Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Idul Adha..

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...



esok buat sekelian kalinya akan menyambutlah Umat Islam seluruh dunia akan hari raya Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban di Malaysia..

sambutan demi sambutan kita raikan saban tahun.buat kanak2 pd masa ini adalah waktu utk bergembira.utk yg dewasa mereka akan mengambil kesempatan utk berehat dari penat bekerja..namun adakah itu tujuan atau fungsi hari raya ini disambut.? ramai di antara kt yg menjadi pak turut.hanya mengikuti apa yg org lain lakukan.bila org pergi solat sunat, dia pergi..org tengok ibadah Qurban dilaksanakan, dia pun ada kat situ.ramai yg x memahami pe sebenarnya Hari Raya Haji ini..

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...

Dari segi sejarahnya..dinamakan hari raya Qurban adalah utk memperingati kisah Nabi Ibrahim yg berkorban jiwa dan raga hanya utk mematuhi perintah Allah.Kita dapat saksikan Siti Hajar ditinggalkan dilembah yg tiada air bersama anaknya Ismail..selepas itu diperintahkan pula Ismail supaya disembelih.dengan keimanan yg kukuh dan tanpa bersoal jawab dengan Tuhan.Nabi Ibrahim dengan rela hati melaksanakan semua perintah itu.Namun Tuhan dengan sifatNya yg Maha Penyayang telah memerintahkan pula agar diganti seekor binatang dengan Ismail yg patut disembelih itu.Oleh itu kita dapat lihat sempena dengan Hari Raya Qurban ini, ramai umat Islam tidak melepaskan peluang utk melaksanakan Ibadah Qurban ini demi memperingati kisah pengorbanan tertinggi tersebut..

Dinamakan juga Hari Raya Haji berikutan Umat Islam mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah ini..kita dapat saksikan lebih kurang hampir 3 juta orang mengunjungi Kota Suci Mekah bagi mendapatkan keredhaan Allah..





Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...

Perlu diingat bahawa Hari Raya Qurban ini bukanlah hanya cuti umum yg membolehkan kita berehat, bersantai , beraya bersama keluarga sahaja.namun apa yg lebih penting roh pengorbanan itu dapat kita jiwai.di mana pengorbanan kita utk menegakkan roh solat itu sendiri.sedangkan kita sendiri jarang atau kadangkali tertinggal solat dengan sengaja..di mana pengorbanan kita utk menjadi Muslim yg sejati?adakah sekadar menyebut sahaja di bibir?..pengorbanan utk peringkat awalnya adalah bermula dengan diri sendiri.dan dari dalam diri kita sendiri.perkara utama yg mesti dibuat, adalah mengorbankan nafsu serakah dan jahat yg sentiasa membelit jiwa dan fikiran kita.berjuang bersungguh2.lawan apa saje bisikan negatif dalam telnga kita..hanya selepas kita berjaya membebaskan diri kita dari anasir yg kurang baik ini, barulah kita dapat menjadi Muslim yg berkualiti seterusnya dapat membangunkan umah ini secara keseluruhannya..Wallahu A'lam

selamat hari raya Idul Adha...

Niat solat sunat esok :

Sahaja Aku Solat sunat Idul Adha 2 rakaat mengikut imam kerana Allah Taala

Rakaat pertama 7 kali takbir
Rakaat kedua 5 kali takbir....

1 comment:

  1. perempuan yg uzur walaupun x bole solat tapi digalakkan dengar khutbah bagi mendapat manfaat dan pengajaran...cuma dengar dari luar kawasan tempat solat lah..

    ReplyDelete