Friday, January 22, 2010

kebetulan je...


sejak dua menjak ni sy kekadang terfikir bila bersendirian.akan ssuatu perkara yg mungkin hanya kebetulan je..ianya masa saya ditugaskan menjadi guru bertugas mingguan.


pernah pada minggu lepas di perhimpunan sekolah saya sampaikan rasa kekhuatiran sy kepada para pelajar tentang kalau berlaku kes patah tulang kat sekolah kita.dengan erti kata lain.berlaku kemalangan lah.sebelum ni pun pernah terjadi waktu sy bertugas, pelajar jatuh dr bumbung tingkat satu.sy gak yg kena iring dia dalam ambulan hingga ke hospital.sy dengan penuh harapan berdoa agar semuanya selamat masa sy jadi guru bertugas.sy pun sedikit kebingungan pasti ada saja kes begitu apabila tiba giliran sy bertugas.


jadi minggu lepas sy menarik nafas lega sebab tidak ada laporan kes pelajar patah2 kat sekolah.patah hati x tau lah plak sy kan.hehe.namun semalam masa pelajar tingkatan satu menjalani ujian darah di dewan sebenarnya ada kes patah tangan masa sy bertugas.sy terkejut beruk masa tuh.x tau pun.x de sape laporkan.rupa2nya kes tu berlaku di luar kawasan sekolah dan waktu persekolahan sudah pun tamat..perghh nasib baik..


namun misteri kes patah tangan masa sy bertugas masih lagi menjadi satu misteri.adakah satu kebetulan?anda fikirkan sendiri..hehe

No comments:

Post a Comment