Tuesday, December 8, 2009

Memalukan..


sy merasa terpanggil utk mengulas laporan akhbar semalam yg mendedahkan skuad bola sepak kita sudahlah kalah, kemudian menyerang pula pengadil perlawanan sehingga pihak polis terpaksa campur tangan di Laos..

pertama, skuad kita kalah lagi.di mana mutu bola sepak negara.tahap pemain masih sama.macamana nak merangkul juara dunia.negara dari jiran sendiri pun belum mampu ditewaskan.

yang kedua, sy ingin bercakap soal sikap kita rakyat Malaysia..kenapa perlu bergaduh dalam sukan.serangan psikologi adalah lumrah.namun emosi perlu dikawal.lebih memalukan pihak polis negara terbabit terpaksa campur tangan.masksudnya perbalahan itu amat serius dan dahsyat.

sy berpandangan tidak berapa hairan bg sy perkara ini berlaku.kita sorot kembali perlawanan bola di SAAS.baru bertanding peringkat kelas dah bergaduh ngn kawan.pertikai keputusan referee..bila lawan antara sekolah gaduh ngn pemain sekolah lain.main bola Liga Malaysia pun gaduh juga.jadi kalau pergaduhan dah menjadi budaya.sikap negatif ini akan dibawa ke mana sahaja diorang pergi.dan yg terbaru adalah seperti berita di atas lah..

sy berpandangan budaya ini bermula dari sekolah.berbuih mulut cikgu nasihatkan main kena disiplin.jgn main kasar dan sebagainya.namun masih tetap berlaku dan berlaku lagi.tidak diendahkan langsung nasihat guru.apa yg terdaya nak dibuat lagi kalau jalan sedemikian yg korang pilih.dab hasilnya kalau diperingkat antarabangsa, jelas sekali memalukan naman negara.

Fikir2kanlah.....

1 comment: