Sunday, December 27, 2009

nak pergi mana ni..??


sy pasti dengan yakinnya sebilangan pelajar ting 3 yg cemerlang dlm PMR baru2 ni sudah bermula bermain dengan dilema..mungkin ciptaan sendiri atau yg sememangnya diajukan oleh parents korang...ya..kemana aku mesti pergi selepas ini? kekal di SAAS atau terjun ke alam baru di asrama penuh...

keinginan, perasaan dan cita2 bercampur baur.hampir longlai minda dibuatnya.kerana apa.kerna semakin difikir semakin sempit dan buntu jawapannya.yg sememangnya pd ketika ini tiada jawapan yg bakal menjelma." elok lah pergi ke asrama tuh, utk masa depan kau juga"..mungkin kata2 ibu itu yg terngiang2 di benak korang." nape nak pegi plak.x best la.kitorang dah x de geng kat sini.."..satu lagi situasi yg merejam minda yg sudah tersedia menggelegak..kawan2 plak merayu.aduh mau ke mana aku...

sebagai seorang dewasa dan guru, sy ingin menasihati korang.pergilah terima tawaran ke asrama penuh itu.utk masa depan kamu juga.sbb suasana pembelajaran sungguh berbeza.tiada terpekik terlolong pelajar yg nakal.tiada kes ponteng kelas.semua dengan khusyuk menanti bait2 ilmu yg terhambur dari mulut cikgu kalian..memang kalau nak diikutkan hati muda ni, dah tentu korang lebih suka lepak ngn kengkawan di SAAS.tp perlu diingatkan kawan2 datang dan pergi..tapi kejayaan hanya sekali sahaja.fikirkanlah semasak2nya utk diri dan masa depan anda..

utk yg Muslim, sembahyang istikharah lah kamu.mohon petunjuk dan bantuan dari Tuhan.Dia lah yg Maha Perancang dan Maha Mengetahui..

No comments:

Post a Comment