satu demi satu jarum jam itu berdetik.setianya pada masa x pernah luntur.biar pun ribut dan hujan di luar, namun dia masih tetap dengan tugasnya..x sesekali dia amik pusing hal orang sekeliling..
ahh sudah hampir detik 12 malam tahun 2009..getus hatiku.terasa seperti baru semalam aku berteriak di katil hospital bersama ibuku yg terduduk keletihan..terasa seperti baru semalam aku melangkah kaki ke bilik darjah satu bersama jiran comelku.terasa seperti belum puas aku menikmati alam ria persekolahan dahulu..aku mendengus lagi.seraya memoriku ligat memutarkan momen2 indah yg pernah aku lakonkan selama ini.kadangkala aku senyum sendirian.betapa kenangan itu tetap utuh.x mungkin sekali akan luntur..
kini aku semakin terasa diriku sudah dimakan usia.tak terduga sepantas ini masa bertukar.tanpa salam tanpa bicara, masa tetap seperti itu.kini aku seolah2 mengisi putaran roda hidup yg sememangnya telah ditetapkan oleh Rabbul Izzati.tanpa soal tanpa kata aku terima seadanya..Oh Tuhan ampunkan hambaMu ini.yg setiap detik mengumpul dosa yg semakin membukit.Bagaimana agaknya mau ku berdepan denganMu nnti.sungguh aku tidak layak ke FirdausiMu namun x juga aku tegar ke Jahannam itu..
Wahai Yang Maha Pengasih, suluhlah detik hidupku yg masih berbaki ini ke jalan redhaMU..Gagahkanlah hati ini menempuh segala dugaan.insan kerdil sepertiku ini tidak sebanding dengan kekasih-kekasihMu..namun aku tetap memohon agar sinar hidayahMu tetap tersilau dalam kalbuku....
Salam Tahun Baru 1431 Hijrah
Wednesday, December 30, 2009
Tercapaikah?..
kalau kita lihat di dinding sekolah atau di dalam dewan tun sri lanang kita tuh..terdapat misi dan visi sekolah kita.itu bermaksud ke mana pihak sekolah nak bawa semua pelajar dlm perancangan mereka..visi sekolah kita ialah "smkssaas akan menjadi sekolah cemerlang kebanggan semua pada tahun 2010"..
emm tahun 2010 terpisah hanya satu hari lagi.selepas itu bermula la tahun yg dinanti2 utk kita semua warga saas melihat hasilnya.adakah tercapai atau tersungkur di tengah jalan.tiada siapa yg bole beri jawapan..kalau kita lihat dari result pmr baru2 ni.bunga2 kegembiraan itu sudah mula berputik..dari tahun ke tahun sek kita semakin baik pencapaian akademiknya..
utk mencapai sesuatu yg terbaik pasti ada halangan.amik saja contoh kita nak menggapai buah mangga yg masak ranum.sudah tentu tinggi melangit di atas pokok.semudah kita menghulur tangan ke utk memetiknya.sudah tentu tidak..ada yg memanjat, ada yg mengguna galah dan ada yg akan membaling saja dengan batu.pendek kata cara utk mencapainya pelbagai.begitu juga nak mencapai kejayaan dlm hidup kita, kalau tidak berhasil cara yg pertama, kita cuba cara yg selainnya..begitulah cabaran dan dugaan nak mencapai kejayaan..
kejayaan itu manis tetapi melalui cara yg pahit..
sama2 lah kita mengharapkan yg terbaik dari sekolah kita.Amin..kejayaan sekolah kejayaam kita semua..
Tuesday, December 29, 2009
Analisa keputusan PMR 2008-2009
2008
jumlah calon - 257
bilangan gagal - 29
bilangan calon lulus - 228
% lulus - 88.72
semua A - 30 pelajar
2009
jumlah calon - 242
bilangan gagal - 18
bilangan calon lulus - 222
% lulus - 92.56
semua A - 37 pelajar
Majalah sekolah.
tadi sy mendapat maklum bahawa majalah sekolah akan dikeluarkan pada 31 Disember ini.Majalah tersebut akan dikumpul oleh guru tingkatan masing2 dan mengikut jumlah pelajar di dalam kelas.
majalah sekolah diterbitkan sedikit lewat pada tahun ini disebabkan de beberapa masalah teknikal.pe pun akhirnya pembikinan majalah tersebut sudah menjadai kenyataan.InsyaAllah pada hari pertama pembukaan sekolah nnti kamu boleh menuntut majalah tersebut daripada guru tingkatan masing-masing
Monday, December 28, 2009
berubah..
tirai 2010 bakal muncul tidak berapa hari lagi.ramai yg ternanti2..ramai juga yg buat x kisah je.hehe
esok dah mula meeting antara cikgu2 di sekolah.bnyk perkara yg akan dibincangkan.sy pasti terdapat beberapa perubahan dlm perjalanan pentadbiran sekolah.secara tidak langsung urusan harian kita bersama pn akan terima perubahannya..
sy amik skop sukan contohnya.sy sebagai pengurus kejohanan olahraga sekolah ingin memaklumkan terdapat sedikit perubahan dlm sistem sukantara misalnya.mungkin ada acara yg digugurkan.tu pun semuanya mengikut kesesuaian nnti.yg pastinya berubah.peraturan sukan dan tapisan ketat utk mewakili sekolah juga akan dikuatkuasakan.
keadaan kelas mungkin x banyak berubah.yg pasti lampu dan kipas masih baru lagi.rasanya sticker pun belum cabut.hehe.semua itu x penting.yg lebih utama sikap dan azam kamu.selari dengan perubahan masa, pastikan kamu juga berubah kepada yg lebih baik.manusia tak sepatutnya kekal pada tahap yg sama sepanjang masa.umpama kita x bergerak langsung.
jadi perubahan penting utk kita berubah.fikir2kanlah
Sunday, December 27, 2009
nak pergi mana ni..??
sy pasti dengan yakinnya sebilangan pelajar ting 3 yg cemerlang dlm PMR baru2 ni sudah bermula bermain dengan dilema..mungkin ciptaan sendiri atau yg sememangnya diajukan oleh parents korang...ya..kemana aku mesti pergi selepas ini? kekal di SAAS atau terjun ke alam baru di asrama penuh...
keinginan, perasaan dan cita2 bercampur baur.hampir longlai minda dibuatnya.kerana apa.kerna semakin difikir semakin sempit dan buntu jawapannya.yg sememangnya pd ketika ini tiada jawapan yg bakal menjelma." elok lah pergi ke asrama tuh, utk masa depan kau juga"..mungkin kata2 ibu itu yg terngiang2 di benak korang." nape nak pegi plak.x best la.kitorang dah x de geng kat sini.."..satu lagi situasi yg merejam minda yg sudah tersedia menggelegak..kawan2 plak merayu.aduh mau ke mana aku...
sebagai seorang dewasa dan guru, sy ingin menasihati korang.pergilah terima tawaran ke asrama penuh itu.utk masa depan kamu juga.sbb suasana pembelajaran sungguh berbeza.tiada terpekik terlolong pelajar yg nakal.tiada kes ponteng kelas.semua dengan khusyuk menanti bait2 ilmu yg terhambur dari mulut cikgu kalian..memang kalau nak diikutkan hati muda ni, dah tentu korang lebih suka lepak ngn kengkawan di SAAS.tp perlu diingatkan kawan2 datang dan pergi..tapi kejayaan hanya sekali sahaja.fikirkanlah semasak2nya utk diri dan masa depan anda..
utk yg Muslim, sembahyang istikharah lah kamu.mohon petunjuk dan bantuan dari Tuhan.Dia lah yg Maha Perancang dan Maha Mengetahui..
Saturday, December 26, 2009
Kali ke-2..
tadi sy mengahdiri satu majlis pernikahan sepupu sy di Ampang selangor..seawal jam 5.30 pg sy dah bangun.utk menyiapkan diri dan anak sulung sy.sy harus bergegas cepat dan tiba di sana tepat pd masanya kerana sy diberi tanggungjawab sebagai jurucakap dan pengacara majlis nikah tersebut..ini adalah kali kedua..
pada mulanya sy terkedu jugak.kita semua maklum majlis besar dan penting macam tuh mestilah hanya didominasi oleh org yg agak berumur skit.segan juga rasanya org muda seperti sy utk bercakap di majlis itu.namun pilihan jalan keluar tertutup rapat.sy cuba sedaya upaya memberi yg terbaik utk menjayakan majlis.
alhamdulillah semua berjalan lancar.syukur kepada pengalaman acapkali menjadi pengacara majlis di sekolah..
utk kesimplannya pengalaman adalah pelajaran terbaik utk hidup kita.sama2 kita renunginya..
masih tersenyum...
manusia hidup penuh dengan perasaan dan kenangan.apatah lagi kalau sesuatu itu cukup bermakna dlm hidup seseorang itu..kekadang apabila termenung sendirian terasa kejap masa berlalu dan pergi.seolah semalam sy mengambil result spm dan pergi sendiri ke KL bersama rakan utk permohonan masuk universiti.sungguh manis momen itu.x mungkin dpt sy lupakan..tiada pengalaman yg lebih manis dlm hidup sy..
sy berbicara tentang kejayaan spm sy bersempena dengan kehangatan result pmr yg baru keluar semalam.cuma apa yg sy ingin kongsi adalah betapa pendidikan yg terbaik amat penting dlm kehidupan.disamping ilmu penuh di dada, kita akan dihormati kerana ketinggian pengetahuan kita..
oleh itu sy menyeru kepada korang agar jgn pandang ringan kepentingan peperiksaan di sekolah.apatah lagi PMR dan SPM..ada je pelajar yg sambil lewa dan tidak menaruh harapan langsung untuk berjaya..ingatlah kami cikgu2 hanya beri petunjuk dan nasihat yg betul utk berjaya..namun anda yang menentukan kejayaan ituh..
Friday, December 25, 2009
sudah tiba..
minggu depan minggu akhir percutian utk kita.bgi ckgu2 minggu depan dah kena dtg sekolah.de meeting macam2.semuanya utk kebaikan korang.lagi satu mesti ada analisis dan post morterm result pmr korang.ada cikgu bagi tahu sy td secara umumnya semua subjek ada peningkatan..baguslah camtu
kalau diimbau masa lampau x de la sampai 28ribu pelajar dapat 8A..tapi jgn dilupa kualiti pelajar pd waktu tu amat baik.sekarag dah banyak kemudahan.internet, kelas tusyen, buku nota.pendek cerita sume dah tersedia utk korang.tu sbb ramai dapat straight As kali ni..
emm klau x silap sy gak mnggu depan ni adalah hari mengambil buku teks bg pelajar ting 4 tahun 2010..datng yek jgn x datang..jangn terlampau gembira sgt plak..
ye lah..org kata ting satu dan 4 adalah honeymoon years..betul ke.?hehe
Thursday, December 24, 2009
D-Day..
Hari ni 24 Disember..hari yg penuh sejarah bg pelajar PMR.segala yg dinanti, yg ditunggu sudah tiba..kalau dulunya ada riak2 cemas dan suspen, hari ni sudah terungkai.mahu saja senyum selebar2nya...kalau dulu resah dan gelisah, hari ni sudah mula berjenaka..begitulah lumrah alam.ada pasang dan surutnya..
sy mendapat maklum ramai pelajar kita mendapat 8A..Tahniah..tapi sy x mau terus teruja dengan berita ni.kerana ianya belum tentu sahih dan sah.sekadar meraikan saja cerita tersebut.kalau memang benar.selayaknya pujian dan sekalung penghargaan dari kami cikgu2 kepada anda semua..
cuma hari ni kita bole lihat beberapa suasana di sekolah.ada tersenyum girang.ada yg berpelukan.ada yg terduduk keseorangan.ada yg buat x kisah je.x de perasaan.tapi itu adalah suasana yg mana kita manusia sebagai pelakonnya.memang emosi dan perasaan hari ini amat pelbagai..seakan-akan drama yg kita selalu lihat di kaca tv.tapi hari ni tertayang langsung di depan kita..
yang berjaya sekalung tahniah, yang kurang berjaya harapan masih ada lagi utk kamu.berfikirlah jauh kehadapan.SPM sedia menunggu.bersedia dan berazamlah..
senarai sekolah terbaik PMR peringkat kebangsaan mengikut kategori :
1) sek agama imtiaz terengganu ( kategori sek agama )
2) smk bandar baru bangi jln 4 ( kategori sek harian )
3) sek sri putri cyberjaya ( kategori sek asrama penuh )
4) kolej yayasan saad ( kategori sek swasta )
Wednesday, December 23, 2009
Tak habis lagi ke?..
semalam bila sy berada kt sekolah, masih kedengaran beberapa pekerja dan kontraktor yg repair wiring kat sek tuh bekerja.dlm hati sy x habis2 lagi ke.kalau nak ikutkan dah berbulan diorang berkampung kat SAAS.bila sy perhatikan memang ada logiknya.buat pendawaian ni x bole buat sambil lewa.kena betul2..kalau cuai mau terbakar sekolah SAAS..sekolah yg tertua kt shah alam.hehe..
kkdg kesian gak sy tengok diorang buat kerja tuh.bayangkan bukan renovate umah tapi sekolah.dah tentu cover kawasan dan building yg luas dan besar.nak buat cmne.dah itu memang keje dioarng.hehe
pe pun mereka bekerja utk keselesaan kita semua.tgk kat kelas masing2.semua kipas dan lampu dah baru.x de alasan malas belajar lagi..kelas x cantik? emm pergi je ke sekolah swasta.cuma sediakan je duit yuran beribu2.memang berbaloi lah dengan keselesaan yg korang akan dapat..
tapi pelajar cemerlang negara pn belajar kat kelas mcm kita gak..hebat jugak.jadi sebenarnya usaha itu yg membawa kejayaan..faktor kelas adalah sampingan je..
Awas..waspada!
kita sedang berada di bulan jualan murah dan diskaun potongan harga yg kelihatan menarik dan tertarik oleh semua pelanggan..tapi sebagai pengguna kita perlu bijak menilai sbb kaca pn mengeluarkan sinar yg hampir sama dengan permata.jadi jangan keliru..
2-3 minggu lepas sy ada mengunjungi satu jualan gudang di shah alam.masuk je bangunan tuh tergantung poster potongan harga dari serendah2nya hinggalah ke 70%..yg mana kaki shopping dah tentu kelabu mata.silap hari bulan juling biji mata memilih barangan yg ditawarkan..dlm sy membelek kasut2 lelaki di tengah dewan, sy terdengar seorang lelaki bertanya dengan penuh kekeliruan kepada jurujual tuh." mana harga asal dia" seraya merujuk ke kasut di depannya." x kan kasut cmni harga sampai rm dua ratus lebih.bukan kulit pun" ujarnya lagi.terpinga2 jurujual itu utk memberi reaksi.pada hemat sy harga selepas diskaun 70% adalah lebih kurang rm90..kasut tu bukan branded pun.cm campuran PVC je.bukan kulit tulen.so ada wajarnya dia bertanya cmtuh..sy serahkan kepada anda buat penilaiannya..
2-3 hari lepas plak sy ada mengunjungi sebuah pasaraya terkenal di shah alam.nak beli mainan anak je(sambil bole main sekali.hehe)..sy perhati kod dan juga nama barangan pada tag display harga.lebih kurang rm19 je.tapi bila scan kat cashier harga rm24..sy hairanlah.lepas bayar terus ke bahagian customer service.selepas buat semakan memang betul harga dia rm19..jadi sy dah terbayar lebih.
sy nak nasihatkan kamu berhati2 semasa berbelanja.jadilah pengguna yg bijak.kalau ada kemusykilan suarakan hak anda..
Duit anda hak anda..
Tuesday, December 22, 2009
senarai kelas 2010..
tadi sy pergi jap ke sekolah..de hal skit.uruskan sukan sekolah.sambil nak naik tangga pejabat ternampak la list kelas tertampal kat notice board.ala yg on the way ke kantin tuh..yg sy perhatikan klas 3A,2A tahun depan memang x de perubahan.sbb diorg kelas KRK..
Kelas yg lain banyak perubahan.td kalau x silap sy kelas 2B utuk tahun 2010 adalah kebanyakannya pelajar asal 1B..so tahniah sy ucapkan kerana berjaya kekalkan pencapaian tuh.kira korang ni antara cream of the cream lah kan..tercampak kat 1B dulu sebb kelas 1A penuh..kalau ikut kebolehan dan keupayaan sama je kan..hehe
Pe pn yg penting buat yg terbaik utk exam.UPSR dah berlalu.x usah dikenang kejayaan.fikirkan nasib kamu utk masa yg akan datang..
sape2 yg belum tengok korang tercampak kelas mana bole la datang sek pada bila2 masa je..hehe
Kelas yg lain banyak perubahan.td kalau x silap sy kelas 2B utuk tahun 2010 adalah kebanyakannya pelajar asal 1B..so tahniah sy ucapkan kerana berjaya kekalkan pencapaian tuh.kira korang ni antara cream of the cream lah kan..tercampak kat 1B dulu sebb kelas 1A penuh..kalau ikut kebolehan dan keupayaan sama je kan..hehe
Pe pn yg penting buat yg terbaik utk exam.UPSR dah berlalu.x usah dikenang kejayaan.fikirkan nasib kamu utk masa yg akan datang..
sape2 yg belum tengok korang tercampak kelas mana bole la datang sek pada bila2 masa je..hehe
Sunday, December 20, 2009
Agaknya apa dia?...
sehari dua yg lepas baru je berlalu sambutan tahun baru hijrah kita.walaupun x de bunga api yg bercahaya dan bergermelapan kat langit..kt pasti de kerlipan cahaya dlm hati kita.yg disuluh dengan nur hidayah Tuhan..InsyaAllah..
Pabila kita ckp psl tahun baru..kali ni tahun baru hijrah.pasti persoalan azam x terlepas dr tutur bicara kita.ye..kali ni kita tumpukan dr aspek kerohanian..agaknya apa yg kita nk buat sepanjang tahun depan utk kita menjadi hamba yg TERBAIK..begitulah beruntungnya kita.nak berebut jadi HAMBA..org lain sibuk nak jadi berkuasa tapi kita nak jadi hamba.kan pelik tu.tapi kita perlu sedar kita adalah Hamba Tuhan..
Kalau dah jadi hamba apa saja tuan kita suruh Wajib kita buat..kalau ingkar pasti ada hukuman.Penghambaan kita ni kepada TUHAN.cuba kita check ada ke suruhan Tuhan kita buat.atau x buat langsung..atau 50-50 je.ikut yg mana kita rasa suka..x boleh mcm tu.sbagai hamba kita x de hak nak tentukan apa yg kita nak buat.kita hanya TAAT perintah sahaja..sebagai contoh pembantu rumah kamu mesti akur kehendak ibu kamu utk masak ayam goreng.pembantu rumah x bole suka2 nak masak nasi ayam.sbb yg jadi tuan adalah ibu kamu.tulah serba ringkas contoh yg bole kita fikirkan bersama
Berazam atau tidak..hanya hati dan Iman kita sahaja yg dapat jawab.Apa yg lebih penting keimanan dan bekalan kita ke sana perlu diperbaiki dan ditambah..
Saturday, December 19, 2009
seharian di KLCC..
Dua hari lepas sy plan nak gi Mid Valley.x de pe.nak jenjalan je.lagipun sy bawak baby.jadi Mid Valley tu memang sesuai.macam2 kemudahan ada.tapi memang betullah kata orang.kita hanya mampu merancang.tapi Tuhan menetukan.sy dh sampai dah depan pintu masuk ke situ.tapi semua parking bay penuh.ingatkan pergi hari orng kerja ok la.tapi lagi teruk.bayangkan parking sebesar2 alam tu bole penuh.memang ramai sgt orang.
sy pun divert la ke Kuala Lumpur.nak menuju ke Masjid Negara.nak solat dulu.nak masuk ke jalan sana pun jam.yg menjadi tekanan kpd sy dlm kete ialah sy ni nak sgt buang air kecil..hehe.bayangkan betapa desperatenya sy utk ke toilet.hehe.Dah sampai pintu masjid negara pun penuh.x de parking.masak la camni.akhirnya sesudah berpusing sekali sy dapat parking.tu pun tepi jalan je.ye la.kalau tengah jalan.cmne org nak lalu.hehe
plan dah diubah.sy ke KLCC.Jalan jam jgn cakap la.kalau bawak roti memang habis.sebab bole sapu ngn jam tuh.hehe.sekali lagi sejarah di Mid Valley dan Masjid Negara berulang.nak masuk KLCC pn jam."FULL"..tu la yg terjojol kat pondok parking.rasa nak je parking dlm pondok guard tuh.tapi bg sy usaha tangga kejayaan.setelah menunggu hampir setengah jam.sinar yg dinanti bercahaya juga.sy dapat parking.sy rasa itulah nikmat yg paling best hari tuh.hehe.jam menunjukkan pukul 3 lebih..nak balik petang tu alamat masak dlm kete.nak mengharung jam ngn org balik keje lagi.memang x patut lah..
jadi setelah puas meronda di KLCC.hampir pkl 10.30 mlm baru sy kuar dr tower tuh.masa berjalan di taman kelihatan suasana bngunan KLCC sungguh indah dilitupi kabus malam..sampai kt umah nk dekat pukul 12 mlm.hehe
Saat itu semakin hampir...
Bagi pelajar PMR tingkatan 3..detik2 yg mendatang ni kadangkala dirasakan begitu pantas berlalu.satu kali kelip mata seolah2 satu jam masa bertukar.bayangkan kalau banyk kali kelip mata.berjam2 waktu berputar.macam air deras...
Ye..waktu yg amat mendebarkan semakin tiba.Result PMR akan kuar 24hb Disember nih.satu Malaya dah tau..ada yg memang menanti2 kan saat bersejarah ni, ada yg kerisauan, ada yg buat x kisah je...dan ada juga yg belum tahu lagi result akan kuar Khamis depan..yang ni lagi teruk...
Bagi yg dah berusaha sebaik mungkin..hanya tawakal yg berbaki kepada Tuhan..yg x pernah berusaha utk pekse dulu x perlu lah mengharapkan keajaiban akan berlaku..Memang tidak akan berlaku...
kalau nak diikutkan ada parents yg x senang duduk.bersama menghayati debaran result PMR nih.Maklumlah anak sulung..yg anak buat dek je.bapak berdebar lain dia plak berdebar tengok debaran dehati berdansa.memang x patut sgt lah camni.
bukan je parents dan calon pekse je yg berdebar.ada sebilangan cikgu juga yg turut berkongsi rasa yg sama.maklumlah nak memastikan semua anak didik berjaya.begitulah beratnya tanggungjawab seorang guru..
bagi yg Islam teruskan berdoa , bersolat hajat.Hanya Tuhan penentu segalanya.cuma harapan saya terimalah apa saje yg Tuhan dah tetapkan.Kerana Dia lah yg merancang hidup kt, yg mengetahui apa yg terbaik bagi kita.jadi jgn disedihakn sgt..
selamat berdebar..hehe.
Friday, December 18, 2009
Makan-makan ...2nd round
kalau x silap sy semalam sebilangan cikgu petang mengorganize sesi makan2 buat kali kedua.kali ni di kedai kopi dua tasik shah alam..sy ada juga mendapat jemputan.tapi x dapat menghadirkan diri..kami saja2 nak buat makan2.lagipun cikgu saniyah dah nak bertolak balik ke Kedah..so bye2 Shah Alam..hehe
kami ni suka buat makan2.dulu masa kantin kena tutup sebab x bersih, setiap hari ada je kami pakat2 bawak makanan skit.jadi kalau dah ramai banyak jenis lauk pauh la jadinya.macam kenduri lah plak..dalam kelas korang buat hal..hampir2 cikgu2 tuh nak makan korang.tu pun sbb x boleh.kalau boleh x tau la pe jadinya..
jadi kesimpulannya..majlis makan2 nih bole mengeratkan persahabatan dan perpaduan.yg jadi masalah kalau korang nak makan free je..makan2 pun kena keluar duit juga.sendiri mau ingat lah beb..
Salam Tahun Baru Hijrah..
selamat tahun baru sy ucapkan kepada Muslimin dan Muslimat di luar sana.ya..tahun baru sudah menjelma seawal masuknya waktu maghrib semalam.tanpa tembakan bunga api.tanpa konsert muda mudi.tapi dipenuhi dengan doa akhir dan awal tahun.dicantikkan lg dengan bacaan Yaasin selesai saja berakhirnya solat maghrib..
Hijrah bermaksud pindah.Kalender kita ni bermula sejak penghijrahan Nabi Muhammad dr Mekah ke Madinah.dan angka itu terkumpul hingga sekarang.maksudnya sudah seribu tahun lebih perisitiwa hijrah dan pengmasyhuran kalender kita berlaku.
sambutan maal hijrah bukan setakat doa awal dan akhir tahun dibaca,kemudian pd keesokan harinya kt tengok rancangan khas di TV.ia sebenarnya lebih dari itu..kita pun tidak akan berhijrah ke Madinah..apa yg lebih penting kita kena beralih, kena berpindah dari sifat kita yg x baik kepada yg lebih baik.itu yg lebih utama.kt banyakkan mengingat Tuhan.Itu yg dituntut.jangan macam orang cakap setiap tahun kita pi mai pi mai tang tu je.x de perubahan.jadi kita macam tin kosong je.umur bertambah.amalan makin terhakis..
oleh itu, sy menyeru kepada diri sy yg banyak kelemahan ini, juga kamu semua utk sama2 menjadi yg lebih baik.perlu diingat tujuan kita hanya satu.target kita hanya satu.iaitu menuju kepada Allah yg Esa dan Syurga Firdausinya..
Thursday, December 17, 2009
akhirnya...
sudah 33 tahun masa berlalu..tangan dua kerat ni lah yg menggosok, membilas dan menjemur kain2 yg sudah dipakai..mesin basuh?ada di rumah parents sy.namun x pernah walau sekali sy membasuh didalamnya.semuanya dilunaskan dengan kaedah manual..memberus, membilas, dan memerah baju2 tadi..
mungkin ni satu perkara pelik bg korang.tapi itulah realitinya bg sy.selama sy sudah kawin ni pun, pakaian sy semua dibasuh dengan mesin di umah mak mentua.di rumah sy? memang x de.jgnkan mesin basuh yg kelihatan.paipnya pun x de.selama ini jugalah kain diangkut ke hulu ke hilir dengan kete ke umah mentua..
tapi hari ni..semua episod dan skrip itu dah berlalu.paip mesin di umah sy sudah siap terpasang.mesin basuh pun baru dibeli.jadi buat pertama kalinya sy pd hari ni membasuh baju dlm mesin basuh di umah sendiri..
ya..memang begitulah.sungguh bahagia sy pd hari dan tika ini..semuanya sudah ada..
Wednesday, December 16, 2009
Sudah berperasaan...
pejam celik, pejam celik..tup tup anak sulung sy dah melepasi angka 3 bulan.dulu kecik je.skrg dah nampak beza skit.bila ditimbang berat x berapa naik.tapi ukuran badan makin panjang..seluar pun dah singkat skit.hehe
kalau sebelum ni bawak gi shopping compleks, merata berjalan x berapa bermasalah.sekarang sy kena skit berhati2.sbb baby yg berusia lebih 3 bulan biasanya perasaan dia da mula diluahkan.kalau boring dia akan buat rasa gelisah.menangis kalau nak tido atau menyusu dan lain2.nampaknya sy kena banyak belajar bahasa baby la.hehe.
sy secara umumnya sgt gembira sbb akhirnya tertunia juga hasrat kami nak timang cahaya mata.comel plak tu.Alhamdulillah syukur pada Tuhan..
Bagus juga tuh..
semalam seharian kaki sy melangkah menjajah area alam sentral, SACC dan Kompleks..terasa macam hampir tercabut lutut sendi ni.namun perjalanan masih perlu diteruskan.sy rasa la pegi balik, pusing2 kat situ mau capai 1Km jalan.boleh masuk Shah Alam 10km run nih.kalau semalam dpt buat 1km, maksudnya sy kena berlatih lg 9 km lah utk cukupkan 10km.hehe..
dalam pd ms sy berjalan, meninjau kesibukan kota metropolitan shah alam ni, sy terserempak ngn beberapa pelajar kita..mula2 rs cm pernah nmpak, tapi memang biasa nmpak pun.hehe.bila ditanya, berbual ringkas bersama diorg, maka sy mndapat maklum yg mereka ni buat kerja part time..ada yg ikut team tour kids competition, ada yg keje kt pusat boling..yg bdk tgktn 4 tuh, jd part time guard kt The Store..ok apa.bukan kerja betul pun.apa nk dimalukan.duit plak masyuk.hehe.
tapi sy rs ramai plajar kita especially ex form 5 lebih rela duk kt umah smbil on9..nak duit?mintak je kt parents.jng lupa bg tau jumlah yg diperlukan.skjap je dah ada depan mata.
pe pn hidup ni terbina dengan cebisan pengalaman dan usaha gigih..
seharian di luar..
hari ni sejak pagi sy dah kuar umah.atas macam2 urusan.ingatkan dapt gak jeling2 kat blog ni.tapi gagal.malam ni baru dapat bukak..huhu..
maklumlah cuti sekolah.ramai di antara kita x de kat umah.dah nama pun bercuti.jadi banyak la berjalan ke sana ke mari kan.setakat ni cuti saya adalah berpusing2 di merata tempat di kawasan lembah kelang nih..x dapat la rasanya cuti ke pantai ke atau ke mana2 lagi.huhu.dah nasib namanya tuh.sebab banyak je urusan yg perlu diselesaikan.kalau dah start bukak sekolah, payahlah skit.lagipun nak kena bawak baby ke hulu dan ke hilir..
apa pun situasi macam ni merupakan pengalaman baru bagi sy.mungkin sedikit kekok nak menyesuaikan diri buat kali pertama.InsyaAllah lambat laun ok lah tuh..sesama la kita berdoa utk kesejahteraan bersama.Aminnn...
Monday, December 14, 2009
Tukar Alamat...
Pagi ni rasanya nak pergi Jabatan pendaftaran Negara Klang...nak tukar alamat dalam kad pengenalan..maklumlah umah pun dah lain.kena tukar jugak tuh sementara ada masa yg terluang ni..
alamat yg tepat dan betul amat penting dlm kad pengenalan kita sebab jika berlaku kecemasan dan perkara yg tidak diingini , pihak polis dapat menghubungi keluarga kita secepat mungkin.semuanya atas faktor keselamatan dan juga kepentingan diri kita.
oleh itu saya nasihatkan korang semua supaya bawak kad pengenalan.korang bukan kecik lagi.x payah takut hilang.cuma kena berhati2 dan jaga dengan cermat.kalau takut bawak yg origional, bawak lah yg photostat.kalau bole yg berwarna lah..jngn photostat hitam putih..koman betullah camtu kan.hehe..pas dah photostat bole terus laminate.bg dia keras skit dan tahan lasak.kalau kena air pun x pe..jgn plak test rendam dalam besen plak..memang x masuk air bro..
Pacak bendera..
Jumaat lepas merupakan hari keputeraan Sultan Selangor..Birthday lah tu.pihak sekolah mendapat arahan utk memasang bendera selangor bg meraikan hari tersebut.kebetulan sy berada di sekolah pd hari khamis.sama2 la sy cari bendera selangor kat stor sukan.tapi satu pun x de.hehe..yg banyak bendera Malaysia je.pe lagi kelam kabut order la.nasib baik dpt gak 10 helai camtu..
kkadang rasa malu jugak.sekolah bernama Sultan.tapi bendera negeri x de juga.tapi x pe.yg dah beli tu bole buat koleksi.cuma kena tambah lagi utk keperluan yg akan datang.buat persediaan awal lah katakan...hehe
cuma jgn plak ada tangan gatal yg cabut bendera tu kat pagar sekolah.maklumlah boel senang je dicapai oleh tangan.apatah lagi orang yg "bertangan panjang"..harap2 fahamlah korang ye..sayangi sekolah, sayangi diri anda...
Anda mampu melakukannya...
Sunday, December 13, 2009
buat lagi...
ni adalah isu sebaik saje cuti sekolah tiba..kamu perasan x kat padang tepi surau ada tiang gol kecik.biasanya digunakan utk budak2 PJK main bola.tapi yg sy herannya tiang gol tu selalu je berpindah ke padang besar masa cuti sekolah..
sy dapat maklum budak2 yg duk kat seksyen 2 ni punya kerja.dah la tiang gol tu berat.diorang angkat ramai2.nak lalu ikut pintu pagar padang.berkunci plak..diorag pakat sama2 angkat naik ke atas tembok batu tu.pastu diorg lepaskan jatuh ke padang besar.patut la ada yg patah dan bengkok..
Dua tahun lepas sy pernah mintak bdk2 yg main tu letak balik.sekarang ni buat lagi.yg buat kerja tu bukan bdk sek kita je.ada la jugak bdk2 kecik sekolah lain.yg mana tujuan diorang nak main bola.jadi bekerjasama la buat benda2 camtu..
bersukan ni bagus..tapi jangan la sampai merosakkan harta bersama.dah la menceroboh kawasan sekolah plak..
Tak terkejar...
semalam sy balik kampung.hari ni seharian kemas umah.dari pagi sampai petang.ni pun x habis lagi.tapi sambung sok lah..tu sebab sy x sempat sgt on9..oleh itu tak dapat lah update blog semalam..
sekarang ni pun kalau pergi mana2 shopping kompleks pasti ada jualan murah..memang berbaloi2 kalau kena gayanya..sekarang pun musim org buat promotion barang2 sekolah.jadi pergi la cepat beli apa yg patut.sementara murah ni.utk kegunaan korang gak kan.x pe belanja duit skit utk masa depan korang tuh..
sy ucapkan selamat bershopping la ye
Thursday, December 10, 2009
pengumuman...
tadi sy mendapat maklum bahawa keputusan list kelas kamu pada tahun 2010 akan dikeluarkan secepat mungkin.iaitu pada minggu hadapan.ini adalah kerana pihak sekolah telah mendapat pertanyaan samada dari pelajar atau parents tentang hal berkenaan..
yang pasti pelajar kelas 3A dan 2A nnti tidak akan berubah.kecuali ada pelajar kelas2 tersebut yg berpindah, maka pelajar yg terbaik dari kelas2 yg lain akan memasuki kelas A atau dikenali sebagai Kelas Rancangan Khas (KRK)..
Hal sedemikian pernah berlaku tahun ini dimana kelas 2A telah menerima pelajar tambahan dari kelas B,C dan juga D..Syabas diucapkan.
Pe pun bagi sy faktor nama kelas dan grade kelas tidak berapa penting sgt.yg pasti kamu mesti score dlm exam.itu yg lebih penting..
selamat menanti tahun 2010..hehe
Wednesday, December 9, 2009
selesai juga..
sy ada sebab nak bergembira malam ni.pertama renovation umah sy dah siap.ala buat dapur je.tapi situasi dlm umah dah macam kena bom.berdebu.parah lah sy nak kemas balik pasni.serba serbi kena bersihkan.kalau debu biasa x pe.ni debu simen.jadi amat merbahaya utk kesihatan diri da keluarga..
sebab kedua sy happy adalah kerja2 sy yg mesti diserahkan sok dah siap.Alhamdulillah..seharian mempulun akhirnya membuahkan hasil juga.sok sy nak pergi stadium matsushita pagi2 buta.nak buat tempahan utk sukan korang jugak tahun depan nnti..bnyk lah juga prosedur dan hal2 yg patut diselesaikan dengan segera..
jadi sementelah kerja dah siap, pe lagi on9 la..aktiviti umat zaman moden.hehe..tapi awas gunakan dengan betul dan utk perkara yg bermanfaat sahaja.hehe,
Tuesday, December 8, 2009
Bertugas...
sy pada hari khamis ini bertugas utk peperiksaan spm bagi tahun 2009.tapi nasib baik gak sy sbb kebanyakan pelajar dah merdeka pd sok hari 9 dis 2009.sy hanya bertugas utk mengawasi pelajar pada sebelah petang shj.x silap sy paper Lukisan kejuruteraan ataupun Tasawwur..bdk2 pn x ramai sgt.so insyaAllah x banyak kerenah.kalau buat hal jugak alamat nak kena hentam lah ngn sy nnti.
harap2 x de masalah tertinggal IC atau slip peperiksaan.dua perkara yg umpama nyawa korang sepanjang exam berlangsung.tapi hairan "nyawa" yg dianggap penting ni bole je selalu ditinggalkan.agaknya terlalu nervous nak exam kot.tapi pe hal plak.kan dah nak habis pekse.x kan nervous lagi.antara tugas sy adalah menelefon pelajar yg x hadir.mana tau tertido kat umah ke.atau buat2 lupa nak amik exam.maklumlah terikut celebrate ngn bdk yg habis pekse awal kan.hehe..mana tau jadi cmtu.kkdg korang ni bukan betul sgt.
pe pn sy harap semuanya berjalan lancar utk kebaikan korang dan sy juga.
Memalukan..
sy merasa terpanggil utk mengulas laporan akhbar semalam yg mendedahkan skuad bola sepak kita sudahlah kalah, kemudian menyerang pula pengadil perlawanan sehingga pihak polis terpaksa campur tangan di Laos..
pertama, skuad kita kalah lagi.di mana mutu bola sepak negara.tahap pemain masih sama.macamana nak merangkul juara dunia.negara dari jiran sendiri pun belum mampu ditewaskan.
yang kedua, sy ingin bercakap soal sikap kita rakyat Malaysia..kenapa perlu bergaduh dalam sukan.serangan psikologi adalah lumrah.namun emosi perlu dikawal.lebih memalukan pihak polis negara terbabit terpaksa campur tangan.masksudnya perbalahan itu amat serius dan dahsyat.
sy berpandangan tidak berapa hairan bg sy perkara ini berlaku.kita sorot kembali perlawanan bola di SAAS.baru bertanding peringkat kelas dah bergaduh ngn kawan.pertikai keputusan referee..bila lawan antara sekolah gaduh ngn pemain sekolah lain.main bola Liga Malaysia pun gaduh juga.jadi kalau pergaduhan dah menjadi budaya.sikap negatif ini akan dibawa ke mana sahaja diorang pergi.dan yg terbaru adalah seperti berita di atas lah..
sy berpandangan budaya ini bermula dari sekolah.berbuih mulut cikgu nasihatkan main kena disiplin.jgn main kasar dan sebagainya.namun masih tetap berlaku dan berlaku lagi.tidak diendahkan langsung nasihat guru.apa yg terdaya nak dibuat lagi kalau jalan sedemikian yg korang pilih.dab hasilnya kalau diperingkat antarabangsa, jelas sekali memalukan naman negara.
Fikir2kanlah.....
Monday, December 7, 2009
agak blur..
cuti sekolah yg panjang ni memungkin kan sikap atau keupayaan seseorang itu sedikit berubah.apatah lagi kalau tiada aktiviti aktif atau yg baru dibuat setiap hari.setiap hari merupakan pengulangan skrip semalam dan hari sebelumnya.oleh itu otak kita pun akan menjadi sedikit tergugat..
pada sy cuti panjang ni mungkin memblurkan kan sy.mana taknya.x perlu pikir pasal sekolah sgt..maksudnya tiada tindak balas yg aktif dlm minda sy.hasilnya fikiran sy sedikit beku..kira lembap skit.hehe..ye la cuti la katakan.kita layan je masa yg datang tanpa perlu buat apa2 sgt..
sbnarnya ada je keje yg perlu sy bereskan masa cuti ni.tapi rilkesla dulu..sok lusa bole buat.walaupun x bagus sgt sikap ni.tapi sekali sekala apa salahnya.hehe..hari2 on9.baca paper dan jalan2.best betul.rasa x terbeban hidup ini..
Sunday, December 6, 2009
pergi lagi..
hari ni sy akan perli lagi ke satu jualan gudang di pandamaran klang..kali ni dekat je ngan umah sy.bukan pe saje nak tengok barang murah.utk baby la.hehe..kalau ada yg betul berbaloi boleh beli la.kalau x jalan2 je.hehe
lagipun itulah je aktiviti dan dan holiday sy setakat ni.masih belum pergi bercuti ke mana2 lagi.keadaan x berapa mengizinkan.lagipun tempat yg ingin kami pergi kabanyakannya tenggelam dek banjir.hehe.pe nak buat.belum ada rezeki lagi.
semoga cuti kali ni begitu bermakna bg korang.
lagipun itulah je aktiviti dan dan holiday sy setakat ni.masih belum pergi bercuti ke mana2 lagi.keadaan x berapa mengizinkan.lagipun tempat yg ingin kami pergi kabanyakannya tenggelam dek banjir.hehe.pe nak buat.belum ada rezeki lagi.
semoga cuti kali ni begitu bermakna bg korang.
Start awal...
mulai tahun hadapan semua kejohanan sukan dan permainan peringkat zon shah alam dan petaling perdana akan bermula awal..seawal minggu kedua dan ketiga setelah sesi persekolahan 2010 berlangsung..maknanya semua persiapan dan latihan akan bermula secepat mungkin..sesiapa yg ingin mewaikili sekolah dan rasa memang dia betul layak bole lah menghubungi saya atau berjumpa dengan guru penasihat permainan tersebut.sebaiknya jumpa sy dahulu utk dapatkan kebenaran dan pandangan.kerana di SAAS sy adalah cikgu yg menguruskan semua aktiviti permainan yg ada..dengan kata yg lain sy berhak menentukan terpilihnya atau tidak kamu utk wakil sekolah..
utk sukan bola sepak, pemilihan utk pelajar baru tingkatan satu juga akan bermula secepat mungkin.sy nak meninjau bakat2 baru yg BERDISIPLIN DAN PATUH ARAHAN...kalau tiada yg berkelayakan mungkin pelajar2 tingkatan satu tahun 2009 akan mendominasi senarai pemain yg akan terpilih.itupun tengok korang punya perangai dan kepatuhan dulu.kalau bole main tapi x pernah patuh kata sy, alamatnya akan tersingkir lah.ini memang sy akan lakukan.begitu juga utk pasukan bola under 18.mana2 yg buat kepala da perangai sendiri tidak dibenarkan langsung bermain.setakat ni beberapa pelajar ting 3 dan 4 tahun ini yang berbakat bermain bola terpaksa sy SINGKIRKAN..
Pe pun korang yg betul2 berminat boleh lah berlatih bersungguh2 utk sesi pemilihan yg sy akan adakan nnti..kalau x de pemilihan senarai pelajar yg sy akan keluarkan saja yg akan bermain...lg pun sy dah tau sape yg bole sepak bola selama nih.x buat pemilihan pun x pe.
Saturday, December 5, 2009
hooray...yahoo...
selang 3-4 hari akan selesailah peperiksaan terpenting dlm hidup korang..dan dengan itu jugalah akan berlangsungnya sambutan kemerdekaan besar2an bagi pelajar tingkatan 5 dan yg sewaktu dengannya.kalau kita sebut merdeka, tentu ada sambutan.dan tentu yg sambut ni bukan org yg berkenaan sahaja.pasti ada org sekeliling yg terlibat sama..cm birthday korang lah..yg tarikh hari lahirnya korang.yg sambutnya satu kampung..hehe
oleh itu minggu depan ni yg habis spm beberapa kerat je.yg join the celebration satu sekolah.hehe..x pe lah.asal korang bahagia.tp yg sepatutnya selesai je habis exam kita terus bersolat hajat dan memohon doa agar diberi keputusan cemerlang.sbb kita sekarang dah masuk peringkat berserah saje pada Tuhan setelah pelbagai usaha dibuat.sebaiknya juga kita solat sunat syukur kerana dipermudahkan urusan kita sepanjang spm berlangsung...
Tarikh rasmi hari akhir spm adalah 9 Disember 2009.namun begitu ada beberapa paper lagi yg menyusul selepas tarikh tersebut seperti paper lukisan kejuruteraan dan sebagainya..
harapan kami guru2 agar kamu semua telah mendapat didikan asas yg cukup utk menjadi manusian yg berguna dan sentiasa memberi manfaat kepada org lain..
tahniah kerana berjaya menghabiskan SPM ...hehe
Friday, December 4, 2009
duduk pun x sempat..
semalam bermulanya renovation kt dapur umah saya..nak tambah kitchen cabinet.nak buat pakai batu.guna konkrit la.bg kuat sikit.walaupun kerja2 dilakukan oleh org lain namun sy x senang duduk gak.kena tengok pe yg patut..terlebih ke, terkurang ke atau x berkenan di hati ke..maklumlah sy ni cerewet skit..hehe.bukan pe.bg sy kalau buat sesuatu tu biarlah dengan betul dan sempurna.x payah nak buat lagi atau baiki semula..
jadi seawal pg lagi sy dah kuar.nak cari kayu terpakai.kalau beli kira x berbaloi gak.sbb pastu nak kena buang.jd cari2 tuh jumpa lah jugak.angkut balik ke umah sy.kira banyak jugak.dah la hari hujan.pe lagi.basah lah kayu dan sy sekali.hehe
hari ni hari jumaat.dah tengahari tu terpaksa bekejar ke masjid.pas solat bergegas ke umah mak mentua sekejap.perut rasa lapar la plak.sbb x makan sgt pagi tadi.kerja sy hari ni adalah berulang alik ke banyk destinasi.cm driver je..2 sbb letih skit.pagi tadi baru nak update blog je air plak kena tutup..perghh mcm2 hal kena buat hari ni..tapi x pe..asalkan hati puas dan gembira.hehe
sedia untuk sukan..
antara perkara pertama korang akan buat nnti masa bukak sekolah adalah mendaftar diri utk kelab permainan, unit uniform dan juga persatuan..tidak lupa juga akan diadakan pendaftaran utk rumah2 sukan..
perlu diingatkan kamu tidak dibenarkan menukar rumah sukan sesuka hati dan mengikut kawan kerana kamu secara automatik telah dimasukkan ke dalam rumah sukan yg tertentu berdasarkan no pendaftaran pelajar kamu di sekolah ini.oleh itu sesiapa yg dikesan menukar rumah akan dikenakan tindakan yg berat dan tegas.
sy sekarang ni pun tengah busy dengan perancangan sukan untuk tahun hadapan.segala strategi perlu diatur utk melancarkan perjalanan program.InsyAllah tarikh sukan kita akan berlangsung pada bulan April nnti.sebelum tu jngn lupa plak kita juga akan mengadakan acara sukantara dan juga saringan ukt menghangatkan lagi persaingan antara rumah2 sukan nnti..
kalau ada apa kemusykilan dan masalah bole hubungi sy nnti..
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Wednesday, December 2, 2009
Jualan Gudang...
hari ni klau x silap sy akan bermula la jualan gudang metro jaya.tempat cm biasa la.kat stadium melawati tuh..hari ni first day.kena datang hari nih sbb barang mesti tengah banyak lagi dan fresh2..sbnarnya kalau kita bijak beli memang bole jimat.hehe.
sbnarnya bukan la nak beli barang sy.nak tengok barang baby.kalau korang nak tau barang baby memang mahal.pe tah lagi kalau yg berjenama.kalah barang utk orang dewasa.pe nak buat.dah tanggungjawab pada anak2.hehe
InsyaAllah nnti kalau de yg berkenan kami beli lah.cuti ni kami x pergi holiday mana2 lagi.tgh nak renovate umah.jadi x bole tinggal umah pada pekerja indon tuh.lain plak jadinya nnti..jadi percutian kami buat setakat ni adalah di shopiing2 compleks dan juga beberapa siri jualan gudang.hehe
Tuesday, December 1, 2009
tahukah anda?
tahu x kamu yg walaupun kita sedang dlm kalendar cuti sekolah, namun kami cikgu2 ada yg kena dtg bertugas di sekolah..de la benda2 yg patut dibuat.pendek kata.kerja saja..x putus2..jd pasni kamu pun dah faham yg guru msa kini bukan cm guru 20 tahun yg lepas.jadi sebenarnya tugas guru masa kini bukannya mudah..apatah lagi dngn kerenah korang yg seakan2 nak jadi brutal.tapi manja...hehe
ye pelajr saas ni konon2 nak langgar peraturan lah.tapi dlm masa yg sama x sanggup hadapi hukuman yg bakal di hadapi jika tertangkap..sbbnya korang ni tergolong dalam bdk2 bandar..kat umah masih berkepit ngan mak ayah.kat sekolah nak tunjuk belang ya..memang betul pun.dah berbelang punggung kena sebat.kalau x dengan cikgu disiplin.kena ngan sy.hehe.mana2 pelajar yg dah pergi ke sesi pagi.anggaplah kalau saya rotan dulu kalau dan masih de bekas lg skrg sbgai satu kenangan di alam ria persekolahan...
takut de yg berbekas dlm hati je..pe nak buat.dah nasib.hehe
dah musim..
kalau kita perhatikan, sekarang ni memang musim hujan..hari2 hujan.kalau di negeri pantai timur tu sampai banjir umah diorang.nak buat cmne.dah lumrah.itulah skrip berita yg akan terpacul dari mulut pembaca berita setiap hujung tahun..
suka atau tidak air hujan tetap membasahi bumi.yg kaki tido, inilah masanya yg ditunggu.sy pun suka dengar irama air hujan kena kat bumbung umah.apa tah lagi kalau atap zink.seakan ada melodi yg terhasil.x hairanlah anak sy pn cepat terlena dengan bunyian alam cmtuh..
bagi yg suka berjalan, hari hujan dah tentu merosakkan mood dan pergerakan diorg.tapi kalau nak jalan jugak, diredahnya juga hujan tuh.hehe..tu sebab kita bole tengok kaki shopping tetap setia mengunjungi kedai kegemaran diorg walaupun berpayung dan berbasahan..
tapi disebalik rintik huja yg turun, kita kena fahami bahawa itulah sejuta rahmat yg Tuhan kurniakan utk kita dan seisi bumi.bayangkan rumput dan tumbuhan amat bergembira ngn musim hujan.walaupun tumbuh depan umah korang, x pernah pun disiram.jadi hujanlah penyelamat kehidupan dan survival mereka..
jadi setiap yg berlakau di bumi nih, hendakalah kita halusi sebab dan faedahnya utk semua.bukan hanya fikirkan faedah dan untung kita sahaja..
moga kita jadi insan yg lebih memahami dan bertanggungjawab
Monday, November 30, 2009
x berapa bagus..
yang sy perasan sejak 2-3 hari ni coverage broadband kita, x kira apa celcom atau maxis de alami masalah la..pelahan je.nai geram gak.sbb x muncul2 pe yg kita click..bole belajar dan test sifat sabar kita nih.hehe
kalau sekali dua x pe lagi.ni x..dari pagi sampai ke petang.asal kita nak guna je, mesti lambat.huhu.pe nak buat, bukan syarikat kita pun.kita hanya pengguna je..apa yg termampu complaint je.hehe
selamat bersabar..
baru...
minggu lepas sy ada menziarah sekolah kita.sbb ada urusan..kalau x de x pegi la.hehe..dlm masa sy nak naik ke pejabat kelihatan beberapa petugas tengah memunggah kerusi dan meja baru dari lori barang..
ini bermaksud sebilagan kamu akan mendapat perkakas baru..kerusi meja yg baru sampai itu juga ada sebahagiannya menggantikan perabot lama yg sudah rosak atau luput.
tapi yg sy perhatikan pelaja2 sekolah saas ni, x kira mereka kelas A atau pun yg hujung semacam ada habit menconteng meja..kalau x guna liquid paper, diorg guna pen marker..x pun dengan pensel.bila diarah suruh padam balik, dipadam yg dia punya je.tapi contengan lain walaupun kat meja diorang sendiri x nak dipadamnya.alasannya bukan dia buat.
apa salahnya padam.ada sikap tanggungjawab skit.x tau la kalau cmtu cara kamu dididik dari kecik.sepatutnya kita x berkira sgt buat benda yg memberi kebaikan utk org lain..meja pun bersih, pahala pun dapat.tapi x pe la...pilihan laiin yg kamu hendak.nak buat camne kan..
pe pun harapan saya dan juga pihak sekolah bersama la kita jaga keselamatan barang2 di sekolah kita..
Sunday, November 29, 2009
Mr.Mama..
sy pernah tonton dlm tv ada drama bersiri bertajuk Mr.Mama..kelakar jugak sbb lelaki yg menguruskan rumah tangga.memasak , basuh baju dan sebagainya.sy rasa pn perkara tu dah mula terjadi pada sy.Minggu depan, isteri sy akan mula bertugas setelah hampir 3 bulan bercuti..maksudnya sy akan mengambil alih secara langsung anak sy dari pagi hinggalah ke petang..jadi Mr.Mama betullah sy ni.hehe
sebelum ni pn kami dah mencuba dan mengajar anak kami utk berada di tengah orang ramai yg lain.contohnya ke shopping compleks dan ke restoran.Alhamdulillah semua ok dan dia pn x meragam.mungkin pasni sy terpaksa usung dia ke hulu dan ke hilir..
perkembangan terbaru anak sy ialah dia dah mampu tersenyum dan bergurau.hehe
Anis dalam katilnya...
antara toys anis..
sebelum ni pn kami dah mencuba dan mengajar anak kami utk berada di tengah orang ramai yg lain.contohnya ke shopping compleks dan ke restoran.Alhamdulillah semua ok dan dia pn x meragam.mungkin pasni sy terpaksa usung dia ke hulu dan ke hilir..
perkembangan terbaru anak sy ialah dia dah mampu tersenyum dan bergurau.hehe
Anis dalam katilnya...
antara toys anis..
memori 2009...
kita kena maklum dan faham setiap sesuatu di dunia ni x akan kekal buat selamanya.Hanya yang kekal adalah Tuhan itu sendiri.hukum alam menyatakan yg datang akan pergi.yang sudah pergi pasti ada pengganti.walaupun pengganti itu x sama dengan yg pergi..
kita hampir masuk ke bulan Disember nih.sy nak membawa memori kamu semua menyorot semula kenangan dengan warga SMKSSAAS yg telah pergi meninggalkan sekolah sama ada mereka ini bersara atau pun berpindah ke tempat lain..harapan sy semua mereka berbahagia dengan kehidupan yg baru dan jangan lupa2kan kami di Saas nih..hehe
PN SURYATI AMSOR (PENOLONG KANAN PETANG)
PN HANIPAH JAMBI( KETUA BIDANG VOKASIONAL )
HAJAH NAFSIAH JAAPAR ( PENGETUA SMKSSAAS )
PN ROSIDA HASBULLAH DAN PN RAJA ROKIAH
PN SANIYAH DAN PN JUNAIDAH ( BERTUKAR KE KEDAH DAN TERENGGANU )
PN ROHANI, EN RAZEE, CIK RAFEEZA ( MUNGKIN BERTUKAR SEKOLAH )
CIK NADIA (BERBAJU BIRU-MUNGKIN BERPINDAH SEKOLAH)
kita hampir masuk ke bulan Disember nih.sy nak membawa memori kamu semua menyorot semula kenangan dengan warga SMKSSAAS yg telah pergi meninggalkan sekolah sama ada mereka ini bersara atau pun berpindah ke tempat lain..harapan sy semua mereka berbahagia dengan kehidupan yg baru dan jangan lupa2kan kami di Saas nih..hehe
PN SURYATI AMSOR (PENOLONG KANAN PETANG)
PN HANIPAH JAMBI( KETUA BIDANG VOKASIONAL )
HAJAH NAFSIAH JAAPAR ( PENGETUA SMKSSAAS )
PN ROSIDA HASBULLAH DAN PN RAJA ROKIAH
PN SANIYAH DAN PN JUNAIDAH ( BERTUKAR KE KEDAH DAN TERENGGANU )
PN ROHANI, EN RAZEE, CIK RAFEEZA ( MUNGKIN BERTUKAR SEKOLAH )
CIK NADIA (BERBAJU BIRU-MUNGKIN BERPINDAH SEKOLAH)
Saturday, November 28, 2009
dapat jugak...
semalam berlalu sudah idul adha , 10 zulhijjah..hari kebesaran kedua dalam Islam.cm biasa la pagi raya, pagi2 dah siap.maklumlah nak sembahyang sunat di masjid.tapi kali ni rutin kehidupan sy dah berubah secara total sejak kelahiran anak sulung sy..pergerakan sy yg aktif sebelum ni pn dah mula terbatas skit..
cam semalam.sy dah mula bersiap2 barang dan mandikan anak sejak pukul 7 pagi lagi.namun akhirnya buat itu dan ini, jam dah menunjukkan hampir pukul 8 lebih.setahu sy sembahyang biasanya bermula tepat 8.30 pagi.jadi bergegas la sy keluar dari rumah.dari jauh berkumandang takbir raya.namun lama kelamaan dah berhenti.tu menandakan imam dah bangun utk mulakan sembahyang..jadi sebelum sy pergi masjid, sy kena hantar anak dan isteri sy ke rumah mak mentua dulu.emm bnyk masa dah terbuang kat situ.padahal sy sekarang berada dlm masa kecederaan.hehe..
tapi akhirnya..setelah mencuba secepat yg sy bole, akhirnya dapat juga sy rakaat pertama sembahyang sunat idul adha tuh..perghh berpeluh gak sbb rushing tadi..kira merempit gak lah.tapi x pe..merempit ke masjid.hehe
nnti kalau kamu mula dah ada anak baru kamu akan faham betapa sibuknya kita nak mengurus semua benda dan anak sekali.hehe..
Kedai Buku Sekolah..
memandangkan tahun 2010 bakal menjelma lebih kurang sebulan lagi, namun pihak sekolah mengambil langkah proaktif utk membuka kedai buku seawal mungkin bagi memudahkan urusan pembelian bahan2 pelajaran nnti..
kalau x silap saya kedai buku akan mula dibuka pada 1 Disember 2009..pe pn sy nasihatkan kamu menelefon pihak sekolah sebelum pergi ke kedai tersebut bagi memastikan ianya benar2 sudah dibuka..dibawah ini sy sertakan no telefon sekolah SAAS
03-55198404 ( pejabat sekolah )
dlm pada masa cuti ni korang dinasihatkan buatlah benda yg berfaedah.yg paling penting jangan menyusahkan orang lain..
harap maklum
Thursday, November 26, 2009
Selamat Hari Raya Idul Adha..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...
esok buat sekelian kalinya akan menyambutlah Umat Islam seluruh dunia akan hari raya Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban di Malaysia..
sambutan demi sambutan kita raikan saban tahun.buat kanak2 pd masa ini adalah waktu utk bergembira.utk yg dewasa mereka akan mengambil kesempatan utk berehat dari penat bekerja..namun adakah itu tujuan atau fungsi hari raya ini disambut.? ramai di antara kt yg menjadi pak turut.hanya mengikuti apa yg org lain lakukan.bila org pergi solat sunat, dia pergi..org tengok ibadah Qurban dilaksanakan, dia pun ada kat situ.ramai yg x memahami pe sebenarnya Hari Raya Haji ini..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...
Dari segi sejarahnya..dinamakan hari raya Qurban adalah utk memperingati kisah Nabi Ibrahim yg berkorban jiwa dan raga hanya utk mematuhi perintah Allah.Kita dapat saksikan Siti Hajar ditinggalkan dilembah yg tiada air bersama anaknya Ismail..selepas itu diperintahkan pula Ismail supaya disembelih.dengan keimanan yg kukuh dan tanpa bersoal jawab dengan Tuhan.Nabi Ibrahim dengan rela hati melaksanakan semua perintah itu.Namun Tuhan dengan sifatNya yg Maha Penyayang telah memerintahkan pula agar diganti seekor binatang dengan Ismail yg patut disembelih itu.Oleh itu kita dapat lihat sempena dengan Hari Raya Qurban ini, ramai umat Islam tidak melepaskan peluang utk melaksanakan Ibadah Qurban ini demi memperingati kisah pengorbanan tertinggi tersebut..
Dinamakan juga Hari Raya Haji berikutan Umat Islam mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah ini..kita dapat saksikan lebih kurang hampir 3 juta orang mengunjungi Kota Suci Mekah bagi mendapatkan keredhaan Allah..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...
Perlu diingat bahawa Hari Raya Qurban ini bukanlah hanya cuti umum yg membolehkan kita berehat, bersantai , beraya bersama keluarga sahaja.namun apa yg lebih penting roh pengorbanan itu dapat kita jiwai.di mana pengorbanan kita utk menegakkan roh solat itu sendiri.sedangkan kita sendiri jarang atau kadangkali tertinggal solat dengan sengaja..di mana pengorbanan kita utk menjadi Muslim yg sejati?adakah sekadar menyebut sahaja di bibir?..pengorbanan utk peringkat awalnya adalah bermula dengan diri sendiri.dan dari dalam diri kita sendiri.perkara utama yg mesti dibuat, adalah mengorbankan nafsu serakah dan jahat yg sentiasa membelit jiwa dan fikiran kita.berjuang bersungguh2.lawan apa saje bisikan negatif dalam telnga kita..hanya selepas kita berjaya membebaskan diri kita dari anasir yg kurang baik ini, barulah kita dapat menjadi Muslim yg berkualiti seterusnya dapat membangunkan umah ini secara keseluruhannya..Wallahu A'lam
selamat hari raya Idul Adha...
Niat solat sunat esok :
Sahaja Aku Solat sunat Idul Adha 2 rakaat mengikut imam kerana Allah Taala
Rakaat pertama 7 kali takbir
Rakaat kedua 5 kali takbir....
esok buat sekelian kalinya akan menyambutlah Umat Islam seluruh dunia akan hari raya Idul Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Haji atau Hari Raya Qurban di Malaysia..
sambutan demi sambutan kita raikan saban tahun.buat kanak2 pd masa ini adalah waktu utk bergembira.utk yg dewasa mereka akan mengambil kesempatan utk berehat dari penat bekerja..namun adakah itu tujuan atau fungsi hari raya ini disambut.? ramai di antara kt yg menjadi pak turut.hanya mengikuti apa yg org lain lakukan.bila org pergi solat sunat, dia pergi..org tengok ibadah Qurban dilaksanakan, dia pun ada kat situ.ramai yg x memahami pe sebenarnya Hari Raya Haji ini..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...
Dari segi sejarahnya..dinamakan hari raya Qurban adalah utk memperingati kisah Nabi Ibrahim yg berkorban jiwa dan raga hanya utk mematuhi perintah Allah.Kita dapat saksikan Siti Hajar ditinggalkan dilembah yg tiada air bersama anaknya Ismail..selepas itu diperintahkan pula Ismail supaya disembelih.dengan keimanan yg kukuh dan tanpa bersoal jawab dengan Tuhan.Nabi Ibrahim dengan rela hati melaksanakan semua perintah itu.Namun Tuhan dengan sifatNya yg Maha Penyayang telah memerintahkan pula agar diganti seekor binatang dengan Ismail yg patut disembelih itu.Oleh itu kita dapat lihat sempena dengan Hari Raya Qurban ini, ramai umat Islam tidak melepaskan peluang utk melaksanakan Ibadah Qurban ini demi memperingati kisah pengorbanan tertinggi tersebut..
Dinamakan juga Hari Raya Haji berikutan Umat Islam mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah ini..kita dapat saksikan lebih kurang hampir 3 juta orang mengunjungi Kota Suci Mekah bagi mendapatkan keredhaan Allah..
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa Lillahi Al Hamdu...
Perlu diingat bahawa Hari Raya Qurban ini bukanlah hanya cuti umum yg membolehkan kita berehat, bersantai , beraya bersama keluarga sahaja.namun apa yg lebih penting roh pengorbanan itu dapat kita jiwai.di mana pengorbanan kita utk menegakkan roh solat itu sendiri.sedangkan kita sendiri jarang atau kadangkali tertinggal solat dengan sengaja..di mana pengorbanan kita utk menjadi Muslim yg sejati?adakah sekadar menyebut sahaja di bibir?..pengorbanan utk peringkat awalnya adalah bermula dengan diri sendiri.dan dari dalam diri kita sendiri.perkara utama yg mesti dibuat, adalah mengorbankan nafsu serakah dan jahat yg sentiasa membelit jiwa dan fikiran kita.berjuang bersungguh2.lawan apa saje bisikan negatif dalam telnga kita..hanya selepas kita berjaya membebaskan diri kita dari anasir yg kurang baik ini, barulah kita dapat menjadi Muslim yg berkualiti seterusnya dapat membangunkan umah ini secara keseluruhannya..Wallahu A'lam
selamat hari raya Idul Adha...
Niat solat sunat esok :
Sahaja Aku Solat sunat Idul Adha 2 rakaat mengikut imam kerana Allah Taala
Rakaat pertama 7 kali takbir
Rakaat kedua 5 kali takbir....
Subscribe to:
Posts (Atom)