sy sebenarnya berat hati nak denda pelajar.tapi memandangkan ianya akan membawa kebaikan pada semua, maka saya gagahkan hati juga.ceritanya begini, minggu ni merupakan minggu di mana sy bertugas.maka saya juga dipertanggungjawabkan menguruskan perhimpunan mini sebelum waktu pertama.
yang menjengkelkan adalah ada sebilangan pelajar yg sengaja dan berniat utk melambatkan diri mereka utk berada di tapak perhimpunan dengan segera.kalau lambat beratur kasihan plak kengkawan lain yang setia menjunjung pertauran sekolah.
semalam sy dah dapat menahan sekumpulan pelajar.kebanyakannya form 1.jadi sy lepaskan dengan amaran sbbnya mungkin mereka masih baru dan tidak berapa faham sistem di sekolah kita.tapi hari ni no mercy lah..ada pelajar dengan senang hati melewat2kan waktu.ada yg f1 dan ada yg form 2, maka sy mintak mereka menulis "saya tidak akan datang lewat lagi" sebanyak 100 kali.tempohnya sampai sebelum balik..
nama dioarng semua sy dah amik.kalau diikutkan tadi hanya beberapa kerat saja yg hantar,maka nampka cam nak mencabar saya ye.ok x pe.esok siaplah korang.sy akan panggil nama2 yg gagal patuh arahan dan denda tersebut..
No comments:
Post a Comment