan di dalam nya selamat dari segala kerosakan dan musibah,.....
takjubnya...
semalam sy baca paper kosmo..berita melaporkan seorang ibu di penang telah melahirkan seorang bayi yg terbesar dan terberat di Malaysia..iaitu kira2 6.1kg..besar tu! biasa baby dlm 3kg je.anak sy pn 2.6kg je masa lahir..
yg mungkin jadi kajian pasni adalah psl buah kedondong..apa kena mengena ngn baby plak? ye..ada kaitannya..sbb si ibu ni sejak 2 bulan umur mengandungnya, dia makan setiap hari 1kg kedondong sehingga kandungannya itu lahir..huh bnyk tuh.kita kalau makan satu pn dah berkerut muka.inikan pula 1kg..mungkin buah tu masam..jadi mungkin pasni ada yg nak kaji kaitan buah kedondong dengan penghasilan baby yg besar dan berat.hehe
sy rasa korang yg masih tak berapa berat dan besar cubalah makan buah kedondong setiap hari yek..kalau makan ngn daun lagi bagus.saje nak tengok pe hasilnya.sembelit dah tentu.ye la yg dimakan daun tu buat pe kan.hehe
tapi ini adalah bukti kuasa Tuhan yg Maha menjadikan sesuatu yg kita sebagai manusia fikir sebagai pelik dan aneh.Tapi bagi Dia, amatlah mudah.sama2lah kita berfikir dan mengambil iktibar dengan apa yg telah dijadikanNya..
berfikir dan lihatlah dengan mata hati.pasti anda akan dapat jawapannya..Wallahu a'lam
Monday, November 23, 2009
sekejap je...
pagi ni dalam pukul 10 sy bercadang utk pergi singgah di sekolah jap.nak serahkan dokumen ke pejabat.utk pengetahuan kamu semua cikgu yg akan bercuti panjang akan menandatangani borang akuan serah tugas..ini bermaksud pihak pengetua dapat mengenal pasti guru2 yg telah selesai menjalankan tugasnya sepanjang tahun.kalau ada kunci stor ke, bengkel ke, surau ke, kami akan serahkan ke pejabat.ini menandakan secara rasminya kami dah menjalankan tugas yg diberikan..
pastu sy bercadang nak singgah di ikea jap.hehe...lama x ziarah tempat tu.saje jalan2 nak tengok barangan rumah yg terkini.x de pun.suke2 je.kalau de yg berkenan bole la capai satu dua masuk dlm kete nanti.hehe.x de lah beli banyak mcm masa nak masuk umah baru dulu..
sy harap korang pn enjoy dengan cuti yg ada nih..jadilah manusia yg benar2 manusia.hehe..sendiri mahu faham lah ye.jgn mare
jaga dengan baik..
pesanan ni sy tujukan kepada calon SPM dan STPM yg masih lagi gunakan peralatan dan kemudahan yg ada di sekolah..sy fokuskan kepada surau kita.sy dpt maklum sepanjang peperiksaan berlangsung sebilangan pelajar akan guna surau tu utk solat zohor.
nasihat sy gunakan surau itu sebaiknya.jangan makan da minum dlm surau.apatah lagi meninggalkan bekas makanan dan plastik..jaga maruah rumah suci itu.jgn buka aurat terutama yg perempuan.sy tau dengan adanya langsir dibelakang akan memudahkan pelajar membuka tudung dan baring2 di dalam surau.perbuatan ni amat tidak wajar dilakukan.kerana mencemar kesucian rumah Tuhan ini.
lagi satu setelah guna, jngn lupa tutup semula lampu dan kipas.jadilah seorag pelajar yg bertanggungjawab.cubalah jadi seseorang yg tahu menghargai kemudahan yg ada..
harap maklum
Sunday, November 22, 2009
hanya mampu merancang...
semalam dengan semangat berkobar2 sy mengonline utk cari ware house sale barang2 baby.mula2 nak gi kat area puchong.tapi bila baca komen pengunjung yg dah pegi..langsung sume x puas hati dengan barangan dan harga yg ditawarkan.so sy pn x nak lah buat kerja yg kurang bijak.sy cancel lah..dah sume org kata x best.x kan nak pergi lagi ke situ ye x?hehe..
lalu saya pn plan nak pergi ke satu lagi jualan gudang di Petaling Jaya..dah semangat nih.sbb harapan sy nak dapat beli barang murah la.nama pun jualan kilang.harga pun ikut kilang la..tapi sy hanya mampu merancang.hampir dah sampai.sy rasa lebih kurang 1km je lagi.tapi dah jem teruk.x bergerak langsung kete depan..sy x pasti sbb jualan tu ke atau memang hari sabtu jem teruk.cuaca plak panas.nak redah bole je.tapi kesian kat baby plak kan.so sy amik keputusan utk cancel je la..huhu
x pe..minggu depan ni rasa nak plan gi ikea plak.tengok pe yg best kat sana.hehe
memang tak patut...
minggu lepas baru je bermula peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia..satu exam yg amat penting..yang akan menentukan hala tuju dan masa depan korang.namun berlaku satu peristiwa yg saya rasa amat x patut kamu sebagai pelajar buat.apatah lagi dalam kawasan sekolah..malah apatah lagi kamu sedang menjawab soalan peperiksaan..
sy mendapat maklum ada pelajar kita yg mengambil peluang pergi ke tandas semasa peperiksaan berlangsung, tapi mengambil peluang melepaskan gian merokok..kita semua tau bahawa pergerakan pelajar ke tandas tentunya diiringi oleh pengawas peperiksaan yg bertugas.apa yg menjadi syak adalah pengawas tersebut menghidu bau rokok daripada pelajar yg ke tandas itu.jd sy rasa pihak pengawas peperiksaan telah memaklumkan kepada pihak sekolah..
apa yg sy persoalkan nape waktu exam tengah berlangsung nak lepaskan gian?bukan ke sebelum masuk dewan dah kena sebatang dua dulu..malah kat luar sekolah sy nampak berkepul2 je asap kuar dari mulut pelajar kita.x jauh pun.sebelah 7 eleven je..
ni lah dia generasi muda harapan bangsa kita..sy x persoalkan pelajar hisap rokok..tapi nape dlm kawasan sekolah dan semasa exam sedang berlangsung..ini bermaksud kamu semua masih tertakluk di bawah undang2 sekolah..nak hisap rokok kat luar sekolah.x de sape nak marah pun...jangan depan cikgu2...
fikir2kanlah..anda mampu mengubahnya...
Saturday, November 21, 2009
tetap ada...
walaupun ni cuti sekolah, namun blog ni tetap memaparkan perisitwa terkini mengenai sekolah atau apa sahaja.dengan kata lain.blog ni tetap maintain ada.hehe..insyaAllah sy akan update artikel2 utk bacaan korang semua.dan dengan adanya chatbox disebelah, korang bole la meninggalkan apa2 pesanan atau persoalan.kalau bole jwb, sy akan terangkan pe yg patut.
gunakan kemudahan IT dengan sebaiknya..jangan salahgunakan.cm pisau.bole dibuat potong ayam,daging dan utk memasak..tapi kalau salah guna bole dibuat bunuh orang atau hal jenayah..
selamat berfikir dengan matang dan gunakan kemudahan yg ada sebaiknya..
maka dengan rasminya...
hari ni dengan rasminya kamu semua dan juga saya diisyhtiharkan bercuti sekolah sehingga bulan satu ni...hurraaay...ini bermakna tiada sekolah, pen, pensel, buku dan kawan2..hehe.kita lupakan sume tu.inilah waktu kita berehat setelah hampir setahun bertungkus lumus bersekolah.tu utk yg bersungguh2 je.bagi yg bersungguh2 bermain-main waktu sekolah pun sy ucapkan selamat bercuti juga la..
sy percaya ada setengah pelajar tidak berapa gemar bercuti panjang sbb inilah masanya mereka x dapat berdampingan ngn kawan2..ini bermakna tiada aktiviti seronok2 atau aktiviti yg melanggar peraturan yg bole dibuat..bagi golongan ini cuti sekolah panjang amat membosankan.mujurlah kita berada dlm kecanggihan teknologi.dapatlah kita beronline walaupun pd zahirnya jasad kawan kita tiada di depan mata.
nasihat sy, jngnlah buat perkara yg kurang bijak, atau memang x bijak pun ms cuti sekolah nih.dengarlah cakap mak bapak..yang penting x tinggal sembahyang.
selamat bercuti dan harap kamu pun selamat.hehe
Friday, November 20, 2009
Last....
hari ni jumaat..maknanya hari akhir sy bertugas pada tahun 2009 nih..korang semua dah cuti awal seminggu.hehe..pe pn hari ni bole rileks2 skit kat sek.dan lepak2 sbb semalam dah bertungkus lumus siapkan keje.siap bwk balik umah lagi dan sambung sampai pkl 12 malam..
sempena cuti yg akan menjelang nih, sy kena juga tengok2 stor dan surau tu.pastikan sume ok dan berkunci.kalau x susah nanti.balik sekolah ntah mana stor, ntah mana surau.tunggang langgang..hehe
kelas2 korang pn memang dah lama berkunci dan dikemaskan.jadi x timbul apa masalah lagi..jumpa lagi tahun depan.InsyaAllah..
hepi holiday..
Thursday, November 19, 2009
dulu dan selamanya...
ini adalah satu perkara yg sudah lama sy perhatikan..berlaku dan terus berlaku dan mungkin tiada sape yg tahu bila hendak berhenti atau selesai..
menjelng tibanyan peperiksaan besar cm PMR dan SPM, pihak sekolah sedari awal lagi dah photostatkan dan tandatangan borang akuan bahawa korang ni adalah pelajar SAAS..borang ini perlu diambil dan dibawa sebelum masuk dewan peperiksaan.maksudnya mereka yg x de borang ni x bole masuk dewan periksa..
sape yg perlukan borang ni?
1) mereka yg x bawa kad pengenalan
2) mereka yg x bawa slip peperiksaan
persoalan yg sy nak bawak kat sini ialah, mengapa sampai lupa benda2 penting? kad pengenalan terutamanya..korang bukan budak kecik yg perlu mak bapak simpan ic dlm almari.kenapa takut hilang? itu bermaksud korang x mampu nak jaga diri sendiri lagi.
slip peperiksaan..nape bole tinggal?bukan ke korang nak amik pekse..cmne bole lupa.bukan ke kita dah masukkan siap2 dlm bekas pensel atau pen?..kekadang sy pelik tengok perangai korang ni..sy bagi contoh..korang nak pergi memancing..tapi lupa nak bawak joran..kan pelik namanya..nak pergi berenang..tapi lupa bwk baju khas utk mandi..kan ke bangang..maaf sy cakap camni.tapi itulah realitinya..
sebenarnya benda2 ni dah dilatih masa korang terlibat dengan sesuatu acara yg mewakili sekolah.dah pesan siap2 lama dah.bawak ic, bawak surat kebenaran..sok pagi dah nak bertolak elok je cakap lupa bawak..nak je sy lempang org cmnih..benda2 penting pun lupa nak bawak..sok nak kawin pun masa nak akad nikah, lupa nak bawak bakal isteri..
itulah dia sikap korang yg dari dulu x berubah dan x akan berubah..percayalah, nnti katakan korang dpt interview nak kerja atau masuk univ, mesti ada benda yg tertinggal yg perlu di bawa masa interview tuh..semuanya bermula dari bangku sekolah lagi..
pe yg sy harapkan, ubahlah sikap yg x patut macam ni..untuk kemajuan dan kepentingan korang jugak.anda mampu merubahnya..
Wednesday, November 18, 2009
satu prosedur...
tahun 2009 ni menyaksikan banyak kejutan berlaku.antaranya gempa bumi kuat di Indonesia dan juga H1N1 yg tersebar ke seluruh dunia nih.
bagi mengambil langkah berjaga2 pihak kementerian pendidikan telah membekalkan facial mask dan juga sanitizer utk kegunaan pelajar dan guru2 sepanjang exam nih..sbbnya gelombang kedua H1N1 adalah lebih merbahaya..ini bermaksud segala ubat dan vaksin utk cegah H1N1 dulu dah x bole pakai..sbb virus ni dia dah tingkatkan imunisasi dia yg buatkan diorag x lut ngan segala ubat kat spital..
tengok tu virus pun pandai buat sistem pertahanan sendiri..tapi facial mask yg diberi tu x lah wajib pakai.sape yg rasa dia selsema pakai lah..jgn aniaya org lain plak.kalau demam bagi tau cikgu ngn segera.jgn bimbang.bole jawab pekse lagi.tapi kat bilik yg berasingan..
yg sy pernah tengok masa PMR hari tuh, orang bagi mask suruh pakai tutup mulut, tutup hidung..bebudak tuh dapat mask dia tutup mata..pe lagi tido la masa exam..memang x patut betul.lain yg di suruh, lain yg di buat.hehe
pe pn lantak korang lah.hehe..balik rumah kena sebat ngn mak bapak
Dah bermula..
hari ni 18 november 2009 secara rasmi bermulalah bulan peperiksaan SPM dan STPM bagi pelajar2 di seluruh Malaysia terutamanya pelajar SSAAS kita nih..
Satu peperiksaan yg menentukan masa depan korang sume...tolak ke tepi upsr, pmr apatah lagi setakat pep akhir tahun tu..x de maknanya..dan pep SPM lah pep yg sebenar dlm hidup..ramai yg lebih kurang je result upsr dan PMR dia, tapi SPM result dia yg terbaik..hehe
begitulah kesungguhan para pelajar nak buat yg terbaik.ada yg x tido malam.study group la..dan lain2..sy yakin malam tadi pun mesti ada yg termimpi2 jwb pekse utk hari nih..sayangnya x ingat soalan pe yg dia jawab.kalau x dapat soalan bocor lah.hehe
mak bapak pn kena tempiasnya..dlm bulan exam ni diperhatikan ada yg mak bapak yg beri special attention utk anak dia.ckp je nak makan pe.kejap lagi dah ready la.semuanya demi anak tersayang...tapi kalau x cemerlang gak.alamat kena makan penampar lah.hehe...sabar pakcik..hehe..
pe pn sy ucapkan selamat maju jaya dan all the best...
Tuesday, November 17, 2009
baru...
semalam merupakan hari pendaftaran pelajar2 baru ting satu..jadi ramai la pelajar yg datang ngn mak ayah diorang..kecik2 je.muka semua suci2 belaka..hehe.maklumlah dari sek ren masuk sek men.hehe..jadi junior balik la.kalau dulu ms darjah 6 ada antara diorg yg buli bdk kelas rendah..hah sekarang diorang yg jadi paling kecik plak..itulah putaran alam.semalam kita diatas, hari ni kita dibawah plak..
jadi cikgu2 yg masih tinggal di sekolah, bergilir2 jaga kaunter.maklumlah dari pagi sampai petang katakan.pastu ditambah ngn hujan plak.pedaftaran diadakan di kantin je..ok skit.tempat luas bnyk meja kerusi yg bole digunakan utk duduk oleh parents.
harapan kami guru2 agar pelajar yg baru masuk ni menjadi murid yg cemerlang akhlak dan pelajaran..jangn diikut perkara negatif abang dan kakak korang di SAAS nih..
Monday, November 16, 2009
aman damai sentosa sejahtera
hari ni minggu akhir persekolahan..maksudnya minggu depan dah long holiday.hehe.emm kat sekolah pelajar dah dicutikan..x de seorang pun yang ada.cikgu pun ada yg gi mesyuarat.senyap sunyi lah jadinya.di tambah plak dengan huja yg setia mencurahkan airnya.buatkan sy sempat je tertido tadi..hehe.bestnya..
tapi banyak je keje x siap lagi.laporan lah..buku itu, buku ini..macam2 lagi..insyaAllah nnti sy buat satu-satu..akhirnya siap juga..begitulah juga skripnya setiap tahun,pi mai pi mai tang tu lah..hehe
pe pun sekolah memang aman damai sentosa sejahtera...
Tak berapa sihat skit...
sy sejak balik dari PD ni rasa cm x sedap badan skit..kepala pening2..dah dua hari nih..cm bingung je.tapi masih waras lagi.tu sebab nak update blog pn rasa cm berat je..huhu
skarang dah beransur skit.tapi kalau bangun tido pening balik..dah makan ubat ngn vitamin.tapi masih berdenyut2 lagi.nasib baik kat sekolah x de pelajar.bole rileks2 skit.tu pun dah tertido tadi.hujan plak tu..hehe
InsyaAllah dah ok nnti sy aktif update blog bebanyak.hehe
Saturday, November 14, 2009
Tak pandai sangat pun...
bercakap pasal berenang ni..sy bole dikategori dlm kumpulan yg x berapa pandai la.tapi x la sampai tenggelam tmbul.hehe...karam di lautan apatah lagi..
sebenarnya sy pernah belajar floating atau terapung di Port Dickson satu masa dulu..kalau nak tau guru sy adalah seorang kanak2 kecil je..sy perhatikan je ape yg dia terangkan pada kawannya..pastu sy dengan semangat berkobar2 cuba praktikkan tips2mudah tu..hehe...akhirnya setelah beberapa kali hampir tenggelam, sy dapat juga mengapungkan dengan confident nya..yahooo....laut ni den yang punya
sampai hari ni pun tu je la yg sy tau..berenang bole gak..tapi beberapa meter je..selebihnya semput..dah tua katakan.hehe
rehat sekejap...
semalam sy x datang ke sekolah sebab kena menghadiri satu kursus di Port Dickson.so memang x pergi sekolah langsung la.hehe..kepada pelajar F2 yg sy amik hp dia pada hari khamis tu, bole la berjumpa sy pd minggu hadapan..
agaknya pe yg berlaku kat sekolah semalam..hampir separuh drpd cikgu pn x de.harap2 sy x dapat apa2 report la..kalau nak main sampan ke, bola ke...main je la..kami x larang pun.lagipun smlm hari akhir kan...harap2 x de apa2 yg pecah atau sengaja dipecahkan.maklumlah adat manusia..hendak meninggalkan kenangan atau kesan apabila berpindah ke tingkatan yg seterusnya..
sy di PD ni pn bukan makan angin je..sebenarnya ada kerja yg perlu dibuat.semuanya utk kemajuan dan kebaikan sekolah kita..
tapi apa2 pun..dapat mandi laut pun kira best gak.hehe
Thursday, November 12, 2009
Terjun...
Semalam sy baca akhbar kosmo online..sekarang x beli kat kedai.baca dlm internet je..jimat duit.hehe
ape yg menarik perhatian sy ialah artikel yg melaporkan beberapa pelajar sebuah sekolah di KL rela terjun dari bangunan sekolah semata2 takut ditangkap oleh guru semasa ponteng perhimpunan..bila ditanya nape nekad terjun.kata mereka diorang lebih takutkan cikgu yg mengantoi mereka itu..akibatnya ada yg cedera serius..nak kata x bijak.sekolah tinggi2..sanggup bergadai nyawa plak tu..
sy rasa respect kat cikgu tu sbb kehadirannya di sekolah memberi kesan kepada perjalanan disiplin sekolah.sy rasa cikgu tersebut dah tentu lelaki..masalah yg berlaku di rata2 sekolah adalah ramainya cikgu perempuan.jadi budak2 x berapa takut sangat..lagi2 kalau cikgu itu berbadan kecil dan cute plak.lagi la dipermainkan oleh budak2 yg nakal..
satu je sy nak bg tau hormatila semua guru.bukan guru yg terpilih je.atau guru yg akan mendenda kamu bila kamu buat hal..tu sume utk kesejahteraan kamu juga.
Pulang...
tika ini, saat ini dan pada hari ini InsyaAllah sy akan pulangkan semula duit yuran bola inter-class yg lalu..nnti sy akan panggil wakil setiap kelas utk amik duit2 itu.
kamu semua pun dah maklum sy dah batalkan hadiah2 tersebut kerana kecewa dengan tahap disiplin kamu terutama di surau.seolah2 x menghormati rumah Allah.dah la masuk lambat.memain masa solat dan sebagainya.memang segelintir saje yg buat.tapi bila didenda sume akan dapat benda yg sama...yg memain kat surau tu kebanyakannya budak bola..form 1 and form 2 sama je..
sy nak bagi korang pengajaran yg jangan sengaja nak memain ngn saye..sy dah kalau buat keputusan memang pedih dan drastik..sy harap korang dpt terima dengan tenang.nasi dah jadi bubur..dah basi pun lagi.
tahun depan bola inter class belum tentu ada lagi..bergantung pada sy...yg pasti pelajar form 1 yang baru masuk tahun depan sy benarkan dan juga pelajar tingkatan 5 tahun depan...tingkatan lain sume buat hal..
harap maklum
Wednesday, November 11, 2009
Bukan terpisah....
Bagi pelajar ting 2 atau ting 5, tahun ni merupakan tahun akhir kamu..yg ting 2 akan berpindah ke sebelah pagi, manakala ting 5 akan say good bye pada sek SAAS kita ni..
secara realitinya kita akan terpisah secara fizikal dengan sekolah, kawan2 dan guru2..tapi itu bukan bermakna tamat sudah segalanya.yg terpisah hanya jasad.tapi hati, ingatan dan doa sentiasa bersambung. x mungkin putus..dlm kita mengharungi zaman moden ini, kita dimudahkan lagi dengan kehadiran IT dan HP yg serba canggih..so istilah lose contact x mungkin akan wujud lagi.kita masih lagi berhubung melalui internet dan bermacam cara lagi..
pokok pangkalnya, di mana ada kemahuan di situ ada HP atau internet..hehe
Satu kejutan...
tahun 2009 ni juga menyaksikan ada satu kejutan berlaku apabila kelas pendidikan Islam yang sy ajar menghasilkan seorang pelajar yg memperoleh 95% markah dalam final exam baru2 ni.Pelajar tersebut ialah Nur Fakhrillah Syazwani..satu perkara yg x pernah terjadi sebelum2 ni..biasanya kalau dapat A pn setakat 80% atau 75% je.tapi kali ini amat membanggakan...pelajar yg gagal pun hanya 4 orang saje.satu keputusan yg bole dianggap berjaya bagi kelas hujung..
pe pun sy nak bg tau kamu semua nama kelas yg korang belajar itu adalah sekadar nama sahaja..x de beri kesan apa2 pn pada markah periksa kamu.yg penting daya usaha dan kesungguhan..sejarah sekolah SAAS membuktikan bahawa kelas C,D,E,F pn bole score A dlm PMR atau SPM..so korang x perlu rasa rendah diri dengan nama grade kelas korang tuh..kelas A plak x bole rasa selesa dan berbangga...usaha pn perlu dilakukan utk dpt yg terbaik kerana ada pelajar kelas A pn yg gagal dlm pekse..
usaha tangga kejayaan..
Tuesday, November 10, 2009
Sekalung penghargaan..
sesi persekolahan tahun 2009 sudah sampai ke penghujungnya..dah tentu korang banyak kenangan dan memori yg telah dikumpul di sekolah kita ni kan..
sy di sini ingin merakamkan penghargaan sy kepada seluruh imam dan bilal serta ajk surau yang telah menyumbang bakti semasa waktu solat sebelah petang diadakan..kalau x silap sy mereka telah menerima saguhati dr pihak sekolah dalam 2 minggu yang lepas..semoga diberkati dan diganjari oleh Allah hendaknya..berikut adalah nama Imam dan bilal sekolah kita :
1. Afiq Adli Razali - 2A
2. Fareeq Azim - 2A
3. Syahir Aiman - 2B
4. Mohd Syahir - 1C
Dan beberapa lagi individu yg x sempat sy nyatakan disini..moga kalian menjadi contoh yg baik kepada rakan2..
Terima kasih diucapkan sekali lagi
Tak sempat sangat hari nih..
pepagi lagi seawal jam 7.30 sy dah bertolak ke klinik pelabuhan kelang utk routine check up anak sy..nasib baik jap je..pakai org dalam lah.hehe.so laptop pn x bwk ke sekolah.sbb minggu lepas dan minggu ni sy fokuskan utk latihan bola bersama pelajar Form 1..
kat sekolah plak de meeting KOKO sampai pukul 4..kira penat gak.ye la duduk lama sgt.nasib baik petang x hujan.jadi bole la main bola sekejap.
Monday, November 9, 2009
Penat sikit...
memandangkan sy nak cepat tahu result pelajar sy dlm final exam tahun nih, sy gagahkan juga menanda kertas malam tadi..mula pn agak lewat skit..mula2 kat atas, pastu berterusan kat tingkat bawah plak.depan TV..masa kat atas tuh sy tanda kertas sambil dukung anak..hehe.jadi korang x de alasan la x bole buat ape2 sbb busy..tengok sy sambil dukung anak pn bole ke lagi..masa on9 pn kkdg dukung dia juga..first lesson to IT world.hehe
dah selesai tanda kertas..tup tup game super sunday Chelsea vs Manchester United dah mula.pe lagi layan lah..A high quality match that Malaysians cannot play..hehe.Dont be mad tau..penuh debaran gak..tapi akhirnya only one winner stand proud - THE BLUES..
Makluman...
mungkin sesetengah pelajar bertanya kepada sy, atau bertanya pada diri sendiri atau pada kengkawan tentang sesi latihan bola yg diadakan sewaktu hari persekolahan sejak akhir2 ini..untuk makluman semua ingin sy jelaskan itu adalah sesi latihan biasa saje..tujuan sy amik pelaja form 1 main ngn sy adalah kerana diorang ni sedikit berdisiplin dari pelajar lain..hehe..
lagi satu, sy x amik ramai pelajar sgt sebab nnti main x best..penuh plak padang tuh.harap semua maklum..sy saje amik peluang bermain bola ini setelah hampir 3 bulan x meyepak bola tersebut..sejak datangnya bulan Ramadhan hari tuh.
sy amik kebanyakannya adalah pasukan OZTEAM sy mungkin utk memudahkan perancangan memilih pemain utk mewakili sekolah dlm kategori U15 tahun depan.ada juga pemain yg akan digugurkan nanti..
harap maklum..
TAHNIAH..
setelah diperkenankan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia, maka sy dengan sukacitanya mengumumkan keputusan peperiksaan Pend Islam bagi ting 2 Amanah yang berakhir pada tahun 2009 ini..berikut adalah keputusan tersebut :
grade A - 28 ORANG PELAJAR
grade B - 3 ORANG PELAJAR
Markah tertinggi : 96% - AHMAD NIZAR AHMAD KAMAL
Saya sebagai guru yg mngajar mereka sepanjang tahun ini mengucapkan sekalung tahniah dan syabas di atas pencapaian yg memberangsangkan ini..kekalkan kecemerlangan anda untuk menghadapi peperiksaan PMR yg sebenar..
harap maklum..
Sunday, November 8, 2009
Berjaya akhirnya...
ni masih lagi tentang kisah kucing di bawah..semalam sy berpegang kepada usaha tangga kejayaan..sy sekali lagi membuat intipan rahsia terhadap kucing tu..bila nampak sy je dia terus masuk ke ruangan enjin kete.tanpa menoleh kiri atau kanan sy terus bukak bonet enjin.nampak la kucing putih tu tergantung pd salah satu komponen enjin..sy membuat teknik kaunseling individu..hehe..(untuk orang pun bole)..setelah berjaya diperdayakan, sy dengan pantas dan rakusnya menangkap dia..kucing tu dari mula tadi buat muka innocent dan x bersalah, berasa sedikit terkejut.namun dia x melawan apa2 sebab sy membuat teknik tangkapan ala mafia dan gestapo.iaitu dua kumpulan samseng terkemuka dunia..akhirnya kucing yg kecik tu pun tewas dengan sy yang besar ni..hehe
nak bawak mana kucing ni?masuk mahkamah kerana menceroboh..nampak sngt ketidak bijaksanaan sy.hehe..jd utk menutup saje kes ni.sy menjatuhkan hukuman buang negeri pd kucing tersebut sebagai pengajaran.hehe..
Saturday, November 7, 2009
Terungkai jua misteri itu...
selama 2-3 hari ni sy terdengar suara anak kucing mengiau memohon simpati atau bantuan..dia berbunyi waktu malam hari je.bunyi ada.tapi bayang kucing x de.misteri sungguh.tp x pe.sy gagahkan juga cari.keesokannya pn sama..perkara yg sama berulang kembali.
hinggalah pd pagi semalam sy ternampak kelibat seekor kucing putih..apabila saya buka pintu je.langsung x de.bunyi2 yg memecah keheningan pagi tu pun secara tetiba terhenti.persoalan semalam masih tidak berjawab lagi.memandangkan waktu siang sy mencari sedaya upaya di sekeliling kereta, di celah pokok bunga.dalam longkang.tapi tidak ketemu jua.kemanakah kucing itu pergi.adakah satu cubaan dan jelmaan menduga saya...terdetik juga macam tu dalam hati.tapi sy tenangkan juga fikiran yg mula diselimuti misteri itu.
dan pd pagi ni, sy terdengar lagi rengekan itu..sy buka pintu.sekelip mata ghaib dari pandangan.sy cuba start enjin kereta.mana tau menyorok di balik tayar.akhirnya sy terfikir satu idea.sy buka bonet enjin..dan itu dia yang sy cari selama ini...dia menyorok di celah komponen enjin yg sempit itu.sy dah cuba halau..cucuk dengan kayu utk takutkan dia..dah siram air.tapi x berjaya juga..
satu misteri dah terungkai cuba satu masalah lain yg datang..dah start enjin pn x lari lagi ni.cmne la sy nak bawak kete tuh.huhu..
Friday, November 6, 2009
Ramai pulak.....
semalam memang sy ingatkan nak buat ujian PAFA pd kelas2 agama sy.tapi nampaknya x berapa berjaya sangat.sbbnya ramai pelajar yg x datang..kelas 2A hanya 9 orang je yg datang.kelas lain ada gak sampai 16 dan 17 orang..pe pn sy buat je mana yg boleh.
Ujian PAFA ni penting utk korang mendapat sijil PAFA semasa form 3 nnti.mana yg x lengkap ujian diorang masa form 1 dan form 2 ni, akan menjejaskan peluang korang nak dapat sijil tuh.
tapi terpulang pd korang la.kalau pentingkan kemajuan akademik dan pelajaran, maka lengkapkan la pe yg patut ye.hehe
akhirnya..
Akhirnya semalam dpt gak sy main bola kat sekolah..pelajar yg terlibat sy kumpulkan dulu selepas rehat.yg paling penting solat asar dulu.dah selesai kitorang pergi ke basketball caourt..
pas bola dipam..itupun x berapa cukup angin, kami teruskan je sepak..kaki plak rasa sengal2..maklumlah dah hampir 3 bulan x menyepak bola kan.hehe.dalam sakit2 tu pun masih lagi menyecore beberapa bijik gol..jangan mare ye.
dan utk menambah kenangan semalam, kasut yg saya gunakan dah tercabut bahagain depannya.lagpun memang dah lama nak terkoyak dah..emm pe lagi permainan pn dihentikan.pemain2 lain pn nampak cam dah keletihan.maklumlah dah hampir satu jam berlari..
InsyaAllah hari ni kami sambung lagi..hehe
Thursday, November 5, 2009
Mengecewakan...
semalam juga selesai sudah sy memulangkan kertas jawapan exam pend Islam kepada ting 1B...keputusan diorg amat mengecewakan..hanya 10 orang je yg dpt A..yg lain cukup2 makan je..yg paling sy nak marah, bole ada yg fail!!..mcm mana bole jd camni..yg sy perhatikan mereka yg dapat cukup2 makan ni pun adalah mereka yg banyak main, kurang fokus dalam kelas, dan terikut2 gelagat dan perangai kawan...
sebagi kelas yg agak terkehadapan, korang mesti mendapat sesuatu yg lebih baik dr kelas lain.ni x, result pn lebih kurang je.memang mengecewakan lah..sy x pasti samada tahun depan mereka akan kekal lg kat kelas B itu..kemungkinan besar separuh dari mereka akan terdampar ke kelas yg lagi bawah..sbb sy mendapat maklum bahawa utk subjek2 lain pn prestasi mereka memang teruk tahun ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)