Saturday, November 21, 2009

maka dengan rasminya...


hari ni dengan rasminya kamu semua dan juga saya diisyhtiharkan bercuti sekolah sehingga bulan satu ni...hurraaay...ini bermakna tiada sekolah, pen, pensel, buku dan kawan2..hehe.kita lupakan sume tu.inilah waktu kita berehat setelah hampir setahun bertungkus lumus bersekolah.tu utk yg bersungguh2 je.bagi yg bersungguh2 bermain-main waktu sekolah pun sy ucapkan selamat bercuti juga la..

sy percaya ada setengah pelajar tidak berapa gemar bercuti panjang sbb inilah masanya mereka x dapat berdampingan ngn kawan2..ini bermakna tiada aktiviti seronok2 atau aktiviti yg melanggar peraturan yg bole dibuat..bagi golongan ini cuti sekolah panjang amat membosankan.mujurlah kita berada dlm kecanggihan teknologi.dapatlah kita beronline walaupun pd zahirnya jasad kawan kita tiada di depan mata.

nasihat sy, jngnlah buat perkara yg kurang bijak, atau memang x bijak pun ms cuti sekolah nih.dengarlah cakap mak bapak..yang penting x tinggal sembahyang.

selamat bercuti dan harap kamu pun selamat.hehe

1 comment: